Selasa, 3 April 2012

TOKEN ESTATE TANAH RADJA SUMATERA 1 DOLLAR 1879

           Bulan lalu dalam perjalanan pulang ke Jengka,  Galeri Sha banknote sempat singgah di Muar Johor untuk menziarahi seorang Tokoh Karyawan Veteran yang masih aktif menulis walaupun usianya telah menjangkau 70an. Sepanjang pertemuan silaturahmi  ini  Ayah Wan  banyak meluahkan pengalamannya  dengan  bermula  cerita daripada usia muda remajanya yang telah terpaksa berhijrah ke Singapore serta secara aktif terlibat dengan pemberontakan jalanan dalam memperjuangkan isu NATRAH di Singapore.  Akibatnya beliau terpaksa melarikan diri dengan berlayar dan berkerja sebagai kelasi kapal merantau keseluruh dunia bagi mencari pengalaman hidup. Semua cerita perjalanan usianya sedang cuba digarap dalam novel barunya bertajuk "pelayaran yang masih ada " yang akan diterbitkan sedikit masa lagi.
           Galeri sha banknote cuba beberapa kali mencuri tumpuan agar berubah topik bualan dengan mencukil beberapa koleksi simpanan peribadinya yang dikumpul semasa diperlayarannya dahulu, Ayah Wan Ali bin Wan Ahmad ini sememangnya seakan tahu  apa gelojak  hati Galeri Sha Banknote sebenarnya lalu Ayah Wan mengeluarkan bekas antik bersaiz 200mmx250mmx150mm yang ada  tersimpan koleksi-koleksi  coin lama yang sempat dikumpulkan disepanjang bekerja sebagai Kelasi kapal.   Ayah Wan bermurah hati dan menghadiahkan beberapa keping coin lama simpanannya  sebagai balas balik kerana Galeri Sha Banknote sempat membawa buah tangan sebanyak 1 kati madu asli lebah tualang dari Tembeling Taman Negara sebagai diet bagi veteran seusianya. Salah satu koleksi itu adalah 2 keping Token Estate Tanah Radja  1Dollar 1879 seperti paparan ini.





2 keping 1 Dollar Token Estate Tanah Radja.


Muka depan.

                                        Muka belakang.



Duit Token 1 Dollar ini telahpun dikeluarkan pada tahu 1879 dengan diperbuat daripada tembaga berbentuk empatsegi sama seolah-olah macam coklat zaman sekolah dulu. Berukuran   24mmx  30mm dengan ketebalan 3 mm .  Mukadepan tetera huruf " UNT  ERNEHM  UNG Gur Fur 1 DOLLAR  1879 TANAH RADJA " dengan ukiran pucuk  bunga di boder tepi. Manakala dimukabelakangnya tetera  Kaligrafi khat Sumatera seakan-akan  kalimah Bismillah dengan hadir garis-garis di bahagian tepi sisi bodernya. Difahamkan duit ini sememangnya RARE buat masa ini . Galeri Sha Banknote akan memaparkan lagi beberapa koleksi yang dihadiahkan kepada galeri Sha Banknote di artikel akan datang.

2 ulasan:

  1. Salam Dato. Brapa agaknye harga syiling ini? Saya ada dan ingin menjual.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...