Ahad, 7 Oktober 2012

DUIT AYAM TIMAH.

                  DUIT AYAM TIMAH          


               Duit Ayam Timah yang dijumpai di Kota Tinggi Johor. Duit Ayam Timah ini mempunyai persamaan dengan duit Ayam Timah Kedah yang dikeluarkan semasa Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa [ 1710-1773 ].  Nilaian Duit Ayam Timah ini adalah bernilai 5sen Dollar Sepanyol. dan Nilaian Bulatan Ring dibawah ayam tersebut bernilai 1sen Dollar Sepanyol setiap satu.
               Beberapa pandangan tentang penemuan Duit Ayam Timah Dari Kota Tinggi Johor ini . Ada yang mengatakan Duit Ayam Timah ini adalah dari Kerajaan Kedah dibawah Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah II  [ 1710-1773 ]. Pandangan ini mengatakan mengikut rekod yang ada bahawa dizaman itu Pemerintahan Kesultanan Melayu Johor tidak pernah ada mengeluarkan Duit Ayam Timah.
                Pandangan yang  kedua pula mengatakan bahawa  penemuan Duit Ayam Timah yang dijumpai di Kota Tinggi ini adalah berasal dari Kerajaan Sriwijaya Sumatera berasaskan bentuk Duit Ayam Timah bentuknya kurus dan kecil. Manakala Pandangan terkini dengan penilaian Baru oleh Pengkaji Numismatik bahawa Duit Ayam Timah dan beberapa atifak tampang dan sebagainya yang dijumpai di Kota Tinggi tersebut adalah memang berasal dari Matawang dibawah Pemerintahan Kesultanan Melayu Temasik Johor.
                Dibawah ini dipaparkan Duit Ayam Timah Yang dijumpai di Kota Tinggi Johor.


                              GAMBAR DUIT AYAM TIMAH  NO 1


1.   Gambar Duit Ayam Timah yang dijumpai di Kota Tinggi Johor
      Berat    26.85 gram
      Lebar   40mm
      Tinggi   40mm
      Nilaian  5sen Dollar Sepanyol
                           

                              GAMBAR DUIT AYAM TIMAH NO 2


2.  Gambar Duit Ayam Merak Timah yang dijumpai di Kota Tinggi Johor
      Berat      20.25 gram
      Lebar     45 mm
      Tinggi     45 mm
      Nilaian    5sen Dollar Sepanyol


                               GAMBAR DUIT RING AYAM TIMAH N0 3


3.  Gambar  Duit 2 Ring Timah yang dijumpai di Kota Tinggi.
      Berat       6.60 gram
      Tinggi      35 mm
      Nilaian     2sen Dollar Sepanyol


                               GAMBAR DUIT RING AYAM TIMAH NO 4


4.  Gambar Duit 1 Ring Timah yang dijumpai Di Kota Tinggi Johor
      Berat        1.20 gram
      Tinggi       18mm
      Nilaian      1sen Dollar Sepanyol

4 ulasan:

  1. Salam Dato saya ada beberapa keping duit syiling lama, seperti duit cap ayam tahun 1125 kalau Dato berminat utk lihat kolesi yg lain blh menghubungi saya di no ini 0125486499 faizal.

    BalasPadam
  2. Saya menunggu panggilan dari Dato... Kalaua Dato nak lihat duit itu sendiri saya blh tunjukkan pada Dato....
    Terima Kasih Dato...

    BalasPadam
  3. Salam Dato, disni saya sertakan jenis koleksi saya,

    Duit Syiling Tanah Melayu 1127,
    Malaya British Borneo 1961( 1 sen, 5 sen, 10 sen, 50 sen)
    1976 parlimen & 1973 Copper clad steel
    Commissioners of Currency Of Malaya 1 sen King George VI
    Malaya & British Borneo 1 sen Queen Elizabeth II
    Queen Victoria 1/4 sen
    Duit Yassin 7 gambar lelaki dan perempuan naik perahu.

    Jika Dato berminat sila hubungi saya 0125486499 faizal. Jika Dato ingin melihat saya blh tunjukkan pada Dato...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mohd Faizal zainal abidin kerana sudi melawati blog saya.
      Sebenarnya dimasa ini saya sedang menumpukan kepada untuk mendapat koleksi matawang kertas malaysia dari siri pertama tahun 1967 hinggalah matawang kertas terbaru 2012. Koleksi ini dikumpul mengikut setiap prefix untuk semua matawang yang dikeluarkan oleh Bank Negara mulai tahun 1967 hingga sekarang. buat masa ini saya tidak menumpukan kepada koleksi duit siling,
      Terima kasih.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...