Selasa, 16 Oktober 2012

Siling 20Sen Double Strike Off Center Error 2012.

                  SILING 20SEN DOUBLE STRIKE OFF CENTER ERROR 2012

                    Siling 20sen Double Strike Off Center Error 2012 ini telah diperolehi beberapa hari yang lalu daripada seorang sahabat kolektor dari Kuala Lumpur yang  sudi bertukar  barang suka sama suka  dengan Galeri Sha Banknote semasa beliau datang menziarahi Galeri Sha Banknote di Bandar Jengka Pahang baru-baru ini. Dalam masa yang sama sahabat  ini sedang mencari  duit siling 50sen 1988 extra dot condition BU. Pertukaran barang ini  sebenarnya patut menjadi satu amalan sesama kolektor kerana bukan sahaja boleh menjimatkan kos bagi mendapatkan koleksi  tetapi  juga boleh menjalinkan rasa Silatulrahmin antara kolektor yang ada  dan secara langsung berpeluang  melihat  koleksi  yang telah dikumpulkan diantara mereka masing-masing. Bagi sahabat-sahabat yang berminat dengan siling Error bungaraya  boleh emeil sharuddin58@yahoo.com  kepada Galeri Sha Banknote untuk tukaran suka sama suka.
                 
             
                      SILING DOUBLE STRIKE OFF CENTER ERROR 20SEN 2012








Gambar Siling Double Error  Off Center Error 20sen 2012
Tahun 2012
Planchet Logam Nickel Brass milled edge
Berat 9.30gram
Diameter 24.5mm
Ketebalan 2.6mm
Kecacatan  double strike off center
Grade BU
Rarity Very Rare RR
EV RM 300

6 ulasan:

  1. Salam Dato,

    Syiling tersebut merupakan Double Strike Off-Center...

    Terima kasih kerana berkongsi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Afiq Nizam.

      Terima kasih atas tambahan pembetulan.

      Padam
  2. Salam Dato',
    Tahniah,pertama kali dapat menatap syiling double strike off center siri s3M.jelas dgn ciri2 error yg tulin.Tentu lepas ini banyak lagi syiling s3M dgn major error spt ini akan muncul dipamirkan oleh rakan2...

    Cadangan pertukaran syiling2 error antara pengumpul adalah kaedah yg terbaik,depankanta ingin menyambut pelawaan dato' ini,nanti akan diemelkan syiling2 yg ada dalam koleksi depankanta untuk pertukaran.

    Terima kasih banyak2 Dato'....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bil Khair
      Terima kasih depankanta atas pandangan tuan dan emeilkan kepada saya sharuddin58@yahoo.com saya akan emeil balik gambar duit error yang saya ada.
      terima kasih.

      Padam
  3. Salam Dato'
    Terima kasih kerana berkongsi. Terpegun saya lihat syiling tersebut. Bersinar-sinar.....

    BalasPadam
  4. Terima kasih nsdcoin.
    Terima kasih atas ulasan tuan dan terima kasih kerana sudi melawati blog saya.
    Terima kasih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...