Isnin, 8 Oktober 2012

COUPON GETAH

              PERBEZAAN ANTARA COUPON GETAH DAHULU DAN SEKARANG.  

                      Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin memaparkan beberapa Koleksi Coupon Getah yang dikeluarkan oleh Controller of Rubber Malay State sekitar  antara tahun 1934-1942 dan berbandingan dengan Coupon Lesen Getah 1974 yang dikeluarkan oleh The Malaysia Rubber Exchange and licensing Board Licensing and Supervision Regulations 1974 dan Peraturan-peraturan Lembaga Getah Malaysia perlesenan 1977.

                                              COUPON GETAH MALAYA                        

                      Pihak Kerajaan British Malaya diawal tahun 1934 telah mewujudkan Badan Pengawal bagi Hasil Komoditi Getah pada ketika itu yang dikendalikan  oleh  Controller of Rubber Malaya and British Borneo yang diketuai oleh Major G.M kidd.  Badan yang diwujudkan  ini dikenali sebagai Controller of Rubber adalah bertanggungjawab mengawal  dan menyelia bagi semua aktiviti ekonomi Hasil Komoditi Getah di Tanah Melayu dan Kepulauan British Borneo. Controller of Rubber telahpun memperkenalkan beberapa Jenis Coupon sebagai Permit bagi kebenaran menjalankan setiap aktiviti yang berkaitan dengan Komoditi Getah di Tanah Melayu dan Kepulauan British Borneo.
                     Coupon Getah ini dikeluarkan mengikut negeri antaranya Federated Malay State,    Straits Settlements,   Johor,  Kedah,  Trengganu,   Kelantan,   Penang Island,    State of Boneo,   Sarawak dan Singapore.
                       Dan Jenis Aktiviti Coupon yang dikeluarkan adalah pertama yang dikenali sebagai  Coupon Coagulant yang   mengawalselia  belian  asid  Chuka Getah  yang digunakan dalam campuran bagi mengeraskan Getah dan dikeluarkan  dalam nilaian 1unit,2unit dan 5unit.
                     Coupon yang ke2 ialah dikenali sebagai Coupon Export Getah yang merupakan  permit yang dikeluarkan bagi kegunaan  menjual dan mengexport Getah dalam nilaian Kuantiti Berat 5 kati, 10 kati, 25 kati dan one picul.
                     Dan yang ke3 ialah Coupon Share  Certificates iaitu satu Coupon yang mengawal keluasan aktiviti penanaman kebun Getah dalam kuantiti keluasan mengikut jumlah shares.  1 Share keluasan 1/20ekar atau 8 poles, 2 shares keluasan 1/10ekar atau 10 poles, 5 Shares keluasan 1/4ekar atau 1 rood, 10 Share keluasan 1/2ekar atau 2 rood, dan 20 Shares keluasan 1ekar atau 4 rood.
                      Coupon Getah ini juga dikeluarkan mengikut tahun mulai tahun 1934, 1935, 1936, 1937, 1938, 1939,1940,1941 dan 1942 dan kebiasaannya setiap Coupon Getah ini mempunyai tempoh tamat sahlaku dipergunakan kebiasaannya tempuh diberi dalam masa 3 bulan atau satu tahun..


                                      COUPON LESEN GETAH MALAYSIA.

                      Setelah Merdeka Kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu Badan yang mengawasi,menyelia dan mengawal keseluruhan aktiviti dan Pasaran Getah Negara yang dikendalikan oleh Lembaga Pasaran Dan Perlesenan Getah Malaysia 1974.[ The Malaysian Rubber Exchange and Licensing Board Licesing and Supervision Regulattions 1974. Dan pada 1996 Lembaga Pasaran dan Perlesenan Getah Malaysia ini di  Perbadankan dibawah akta Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia yang dikenali sebagai  Akta Lembaga Getah Malaysia 1996.
                      Lembaga Pasaran dan Perlesenan Getah Malaysia 1974 dan Akta Lembaga Getah Malaysia 1996 telahpun mengeluarkan  Coupon Lesen dalam 4 ketegori sahaja iaitu
      1.  Lesen  ' A '  Membeli dan Menjual Getah iaitu Coupon Lesen
untuk Berniaga dan Menyimpan Getah.
      2.  Lesen ' B '   Untuk Mengawet Getah.  
      3.  Lesen  ' C '   Untuk Membeli Getah bagi Pengilangan
Keluaran Getah,
      4.  Lesen ' D '    Untuk Mencambah, Menumbuhkan, Menanam
atau Mencedung Bahan Tanaman Getah  iaitu semua aktiviti berkaitan dengan nursery anak benih dan kajian -kajian yang  berkaitan  penghasilan baka benih getah Negara.
                   
Coupon Lesen  Getah  ini ditandatangi oleh Pengerusi Panel Perlesenan, Lembaga Getah Malaysia.  Permit Lesen  ini dikeluarkan mengikut kawasan operasi penama dalam tempuh Lesen selama setahun dengan jumlah bayaran RM400 setahun.

                      Keseluruhan pada asasnya kedua-dua Coupon Getah  Zaman Malaya dan Coupon Lesen Getah pada masa kini mempunyai kesamaan  iaitu  ada satu Badan bagi meyelia,mengawal dan memudahkan pengurusan Komoditi Getah Negara. Bagi melengkapi koleksi Coupon Getah para kolektor seboleh-bolehnya dapat mencari koleksi dikedua-dua zaman Coupon Getah Malaya dan Coupon Lesen Getah malaysia.

                       COUPON CHUKA GETAH FEDERATED MALAYA STATES

Gambar Coupon Coagulant Federated Malay States
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian ONE UNIT
Tarikh only June 1940

                      COUPON  GETAH FEDERATED MALAY STATES

                                  ONE PICUL
Gambar Coupon Getah  Federated Malay States
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian  ONE PICUL
Tarikh until 31 Desember 1941
Nombor siri X 314022

                                  TEN KATIS
Gambar Coupon Getah Federated Malay States
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian  TEN KATIS
Tarikh until 31 Desember 1941
Nombor Siri 570451


                    COUPON GETAH JOHORE

                           TWENTY FIVE KATIS
Gambar Coupon Getah Johore
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian  TWENTY FIVE KATIS
Tarikh  until  31 Desember 1941
Nombor Siri Y 585175


                              TEN KATIS
Gambar Coupon Getah Johore
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian  TEN KATIS
Tarikh  until  31 Desember 1941
Nombor Siri  Y 405507


                    COUPON GETAH KEDAH

                                TWENTY FIVE KATIS
Gambar Coupon Getah Johore
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian TWENTY FIVE KATIS
Tarikh  until  31 Desember 1941
Nombor Siri U 444979


                      COUPON GETAH  KINTA PERAK


                                TEN KATIS
Gambar Coupon Getah Kinta Perak
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian TEN KATIS
Nombor Siri D/90 98531


                              FIVE KATIS
Gambar Coupon Getah Kinta Perak
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian  FIVE KATIS
Nombor siri F/8 85411


                     COUPON GETAH SARAWAK

                                ONE PICUL
Gambar Coupon Getah Sarawak
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian ONE PICUL
Nombor siri J 631493
Tarikh  until  31 Desember 1941


                            TWENTY FIVE KATIS
Gambar Coupon Getah  Sarawak
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian TWENTY FIVE KATIS
Nombor siri  082438
Tarikh until  31 Desember 1941



                            TWENTY FIVE KATIS
Gambar Coupon Getah Sarawak
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian TWENTY FIVE KATIS
Siri running nombor 107780/107781/107782
Tarikh until 31 March 1942


                    COUPON SHARE PLANT WITH RUBBER


                                 ONE SHARE
Gambar Coupon Share
Dikeluarkan oleh Controller of Rubber
Nilaian ONE SHARE
Nombor siri A 154855
Tarikh until  31March 1939


                                         DIVEDEN 25 SHARE
Gambar Coupon Deviden 25 Share
Dikeluarkan oleh Galang Besar Rubber Plantations Limited
Nilaian DIVEDEND 25 SHARE
siri running nombor B8467 coupon No.10, No.12 & No.12

               
                                COUPON LESEN GETAH MALAYSIA


                                            LGM 1974
Gambar Coupon Lesen Getah Malaysia 1974
Dikeluarkan oleh Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah Malaysia
Tempoh Lesen  1st Januari 1996 - 31 Disember 1996
Tarikh dikeluarkan 2 Januari 1996
Jumlah Bayaran RM300 setahun
Penama Sahidi Nong Samah
Lokasi Jerantut Pahang
Jenis Lesen : Lesen  A untuk Berniaga dan Menyimpan Getah.
No. siri  62883


                                                 LGM 1996
Gambar Coupon Lesn Getah Malaysia 1996
Dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia [ LGM ]
Tempoh dari 1.1.2008 hingga 31.12.2008
Tarikh dikeluarkan 15.11.2007
Jumlah Bayaran RM400 setahun
Penama Sahidi Nong Samah
Lokasi Jerantut Pahang
Jenis Lesen: Lesen A [i] untuk memebeli getah
                   Lesen A [ii] untuk menjual getah
No Siri  05607

11 ulasan:

  1. kongsi bersama:Tentang CERTIFICATE OF REGISTRATION OF RUBBER CULTIVATION:Tahun 1937,no:236/Schedule E/LICENCE TO TREAT AND STORE RUBBER UNDER SECTION 13 (i) OF THE RUBBER SUPERVISION ENACTMENT,1937 / No.Siri:A No 576766 /Fee $ 1 / No.L 1835/date of issue 3.3.1955 atas nama(moyang):Mahmud bin Long and 3 others/Chenor Pahang/resit and buku ada dalam simpanan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Safran
      Kalau ada masa emeil gambar ke emeil saya . Minat juga nak tengok gambarnya
      Emeil saya Sharuddin58@yahoo.com
      Terima kasih

      Padam
  2. Salam Dato. saya zakaria saya ada kupon 10 katis of dry rubber.1941.FEDERATED MALAY STATE. Tetapi tiada tertera tulisan johor.warna serupa dgn 10 katis johor.mohon pencerahan dato. 016922178 wsap

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Saya ada duit singapore island i picul berapa nilai nya sekarang...

    BalasPadam
  5. Bos nilai pasaran untuk kupon getah brp?

    BalasPadam
  6. Ada yang nak jual? Saya berminat nak beli..wasap 0165521419

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Salam.. saya ada coupon 10katis of dry rubber dari negeri kelantan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...