Ahad, 7 Disember 2014

PAHANG CONSOLIDATED COMPANY LIMITED



PAHANG COSOLIDATED COMPANY LIMITED     (  PCCL ) 1906-1984
SUNGAI LEMBING PAHANG

TOKEN PEKERJA PCCL
Galeris Sha Banknote 1964
Saraf fi Jengka Pahang
Sanat 28.11.2014


PENGENALAN

PCCL  singkatan daripada Pahang Consolidated Company Limited adalah merupakan  Syarikat British yang menjalankan aktiviti melombong bijih timah di Sungai Lembing Pahang. Syarikat ini terkenal pada ketika itu kerana ianya kepunyaan British yang berpengkalan di London  dengan teknik perlombongan mengorek terowong bawah tanah  yang terpanjang  di Malaysia.

Pada tahun 1888 semasa Pemerintahan KDYMM Sultan Ahmad Muazam Shah 1  telah berkenan memajakkan kawasan tanah bagi tujuan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing kepada Pihak British . Pihak British telah menubuhkan Syarkat Pertama iaitu Pahang Corporation Limited PCL tahun  ( 1888 - 1906 )  untuk melombong Bijih Timah di Sungai Lembing dengan keluasan 2,500 ekar dalam tempuh 100 tahun.
Pada tahun 1906 Pihak British telah menukar nama syarikat dari PCL Pahang Corporation Limited kepada PCCL iaitu Pahang Cosolidated Company Limited ( 1906 - 1984 ) . Dan sekali lagi pada tahun 1984 ianya ditukar nama kepada PIPLC iaitu Pahang Investment Public Limited  Company ..
Pada tahun 1986 berlaku kejatuhan Ekonomi Dunia dan ianya telah memberi kesan kepada PIPLC yang beroperasi  di Sungai Lembing . Lombong PIPCL ini terpaksa ditutup kerana kos operasinya yang tinggi dan harga Bijih Timah dunia  pada ketika itu jatuh bergitu teruk sekali. Pada tahun 1986 Lombong secara resmi telah ditutup .

TOKEN PERKERJA
Sepanjang operasi Lombong ini PCCL Pahang Consolidated Company Limited ada mengeluarkan beberapa Token untuk pekerja di  Syarikat PCCL  tersebut . Di fahamkan Pihak PCCL juga ada menyediakan kedai khas bebas cukai bagi pekerja mereka untuk membelibelah barangan import berjenama dengan harga yang  murah di Premis Syarikat PCCL seperti barangan pakaian baju Arrow , Van Housen, seluar Amco , Kasut Clarks dan Bally  serta Minyak wangi Brutt dengan harga yang murah berbanding diluar. Pihak PCCL juga telah membina sebuah Panggung wayang khas untuk pekerjanya untuk menonton filem  dari barat dan hollywood terus ke Sungai Lembing untuk pekerja PCCL .Pengunaan Token PCCL pada ketika itu amat popular digunakan bagi mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh Pihak PCCL untuk pekerjanya .


SPESIFIKASI TOKEN PCCL

Jenis                  : Token Pekerja
Dikeluarkan oleh : Pahang Consolidated Company Limited PCCL
Tahun                  1906 - 1984
Tempaan            : Di London
Meterial             : Tembaga
Berat                 : 10gram
Diameter            : 30.3mm
Tebal                 : 2mm
Obverse             : PCCL Pahang Consolidated Company Limited
Reverse             : Regd. No
Rarity               : Rare R
Estimate Value  : EV RM120 /unit


GAMBAR
Didalam Koleksi Galeri Sha Banknote terdapat 5 keping Token Pekerja yang akan di paparkan kepada peminat koleksi Token Tanah air . Koleksi ini dapat daripada beberapa individu di Sg Lembing yang ada menyimpan koleksi ini .

TOKEN PCCL
PAHANG CONSOLIDATED COMPANY LIMITED

Koleksi  5 keping Token PCCL
Gambar mukahadapan Token PCCL

Koleksi 5 Keping Token PCCL
Gambar Mukabelakang Token PCCL


TOKEN PCCL NO.1
Gambar Mukahadapan Koleksi Token Lamp PCCL
LAMP NO. 63 [ M ]

Gambar Mukabelakang Token Lamp PCCL


TOKEN PCCL NO.2
Gambar mukahadapan Token PCCL

                                           
Gambar mukabelakang Token PCCL
Regd. No 87


TOKEN PCCL N0.3
Gambar mukahadapan Token PCCL

Gambar Mukabelang Token PCCL
Regd. No 235



TOKEN PCCL NO.4
Gambar mukahadapan Token PCCL

Gambar mukabelakang Token PCCL
Regd. NO . 1022


TOKEN PCCL NO .5
Gambar mukahadapan PCCL

Gambar mukabelakang PCCL
Regd . NO 1068


                               
PENUTUP
Token PCCL adalah merupakan suatu warisan sejarah yang dapat membuktikan akan kewujudan dan kegemilangan sebuah syarikat perlombongan yang dipunyai oleh British yang beroperasi di Sg Lembing , Pahang . Token ini adalah merupakan suatu sistem yang popular digunakan oleh Syarikat pelombongan PCCL dalam mentadbirurus pejalanan syarikat mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...