Jumaat, 13 April 2012

PERTUBUHAN NUMISMATIK MALAYSIA PEWTER PERINGATAN KHAS ULANGTAHUN KE10 (1968-1978)




Elegan dan berprestij itulah yang dapat diungkapkan dengan perkataan oleh Galeri Sha Banknote untuk Pewter peringatan khas ulang tahun ke 10 ( 1968-1978 ) penubuhan Malaysia Numismatic Society. Dan Pewter khas ini dikeluarkan oleh Malaysia Numismatic Society pada tahun 1978 dalam keluaran yang amat terhad limited edition ( difahamkan hanya 300 unit sahaja ) dan ianya telah ditempa oleh Selangor Pewter dan diperbuat daripada kandungan timah 97% pure tin limited edition.

Malaysia Numismatic Society telah ditubuhkan pada tahun 1968 ( pada ketika itu Galeri Sha Banknote baru berusia 4 tahun dan baru belajar berjalan ) dan sehingga kini tahun 2012 Malaysia Numismatic Society telah berusia 44 tahun.

Menyingkap kembali Malaysia Numismatic Society dalam seusia 44 tahun dalam memberi khidmat kepada ahlinya, memang tidak boleh dinafikan banyak aktiviti-aktiviti telah dijalankan. Namun masih ada ruang lagi yang perlu dibuat oleh MNS untuk memperjuangkan selaku ketua keluarga Numismatik Malaysia. Ahli semua selaku player numismatik amat menunggu dan mengalu-alukan agar diperbanyakkan aktiviti untuk ahli dan perkembangan numismatik tanah air.

Dibidang penulisan buku banyak nama besar yang dilahirkan dari MNS diantaranya K.N.Boon, Peter Eu, Ben Chiew, Steven Tan, Saran Singh, Mr. Dickson, dan banyak lagi nama besar yang tidak disebutkan diharap mampu terus menyemarakkan lagi dunia numismatik Malaysia. Diharap nama-nama besar yang disebutkan tadi juga akan terus membantu dengan mengeluarkan pelbagai buku rujukan dipelbagai bidang kategori untuk rujukan ilmiah dan ilmu pengetahuan kepada ahli numismatik dan rakyat Malaysia.  [ terkini semasa artikel ini  ditulis difahamkan buku baru edisi pertama  2012 akan dilancarkan oleh KN Boon. Tahniah Mr. KN Boon ]

Setakat ini belum ada penulisan buku tentang pengkhususan untuk duit siling Malaysia dan siling error. Nama-nama besar contohnya seperti Mr.Dickson kena berani dengan kepakaran beliau ada untuk mengeluarkan buku siling Malaysia bagi rujukan ahli numismatik.

 Galeri Sha Banknote mengharapkan MNS dibawah kepimpinan yang ada mampu membuat perubahan agar MNS nampak menonjol dengan giat memperkenalkan numismatik di Malaysia dan kebajikan ahli terutama dalam memperbanyakkan aktiviti. Ahli-ahli semua tidak mahu melihat MNS hanya untuk golongan tertentu sahaja dan berkepentingan   individu-individu tertentu sahaja .

Akhir sekali Galeri Sha Banknote mengharapkan ulangtahun ke 45 pada tahun hadapan 2013 akan memperlihatkan MNS terus maju.  " Selamat maju jaya Malaysia Numismatic Society ".

PEWTER PERINGATAN KHAS ULANGTAHUN KE 10 MALAYSIA NUMISMATIC SOCIETY

Muka depan logo Pertubuhan Numismatik Malaysia

Muka Belakang ulangtahun ke10 MNS 1968-1978

Gambar Sisi

Item : Pewter Peringatan Khas Ulangtahun ke 10 Pertubuhan Numismatik Malaysia
Tahun : Keluaran Khas 1968-1978
Kandungan : Timah
Berat : 90gram
Bentuk : Segi Sepuluh 63mm x 63mm
Tebal : 4mm
Status : Limited Edition RR
Owner : Galeri Sha Banknote

5 ulasan:

  1. Rupa-rupa item ini yang dibida dalam Auction MNS "terjatuh" dalam pangkuan Dato!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mr. Dickson.
      Koleksi ini saya dapat daripada seorang sahabat mr. Silmon Loo.

      Padam
  2. salam , saya ada beberapa keping wang zaman pemerintahan saddam hussain . tolong hubungi saya 0172725747

    BalasPadam
  3. Salam..sya ada satu siling peringatan malysia "rancangan malaysia ke3"
    Bermnt? Email sya..
    Tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...