Isnin, 30 Julai 2012

RALAT TEN DOLLARS KERBAU BAJAK.

Pada minggu lepas Galeri Sha Banknote telahpun menyiarkan artikel tentang  Ten Dollars Kerbau Bajak dimana artikel tersebut disiarkan berdasarkan rujukan buku Peter Eu dan Ben Chiew mukasurat 153 menyatakan bahawa Ten Dolar Kerbau Bajak tersebut  dikeluarkan dalam 3 prefix  A Kecil,  A Besar dan B Besar seperti  berikut :-

 First Prefix  A kecil   =   prefix   A/1
 Last  Prefix A kecil   =   prefix [ A/79 ralat  ] [ diperbetulkan  A/80 ]
 First prefix  A Besar =   prefix [ A/79 ralat  ] [ diperbetulkan A/81 ]
 Last Prefix  A Besar =   prefix    A/99
 First Prefix B Besar  =   prefix    B/1
 Last Prefix B Besar  =   prefix    B/6

Dari artikel tersebut Galeri Sha Banknote telah mendapat beberapa emeil dan call daripada sahabat-sahabat Numismatik tentang fakta yang dipaparkan  di atas adalah tidak tepat .  Galeri Sha Banknote telah membuat sedikit homeworks untuk mendapatkan fakta yang sebenar .  Terima kasih kepada Proof Devid kerana membantu memberikan maklumat dan bersedia menyerahkan 2 keping  bukti Ten Dollars Last  prefix A kecil A/80 dan  First Prefix A Besar A/81  untuk simpanan Galeri Sha Banknote. Dengan adanya 2 keping Ten Dollars ini dapatlah dibuktikan kesahihan  tentang fakta baru bahawa A Kecil bermula A/1 dan berakhir A/80 sementara A Besar dimulai A/81 dan berakhir A/99 manakala B Besar dimulai B/1 dan akhir B/6 .  Galeri Sha Banknote mohon maaf di atas kesilapan dan ralat ini. Berikut ini dipaparkan kembali  Prefix lengkap awal akhir untuk Ten Dollars Kerbau Bajak yang ada dalam koleksi galeri Sha Banknote. 

First Prefix A Kecil     =    A/1 986145
Last Prefix A Kecil     =    A/80 039406
First Prefix  A Besar   =    A/81 106746
Last Prefix  A Besar    =   A/99 281971
First  Prefix B Besar    =   B/1
Last Prefix B Besar     =   B/6   496144


Gambar first Prefix A kecil  A/1 986145


Gambar Last prefix  A kecil  A/80 039406


Gambar Pasangan Kembar First & Last Prefix A Kecil.


Gambar Perbezaan   Last Prefix A[ kecil ] dan First Prefix A[ Besar].


Gambar First Prefix  A Besar A/81 106746

Gambar  Last Prefix A besar  A/99 281971.

Gambar  pasangan First & Last Prefix A Besar.


Gambar Last Prefix B Besar B/6 496144



Selamat Berpuasa untuk semua dari Galeri Sha Banknote.

7 ulasan:

  1. Terima Kasih Dato... ulasan yang sangat informatif dan berguna. Koleksi yang memberangsangkan..Syabas..Selamat Berpuasa!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih Tuan Shaikh Abu Dervish.
      Saya ada banyak juga Duit emas Sumatera Aceh dan duit emas Kedah seta tampang Topi Pahang dan Tampang Bidor Perak yang belum sempat lagi diterbitkan dalam blog ini. Nanti Tuan Shaikh mohon dapat bantu saya untuk kenalpastikanya.
      Terima kerana terus sudi melawati blog saya. Selamat berpuasa.

      Padam
    2. Insyallah Dato. Saya pun bukannya expert sangat. Saya rasa bagus kalau dato postkan gambarnya dalam blog nie , lepas tu minta pendapat pembaca. Oh yeah saya masih tercari cari duit kedah emas..susah nak cari yea. kalau ada contact minta tolong forwardkan jadi saya boleh berurusan. Terima Kasih

      Padam
  2. Salam Dato',
    Koleksi wang kertas kerbau terbaik yang pernah dilihat....Tahniah dan selamat berpuasa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bebanyak depankanta.

      Mema puasa ni kita berahi benar buke dengan nasi ulam ora Paha ni. Hok rodong kita Dickson suka sangat Nasi kerabu tu hamba rasa lebih kurang sama je rasanya dengan nasi ulam hamba ni weh...Salam silatul Rahmi dan Selamat Puasa.

      Padam
  3. DASYAT DASYAT MMG SUPERB!!!!!!
    TERUJA SAYA MELIHAT KOLEKSI DATO!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brother Bekok.
      Terima kasih kerana sudi melawati blog saya. Saya tengah mengumpul coupon kalau tuan ada lebih email lah ke saya.
      Selamat Puasa Bos.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...