Sabtu, 13 Oktober 2012

RM100 JAAFAR HUSSIN PREFIX ZX TDLR.

RM100 JAAFAR HUSSIN PREFIX ZX
Cetakan Thomas De La Rue Tahun 1986
Highest State Of Rarity [  RRRR  ]
Prefix ZX 0090433

                     RM100 JH Prefix ZX  0090433 TDLR






Gambar RM100 Jaafar Hussin Prefix ZX 0090433
Cetakan Thomas De La Rue
Tahun 1986
Saiz 150mm x 83mm
Grade Very Fine
Rarity Highest State Of Rarity  [ RRRR ]
EV RM 8,000
Owner Galeri Sha Banknote.

**nota**

             Dunia Numismatik Malaysia jadi gamat , kolektor menjadi kelam kabut mencari  penjual duit lama untuk mendapatkan Wang Kertas RM100 ZX printed Thomas De La Rue ini.  Tak banyak yang ada dan penjual duit lamapun sebelum ini ada yang belum pernah  melihat  dan menjualnya. Kalau dirujuk kepada buku memang kita jadi keliru buku Peter Eu & Ben Siew  contohnya langsung tidak tercatit  dan  mengiktiraf  kewujudan ZX TDLR ini dalam bukunya.  Buku Stevan Tan yang terbaru inipun tidak memaklumkan kewujudan ZX TDLR ini untuk panduan kepada kolektor semua.  Status RM100 JH ZX Thomas De Lue ini seolah-olah   ' dipadamkan ' dan ramai dikalangan kolektor tidak tahu bahawa wang kertas ini teramat sukar ditemui dan statusnya  tak jelas  samada ianya adalah prefix biasa atau last prefix dan ramai yang berpendapat ianya  adalah berkemungkinan prefix  replacement untuk printer Thomas De La Rue 1986.   ZX TDLR ini ada Crossover ZX US banknote RM100 Jaafar Hussin.
             Walau apapun pada ketika ini ZX 0090433 TDLR telah pun berada dalam tangan koleksi Galeri Sha Banknote dan Galeri Sha Banknote amat berpuashati dengan koleksi '  anak emas '  ini dengan  sungguh bergaya menghiasi koleksi Galeri Sha Banknote untuk tahun  2012. Kehadiran ZX 0090433  TDLR dalam Koleksi Galeri Sha Banknote adalah kebangaan dan kepuasan yang berpanjangan bertapa Galeri Sha Banknote amat  serius untuk memburu kesemua  prefix yang ada  untuk melengkapkan koleksi wang kertas Malaysia.

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum , saya ada note rm100 bernombor siri AD9907626 . Adakah ini not RM100 yang asli ?

    BalasPadam
  2. Walaikomussalam didi fadzli
    RM100 Tandatangan Tan Sri Dato Jaafar bin Hussein no prefix AD 9907626 cetak dalam tahun 1992 oleh Thomas De La Rue . Duit ini dalam Estimate Value EV RM160 sahaja.
    Terima kasih

    BalasPadam
  3. terima kasih tuan . apa bezanya AD dan ZX ? boleh kongsikan pendapat tuan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan boleh baca semual artikel saya diatas kenapa ZX cetakan Thomas De La Rue ini amat rare. ZX ini susah ditemui kerana ia amat kurang dan amat jarang ditemui . Kedudukan susunan prefix ZX agak misteri dan keliru dan buku tak banyak merekodkan kewujudannya .Harga semasa ZX sekarang ini RM8,000.00

      Manakala AD ini prefix biasa sahaja dan senang ditemui dimana-mana sahaja . AD tidak ada istemewanya . Harga semasa AD hanya dalam RM160 sahaja .

      Padam
  4. salam, nak tanya saya ada note rm100(AE2173596) DAN NOTE RM50(AV572710), berapakah nilai pasaran bagi kedua-dua note ini. terima kasih

    BalasPadam
  5. Salam Dato', saya mempunyai simpanan duit RM100 Jaafar Hussin No. Siri ZZ 27*****. Boleh Dato kongsikan pendapat dan penerangan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 100 jaafar siri ke6 ini agak unik sikit
      wang ini telah dicetak dalam 3 siri cetakan oleh 2 kilang.cetakan pertama ZD-ZT @ZX cetakan Thomas De la Rue .1986

      kemudian ZT-ZY cetakan US Banknote 1992

      Kemudian pada tahun 1992 ZY-ZZ dan AA-AG Thomas Dela Rue cetak semula.

      Untuk wang 100 siri ini replecement adalah Prefix ZU Thomas Dan ZU US Banknote

      Bagi prefix ZZ ianya adalah prefix biasa sahaja bukan Replacement harga dalam anggaran RM130 sahaja
      Terima kasih

      Padam
    2. Hari ni 27hb 2, 2015 dpt ZZ.. rm130 siap pos...

      Padam
  6. Slm dato bagaimna ak?..100lama

    BalasPadam
  7. Salam dato sy ada duit Rm 100 no siri ZT 231 xxxxx...berapa nilai semasa duit sy ...terima kasih..

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Dato saya ada duit rm.100 no siri. ZK 6780921

    BalasPadam
  10. salam dato , saya ade not rm100 jaafar no siri ZM7556067..berapa ye nilai die ??? harap balas ....

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum dato
    Saya baru dapat rm100 jaafar ZL 7234782 cetakan thomas de la rue dan terdapat error pd cetakan rusa masih ada nilai kah.. Terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...