Rabu, 26 Disember 2012

1 SEN 1986 2 in 1

1SEN 1986  varieti 6 round & error
1SEN 1986  varieti 6 open & error

               GAMBAR 1SEN 1986 VARIETI 6 ROUND & ERROR
                           

Terdapat error pada dagu angka 1

1sen 1986 varieti I round pada angka 6



                                Terdapat Error bintang bulan

Gambar 1Sen 1986 Varieti  6 Round & Error
mintage 48,920,034
Ditempa di Kilang Wang Shah Alam
kandongan Copper Clad steel
Berat 1.94 gram
Diameter 17.7mm



Terdapat error pada angka 1

1sen 1986 vareiti II 6 open


gambar 1Sen 1986 varieti   6 Open  &  Error
Mintage 48,920,034
Ditempa Di Kilang Wang Malaysia
Kandongan Copper Clad Steel
Berat 1.94gram
Diameter 17.7 mm


Nota****

Wang Syiling 1sen 1986 ini terdapat 2 varieti yang mesti dikumpulkan  oleh kolektor semua , varieti I ialah  ' angka 6  " yang dicetak pada  tahun 1986 ianya mempunyai Tanjak lengkung penuh manakala varieti II  " angka 6 " mempunyai Tanjak lengkung separuh kontot seperti yang telah ditunjukan dalam bulatan diatas . Selaku kolektor  kedua-dua varieti ini mestilah dicari untuk melengkapkan koleksi Syiling 1sen 1986 . Namun advance sedikit bagi 1sen 1986 koleksi Galeri Sha Banknote ini ialah kerana koleksi ini terdapat value added dengan tambahan penemuan Error dikedua-dua vareiti I & II  dan bolehlah dikatakan sebagai Koleksi  2 in 1 Syiling 1sen 1986  . Cuma kategori error ini Galeri Sha Banknote tak dapat tentukan kerana tak pakar mungkin Sahabat-sahabat yang memang bidang error boleh bantu .  Untuk koleksi ini Raritynya ialah Extremely Rare RRR .



8 ulasan:

  1. Salam dato;

    Terima kasih diatas info yg diberikan....sblm ni memang saya tak pernah tahu/perasan berkenaan varieti I & II bg angka "6"

    Syabas Dato'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Salam my-koleksi
      Terima kasih kerana sudi melawati blog saya dan menyumbangkan pandang di Blog ini.
      Teruskan mengumpul koleksi yang terbaru.
      Terima kasih.

      Padam
  2. Salam dan tahniah Dato',
    Benar kata Dato',sewajarnya pengumpul memiliki semua die varieti bagi semua syiling Malaysia,sayang sekali hingga hari ini kita belum ada pengumpul yg mengkhususkan pengumpulan die varieti dan diharap sebelum kedua siri pertama dan kedua ditarik dari edaran kita telah berjaya mengumpul semua vatieti yg ada.

    Berkaitan error kedua syiling diatas,depankanta berpendapat ianya adalah berasal dari die gouge dan sebahagiannya telah membentuk die chip error.Jika kita lihat pada logam yg timbul itu hanya terjadi sekitar dalam huruf dan bulan, ini adalah disebabkan kesilapan semasa kerja2 mencuci kotoran die pada tempat berkenaan..Apapun ini hanya pendapat depankanta...

    Terima kasih Dato'...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam depankanta
      Amat benar pandangan tuan bahawa memang banyak die varieti yang ada kedapatan pada syiling kita tetapi jarang kolektor yang dapat menumpukan pencarian setiap die varieti ini dan memaklumkanya kepada semua numismatik . Kebanyakan kolektor tak perasan bahawa masih banyak varieti-varieti baru yang ada terdapat pada syiling kita yang mereka perlu cari untuk melengkapkan koleksi Syiling Malaysia .
      Diruang ini memang sesuai jika ada penemuan terbaru die varieti bolehlah dimaklumkan kepada sahabat numismatik semua. Rasanya tuan banyak maklumat tentang varieti-varieti baru yang boleh membantu kami melalui ruangan diblog tuan nanti .
      Terima kasih atas bantuan tuan menamakan kategori error diatas Syiling diatas.
      Terima kasih .

      Padam
  3. Salam Dato',
    Tahniah atas sepasang 1sen1986 ini. Variti pada tahun (device/date variety) ini adalah sebahagian daripada beberapa variti yang boleh dijumpai dalam syiling Malaysia.

    Antara variti yang boleh dikelaskan sama dengan variti ini adalah '20sen1998 Big 8' dan '50sen2002 big 0'. Amat menarik sekali bagi penggemar numismatik untuk mengumpul variti ini secara berpasangan, seperti yang Dato' paparkan seperti ini.

    Berkenaan error yang wujud pada syiling 1 sen pada device angka 1 dan bulan sabit, saya juga berpendapat sama dengan saudara depankanta, iatu ianya adalah gabungan daripada jenis die gouge dan die chip (acuan serpih).

    Error jenis ini paling banyak ditemui pada syiling 1 sen - kemungkinan ini adalah kerana saiz acuan yang kecil dan juga planchetnya yang lebih keras sedikit daripada planchet denominasi lain. (planchet besi bersalut kuprum).

    Berikut saya sertakan pautan daripada blogger Nu dan Afiq Nizam berkenaan variti yang saya sebutkan di atas.

    1. 20sen1998 Big 8 Device Date Variety - http://nucoinsandnotes.blogspot.com/2010/12/malaysia-1998-20-sen.html

    2. 50sen2002 Big 0 Device Date Variety - http://afiqnizamscoinandbanknote.blogspot.com/2012/11/malaysia-die-varieties-50-sen-2002.html

    Semoga ada lebih banyak variti yang bakal dijumpai oleh peminat numismatik negara kita.

    Terima kasih kerana berkongsi Dato'. :)

    n

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam manfaj.
      Terima kasih atas info tambahan yang disumbangkan diblog ini. Saya memang sedang mencari koleksi Varieti 20sen dan 50sen yang dimaksudkan buat masa ini koleksi saya masih belum ada lagi.
      Terima kasih .

      Padam
  4. Asalamualaikum.w.b.t kepada penulis blog ini..
    Saya ada berapa keping syilling satu sen (1988)2(1986)1(1987)1
    Yang dimana error nya ada tanda bintang dan bulan sabit dicetak diruang depan angka satu sen.
    Jika sudi mahu gambar duit itu ditambah diblog tuan.Hubungi saya di
    fazillah62@gmail.com.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...