Khamis, 10 Januari 2013

RAKAN KELAB WARISAN NUMISMATIK [ CA0184074-D ]


KELAB WARISAN NUMISMATIK

Kelab Warisan Numismatik telah ditubuhkan pada 3hb. April 2012  dengan didaftarkan dibawah  Pendaftar Pertubuhan Syarikat ROS nombor  CA0184074-D   dan dibenarkan bagi menjalankan  beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Warisan Numismatik  meliputi aktiviti  membeli dan menjual  , mengadakan Pameran  ,  Lawatan  ,  Kursus dan  Seminar berkaitan dengan wang lama dan   menjadi Kelab yang mengendalikan keahlian kelab duit lama .

MESYUARAT PENGURUSAN

Cabutan keputusan Mesyuarat Pengurusan Kelab Warisan Numismatik yang diadakan pada 08.01.2013 telah bersetuju untuk mendaftarkan Kelab Warisan Numismatik secara rasmi di bawah Kementerian Warisan dan Kesenian Negara  dan Kementerian Kewangan Malaysia di Unit Bahagian Pengurusan dan Operasi  Matawang  Bank Negara Malaysia sebagai salah satu  Badan NGO  pertama yang diiktiraf bagi  menjalan dan menjaga kebajikan kegiatan yang berkaitan dengan Warisan Numismatik Negara .

Mesyuarat Pengurusan Kelab Warisan Numismatik juga telah mengambil keputusan untuk membuat pendaftaran terbuka kepada semua  yang terlibat dengan aktiviti hobi  Numismatik seluruh  Malaysia agar berdaftar sebagai RAKAN KELAB WARISAN NUMISMATIK  . Mandat yang diberikan oleh RAKAN Kelab Warisan Numismatik nanti akan dibawa dan melambang kekuatan Hobi mengumpul duit lama ini agar dapat dilihat dan diambil kira oleh Kerajaan  .  Kelab Warisan Numismatik adalah Badan NGO Pertama yang akan  diiktiraf oleh Kerajan  sebagai penghubung antara Kerajaan dan Badan NGO yang akan menjalan dan menjaga kebajikan aktiviti Warisan Numismatik di Malaysia .

Kelab Warisan Numismatik berharap kepada pelawat blog ini dan semua yang terlibat dengan aktiviti Numismatik agar dapat berdaftar sebagai   RAKAN  Kelab Warisan Numismatik  . Dengan  jumlah pendaftaran yang ramai  yang dapat didaftarkan nanti dan Mandat yang diberikan  adalah  besar dan barulah Numismatik ini ada kekuantan yang boleh ditunjukkan dan mendapat Pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia .

BAGAIMANA NAK DAFTAR SEBAGAI RAKAN KELAB WARISAN NUMISMATIK ?

Senang sahaja  hanya anda perlu daftar dengan memberikan  maklumat seperti berikut  secara SMS atau emeil :-

         1 .   Nama Penuh
         2.   Nombor kad Pengenalan
         3    Alamat Penuh
         4.   Nombor Talipon

Kepada

         1.   Dato Sharuddin bin Yusof  - Presiden
               Phone   +60199185858
               emeil  Sharuddin58@yahoo.com
               sharuddin58.blogspot.com
       
         2.  Tuan Haji Azmi bin Abd Malik  - Timbalan Presiden
               Phone     +6013 9227750

         3.   Encik Hamdah bin Abdul Ghani  -  Setiausaha
               Phone    +60139397888
             
         
Terbuka kepada semua pengiat Numismatik Malaysia  sehingga ke Singapura  ,  Indonesia dan Brunei untuk mendaftar sebagai RAKAN Kelab Warisan Numismatik .   Pendaftaran   RAKAN Kelab adalah  PERCUMA tanpa sebarang bayaran ataupun yuran yang akan dikenakan .

Kelab Warisan Numismatik akan menerima dan membuat pendaftaran NOMBOR RAKAN dan akan memaklumkan  melaui SMS atau Surat Pengesahan oleh Urusetia Kelab Warisan Numismatik  .  Semua senarai nama RAKAN Kelab yang dapat didaftarkan akan  dibawa bersama dengan Pendaftaran Rasmi Kelab Warisan Numismatik kepada Kementerian Kesenian Warisan Negara dan Kementerian Kewangan  di unit  Bank Negara Malaysia .

dikeluarkan oleh urusetia
Kelab Warisan Numismatik
Pada 09.01.2013

9 ulasan:

  1. Askum...saya seorang OKU...saya bisu pendengaran dan
    saya ada 50sen dan 20sen parlimen tahun 1971 ni. Saya dah dijumpa duit lama....saya dari KG CHERAS BARU JALAN KUARI KL

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum tuan , pendaftaran masih buka lg ??

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum tuan... Saya berminat nak daftar... Masih buka lagi tak tuan?

    BalasPadam
  4. Anny

    Dato. ......Saya dan emak saya berminat nak daftar,Dato....Masih ada peluang kah untuk kami berdaftar??? Dato....Masih buka lagi kah?? Dato. ....Tolong balas sy

    BalasPadam
  5. Anny

    Dato. .....Ini nombor contact saya 01126409357.

    BalasPadam
  6. Anny

    Dato......Bila kah Kelab Warisan Numismatic Malaysia akan diadakan Program Diskusi Numismatic Kebangsaan di Kuantan? Adakah Diskusi oleh Mentor Numismatic dan pameran, Jualan dan lelongan duit lama di Kuantan? Dato. ...Bila kah program akan diadakan lelongan duit lama dan pukul berapa masanya bermula pada tahun 2016 ini?? Tolonglah saya. ....Dato.....Tolonglah Dato bagi tau saya di mana tempatnya,bila akan diadakan dan pukul berapa akan bermula? Dato. ...Jgn marah saya. ......Dato. ......saya harap Dato akan maafkan saya Dato

    BalasPadam
  7. Anny

    Dato....... Saya ada duit syiling
    lama dan duit kertas
    lama Malaysia dan
    luar negara untuk
    dijual......Dato.....
    Tolong saya
    bagaimana menjualnya. Dato......Tq

    BalasPadam
  8. Sy ada syiling 10sen negeri2 selat tahun 1910. Belakang gambar king edward ke7. Pm 0139102779

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...