Isnin, 22 April 2013

KENAPA WANG KERTAS SERINGGIT PREFIX CR DITANDATANGANI OLEH TAN SRI ALI ABUL HASSAN TIDAK DITANDATANGANI OLEH TAN SRI ZETI AKTAR AZIZ .

WANG KERTAS RM1
Kenapa Prefix CR ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan tidak Tan Sri Zeti Aziz ?

Galeri Sha Banknote telah cuba   mengumpul   kesemua  koleksi   RM1 bermula dari prefix AA sehinggalah ke akhir  prefix AGP  yang ditandatangani   oleh Tan Sri  Dr . Zeti Akhtar Aziz   Gabenur BNM  yang ke -7 . Beliau telah dilantik  pada  01.05.2000  dan Wang kertas yang pertama tandatanganya dikeluarkan pada 08.11.2000  dengan prefix pemulaan AA sehinggalah AGP last prefix  berjumlah   681  prefix  .

Galeri Sha Banknote telah tertarik untuk memulakan penyelidikan kepada wang kertas RM1 ini dengan melihat kedudukan  prefix CA  sehingga ke prefix CZ dimana diatara prefix itu  berlakunya suatu yang polemik keatas wang yang dicetak pada prefix CR .  Pada permulaan bagi menghimpunkan kesemua 24 prefix dari mula CA sehingga  CZ ini terdapat juga beberapa prefix telah hilang  ataupun tidak diedarkan oleh BNM yang menjadi tandatanya kepada kita .   Dari apa yang didapati untuk Prefix CA sehingga CZ  beberapa Prefix tidak dapat ditemui Prefix tersebut ialah CQ ,[ CR ] ,CS,CT,CU,CV,CW . kemana   perginya Prefix-prefix  ini ? , adakah ianya tidak dikeluarkan  atau prefix ini telah ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia juga .  Dan  dari awal  duit RM1 prefix CA ianya ditandatangani oleh  Tan Sri Zeti Aziz  tetapi  amat mengejutkan bila tiba prefix CR ianya ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ??,  kemudian banyak prefix hilang sehinggalah ke prefix  CX  ianya kembali ditandatangani semula oleh  Tan Sri Zeti  Aziz .   Duit prefix CR ini dikeluarkan pada 08hb November 2000 sedangkan Tan Sri Ali Abul Hassan sudah bersara . Macamana dari awal lagi tandatangan Tan Sri Zeti  tetapi sampai masa  CR ianya ditandatangani pula oleh Tan Sri Ali Abul Hassan yang telah bersara ???.
 Mari kita lihat maklumat ini .

Prefix-prefix yang ditemui dalam koleksi Galeri Sha Banknote

CA    Tandatanga Tan Sri Zeti Aziz
CB     Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CC     Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CD     Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CE      Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CF      Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CG     Tandatangan TanSri Zeti Aziz
CH    Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CJ      Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CK     Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CL      Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CM    Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CN     Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CP      Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz

CQ    Tiada dikeluarkan  / tarik balik }
CR     Tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan   
CS     Tiada dikeluarkan / tarik balik }
CT     Tiada  dikeluarkan / tarik balik } prefix yang tidak ditemui .
CU     Tiada dikeluarkan  /tarik balik }  kemungkinan semua
CV      Tiada dikeluarkan  / tarik balik }  prefix ini Tandatangan oleh
CW    Tiada dikeluarkan / tarik balik }  Tan Sri Ali Abul Hassan          

CX   Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CY    Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CZ  Tandatangan Tan Sri Zeti  Aziz

i.     Tan Sri Ali Abul Hassan Gabenur BNM ke-6 [ Sep 1998 - April 2000 ]
ii  . Tan sri Zeti Akhtar Aziz Gabenur BNM ke-7 [ Mei  2000 - sekarang ]
iii.  Prefix CA sehingga CZ dicetak pada 08. November .2000
iv.  Prefix CR dicetak pada 08  November 2000 tetapi ditandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan dan beliau telah bersara pada April 2000 .

Kenapa Wang Kertas RM1 Prefix CR  ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan dan tidak ditandatangi oleh Tan Sri Zeti Aziz sedangka dari mula prefix   CA sehinggalah CZ kesemuanya telah ditandatangani oleh Tan Sri Zeti Aziz  . Dan kemana pergi beberapa prefix lain yang hilang tersebut ??.

Beberapa kemungkinan telah  berlaku kepada RM1 prefix CR ini yang penuh mesteri yang  tidak ada fakta lengkap yang dapat merungkaikanya .

Pandangan I

1  .   Francois Charles Aberthur  Kilang pencetak Duit CR ini  telah  TERSILAP CETAK  dengan  mengunakan plate tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan yang sepatutnya plate tandatangan Tan Sri Zeti Aziz . .

2  . Kalau KESILAPAN CETAK  Tandatangan  ini  benar-benar berlaku  maka berkemungkinan besar bukan  hanya prefix CR sahaja yang berlaku  TERSALAH CETAK tetapi melibatkan beberapa prefix lain lagi  seperti  prefix CQ,CS,CT,CU,CV,CW  kerana  prefix-prefix ini juga hilang daripada edaran .     Prefix ini  kesemuanya tidak dapat  ditemui sekarang ini dan berkemungkinan besar  prefix ini ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia bersama-sama prefix CR . Namun hanya sebahagian  prefix CR ini sahaja yang telepas dalam edaran awam .

3.  Prefix CR yang terlepas edaran tersebut  telah berlaku di Cawangan BNM , Pulau Pinang  . Prefix CR yang  ditemui sekarang ini dimulai denga Prefix CR 720xxxx , CR 721xxxx , CR 722xxxx , CR 723xxxx dan CR 724xxx   sahaja  .

4. Kesemua wang kertas yang tersilap cetak  tandatangan ini telah ditarikbalik  oleh BNM dan  digantikan semula dengan Prefix Replacement  ZB

Pandangan  II

1  . Pendapat mengatakan sebenarnya duit CR   ini sebenarnya  telah dicetak awal lagi pada Januari 2000 semasa Tan Sri  Ali Abul Hassan menjadi Gabenur BNM  dengan prefix dari awal   AA sehingga  YZ  kesemuanya tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan  dan  BUKANNYA TERSILAP CETAK  TANDATANGAN  . Namun Wang RM 1 Tandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan  ini tidak sempat di edarkan kerana Tan Sri Ali Abul Hassan telah bersara  mulai  pada bulan April 2000 dengan digantikan oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada bulan Mei 2000 .

2.  Semasa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjadi Gabenur , Bank Negara Malaysia telah mengarahkan wang kertas ini  DIBATALKAN dan tidak Perlu  diedarkan dan ianya ditarik balik kesemuanya bermula dari Prefix Awal AA sehingga YZ.  Tetapi entah bagaimana  wang kertas prefix  CR tandatanga Ali Abul Hassan ini telah terlepas juga  diedarkan  yang berlaku di cawangan  BNM Pulau Pinang .

3. Bank Negara Malaysia telah mengarahkan  Printer Francois Charles Oberthur untuk mencetak semula wang kertas RM1 ini bermula semula dari mula  prefix  AA sehinggalah ke yang ada sekarang ini yang ditandatangani oleh Tan Sri Zeti Aziz .

Pendapat ini ada beberapa kelemahan pada pandangan Galeri Sha Banknote

1 .  Pertukaran Gabenur baru tidak menjadi amalan Bank Negara Malaysia membatal dan menarik balik pengedaran  Wang kertas yang terdahulu .  Amalan ini sudah tentu melibatkan kos dan  pembaziran untuk mencetak semula wang kertas tersebut.

2.   Kalau perlu dibatalkan kenapa hanya RM1 sahaja ditarik balik sedangkan dalam masa yang sama dominasi duit RM5 ,RM10,RM50 dan RM100 tandatangan Ali Abul Hassan yang di cetak awal tidak dibatalkan dan masih  terus digunakan serta sah diperlakukan dan kenapa hanya  wang RM1 prefix CR tandatangan  oleh Ali Abul Hassasn perlu ditarik balik .

Rumusan

 1.   Galeri Sha Banknote berpendapat bahawa duit RM1 yang bermula dengan Prefix CQ, CR, CS, CT, CU, CV, CW   adalah merupakan Wang Kertas yang tersilap cetak oleh Kilang Pencetak Francois Charles Oberthur kerana kesilapan cetak tandatangan Gabenur yang sepatutnya wang RM1 itu ditandatangani oleh Tan Sri Zeti Aziz tetapi  telah  Tersilap mengunakan plate tandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan .

2.    Bank Negara Malaysia telah menarik balik  kesemua wang kesilapan  cetakan tersebut namun sebahagian dari prefix CR telah terlepas diedarkan kepada edaran awam . Wang tersebut telah menjadi rebutan kepada kolektor Numismatik Negara untuk dijadikan koleksi Wang Kertas Malaysia  yang penuh mesteri  buat setakat ini.

3. RM1 prefix CR adalah Wang Kertas Error kategori Kesilapan Tandatangan Gabenur .


Mari kita lihat koleksi gambar-gambar ini RM1 prefix CA sehingga CZ


RM1 Prefix  CA -CC

GAMBAR PREFIX CA-CZ
Reverse  Prefix
 CA 3413082
CB 6533212 
CC 0247241

GAMBAR PREFIX CD-CF
Reverse Prefix
CD 8647693
CE 1936392
CF 6352095
Tandatang Tan Sri Zeti Aziz

GAMBAR PREFIX CG-CK
Reverse Prefix
CG 0253723
CH 1157150
CJ 7756282
CK 5453888
Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz

GAMBAR PREFIX CL-CP
Revertse Prefix
CL 8117982
CM 2403920
CN 7416820
CP 7487123
Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz

PREFIX HILANG
Prefix yang hilang tidak dikeluarkan oleh BNM
Prefix CQ 0000001-9999999
Prefix  CR 0000001-7199999
Tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan
Kemungkinan telah ditarikbalik oleh BNM

GAMBAR CR 
Reverse Prefix CR 7239070
CR 720000-7209999
CR 7210000-7219999
CR 7220000-7229999
CR 7230000-7239999
CR 7240000-7249999
Tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan
[ Hanya lebih kurang 50,000 keping sahaja yang
 teredar kepada umum dan sempat ditarik balik
oleh BNM  . Difahamkan hanya  tidak sampai 500 keping
sahaja yang berada ditangan kolektor sekarang ini]

PREFIX HILANG
Prefix yang hilang tidak dikeluarkan oleh BNM
Prefix CR 7250000-9999999
Prefix CS 0000001-9999999
Prefix CT 0000001-9999999
Prefix CU 0000001-9999999
Prefix CV 0000001-9999999
Prefix CW 0000001-9999999
Tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan
Kemungkinan telah ditarikbalik oleh BNM


GAMBAR PREFIX CX-CZ
Reverse Prefix
CX 6864495
CY 4893666
CZ 4556517


Jika tuan-tuan ada komen atau pandangan lain yang
dapat merungkai perkara ini , sila berikan pandangan
diruangan komen dibawah ini sebagai diskusi Ilmiah Numismatik .

*************************************
RM1 CR  Error
Tan Sri Ali Abul Hassan
Galeri Sha Banknote 1964

30 ulasan:

  1. Fuhhh...memang kajian yang menarik berkenaan RM1 CR ni.
    Dato'...saya dapat membayangkan semasa 50000 keping itu terlepas di edaran dan berlegar-legar diurusniagakan dari tangan ke tangan tanpa ada yg menyedari ia akan bernilai tinggi pada akan datang, berlegar sehinggalah sampai semula ke bank, ke bank negara semula dan akhirnya ditarik balik utk dimusnahkan juga dan akhirnya lebih kurang 500 keping saja yg tinggal ditangan kolektor pada hari ini.
    Pada pandangan Dato' apakah masih ada kebarangkalian utk bertemu RM1 CR ini di pasaran macam biasa....adakah 1 dalam Sejuta atau lebih kecil lagi kebarangkaliannya.

    Syed Ahmad, Putrajaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Syed
      Daripada koleksi yang saya ada , sememangnya CR ini kebanyakannya dijumpai oleh dealer pertamanya dulu adalah wang yang berada diedaran awam . Ini kerana kebanyakan CR ini adalah dalam condition yang lusuh yang telah berpindah dari tangan ke tangan . Bagi condition UNC agak kurang tetapi kalau ada saya rasa dealer tu dapat melalui kaki dalaman Bank di Penang pada ketika itu . Kolektor Biasa pada ketika itu tak tahu keadaan CR ini tetapi Dealer Besar dah dapat tahu dari orang dalaman BNM dari awal lagi.
      Ini bermakna CR ini memang berada dalam edaran awan dan kemungkinan kita boleh jumpa jawapannya ya memang kemungkinan besar kita boleh jumpa lagi .
      Terima kasih

      Padam
  2. Ulasan-ulasan beginilah yang membezakan blog Dato dengan blog2 numismatik lain.Syabas saya ucapkan,saya berharap dapat bertemu dgn RM1 prefix CR ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nerwan
      Terima kasih atas sokongan tuan .
      Teruskan bersama hobi Numismatik ini .
      Terima kasih

      Padam
  3. Good indepth explaination. great job. Thanks Dato'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan kerana sudi sudi melawat ke blog saya

      Padam
  4. Sekurang2nya ada juga info peribadi dr seorng numis lama yg boleh dgunakn sebagai asas yg lebih mirip kepada true logic bilA bercakap pasal kenapa CR itu adalah dtandatangani oleh Gabenor BNM AAH.....Printing/Issuance ERROR...more acceptable logic drp srmua yg membincangkn secara main rambang....apapun hanya BNM yg Amat pasti apakah jawapannya....dan saya rasa Dato mmg telah serba sedikit merujuk persoalan tsbt kepada org dalaman BNM utk mdpt True Logic itu. GOOD JOB Dato. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan kerana sudi memberikan padangan untuk kebaikan kita bersama .

      saya telah berusaha untu mendapatkan kesemua prefix untuk rm1 ini bermula AA higgalah last AGP . kesemuanya telah diperolehi dan bermulalah sedikit kajian kepada setiap prefix yang ada dalam koleksi saya untuk rm1 ini termasuklah prefix CA hingga CZ dimana terdapat prefix CR yang menjadi istimewa ini . Saya juga telah menulis surat kepada jabatan pengurusan matawang Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan CR ini . namun setakat ini Jabatan Pengurusan Matawang BNM pun tidak dapat memaklumkan perkara yang tepat kerana tiada rekod dan kebanyakan kakitangan dahulu telah tiada .
      Apa yang ditulis diatas adalah pandangan saya berdasarkan rekod koleksi lengkap saya untuk koleksi RM1 ini .
      Terima kasih

      Padam
  5. Salam dato,
    klu rm1 zeti aziz prefix CR de nilai x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM1 Zeti Akthar Aziz Polimer Prefix CR tiada apa-apa keistemewaannya . ini wang biasa sahaja .

      Padam
  6. saya ada wang kertas prefix XP bagi RM1 (Zeti). berapa nilai sekarang di luar pasaran ? Terima kasih

    BalasPadam
  7. Saya pernah dapat wang kertas RM 50 CR8xxxxxx di mesin atm.saya newbies dalam numismatik..dan beranggapan wang itu tiada nilai kerana pernah baca banyak pengumpul hanya mencari CR 72xxxxx..

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM50 prefix CRxxxxxx ini wang biasa sahaja

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  8. Assalam dato,duit rm1polimer prefix DV memang ada kesilapan cetakan ataupun tidak berkenaan cetakan yang berbentuk huruf i dibahagian tepi wau besar dimana di bahagian bulat boleh nampak logo kijang dan di bahagian petak terdapat no1 secara melintang apa bila diperhatikan secara terperinci tanpa menggunakan kanta pembesar..minta penjelasan dato..

    BalasPadam
  9. Dato,saya ada note Rm1 serial number XP0000001-XP0000100.boleh saya tanya kan pendapat dato anggaran sebenar untuk nilai wang ini?terima kasih dato

    BalasPadam
  10. Salam dato.. RM1 polymer CU prefix (Zeti) ada nilai ke? Atau hanya duit biasa sahaja?

    BalasPadam
  11. Tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan
    RM1, prefix CR 8xxxxxx, berapa harganya?

    BalasPadam
  12. Saya ada wang RM1 CR6xxxxxx tandatangan zeti aziz..yg ni macam mana pulak dato?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Dato, saya ada menyimpan wang kertas rm1 tandatangan zeti aziz yg No Prefix nya ialah : AAA9990170 ... Brapa nilai nya dato? Atau hanya Face value.. No contact 010-5049487 zam

    BalasPadam
  14. Saya ada rm1 tandatangan tan sri dato jaffar
    Prefix cr agak2 ada value x

    BalasPadam
  15. Salam dato,nak tanye ape perbezaan siri dr CR - CZ kertas dn polimer ....mohon dato bg pencerahan.

    BalasPadam
  16. Salam dato,nak tanye ape perbezaan siri dr CR - CZ kertas dn polimer ....mohon dato bg pencerahan.

    BalasPadam
  17. Salam dato,nak tanye ape perbezaan siri dr CR - CZ kertas dn polimer ....mohon dato bg pencerahan.

    BalasPadam
  18. Salam dato,saya ada rm1(zeti) dengan prefix CU,adakah ia merupakan duit biasa sahaja? Polimer bukan kertas

    BalasPadam
  19. saya ade cr742..rm 10..tndatngn zeti..

    BalasPadam
  20. saya ade cr742..rm 10..tndatngn zeti..

    BalasPadam
  21. Dato mohon pencerahan..saya ada Rm1 zetty aziz... prefit vv..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...