Isnin, 29 Oktober 2012

TANGKAL PELURU @ RAJA BESI

TANGKAL PELURU @ RAJA BESI










Gambar Tangkal Peluru @ Raja Besi
Kandungan Logam Besi
Berat 25.75gram
Diameter 15mm
Bercorak dan berukiran dibahagian luar
Digunakan sebagai Tangkal dan Azimat

***nota***

Tangkal Peluru ini adalah berasal dari Selatan Siam dan ia juga dikenali sebagi Raja Besi . Tangkal Peluru ini adalah merupakan koleksi mistik dizaman dahulu kala yang digunakan oleh pendekar dan hulubalang serta juga kepala  lanun dan perompak yang bekuasa  sebagai Tangkal azimat pelindung diri. Tangkal ini ditempa mengunakan logam besi kuning  bersaiz garispusat 15mm berbentuk sebesar peluru senapang dengan diukir mentera dalam bahasa siam dan beratnya 25.75gram. Difahamkan Tangkal peluru ini adalah sebagai medium mistik yang diasap dengan setanggi bagi  tujuan penjelmaan kuasa ghaib bagi menjadikan seseorang itu kebal dari sebarang kecederaan  oleh senjata yang dibuat dari logam besi. Tangkal Peluru ini juga dikenali sebagai Raja Besi  yang kononnya dapat menundukkan kekuatan sebarang logam  besi  lain yang ada. Tangkal  ini dikatakan sebagai suatu yang hebat untuk dimiliki oleh kebanyakan orang tetapi yang lazimnya adalah digunakan oleh kepala lanun dan perompak disekitar tahun 1820 -1900.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...