Rabu, 11 Julai 2012

DUIT TIMAH AYAM JANTAN KEDAH. SULTAN MUHAMMAD JIWA ZAINAL AZILIN MUADZAM SHAH II [ 1710 - 1773 ]








Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin memaparkan Duit Timah Ayam Negeri Kedah smasa Pemerintahan Sultan Mohammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah II [ 1710 - 1773 ] yang ada dalam koleksi esklusif Galeri Sha Banknote.

Duit Timah Ayam Jantan Negeri Kedah ini mula ditempa dan digunakan sebagai matawang di Negeri Kedah semasa era Pemerintahan Kebawah Duli As Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah II [ 1710 - 1773 ]. Duit ini ditempa mengunakan Timah yang berbentuk Ayam Jantan Sabung yang bertenggek diatas beberapa bulatan ring . Matawang Timah berbentuk Ayam Jantan ini mula diperkenalkan dan digunapakai sebagai matawang di Negeri Kedah dalam urusan transaksi perdagangan jualbeli muamalat dan urusan pentadbiran Kesultanan Melayu Kedah pada abad itu diantara sekitar tahun 1710-1773 dizaman Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah II dan Matawang ini terus digunakan sehingga Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah III [ 1854 - 1879 ].

Nilaian Pertukaran Matawang Duit Timah Ayam Negeri Kedah mengikut Nilaian Semasa 1710 - 1854 berbanding dengan DOLLAR SEPANYOL.

 SATU AYAM JANTAN        =  5sen berbanding Dollar Sepanyol
                                               =  50 keping Token Singapore
                                             

SATU RING BULATAN        =  1 sen berbanding Dollar Sepanyol
                                               =   10 keping Token Singapore
                                             

Dibawah ini dipaparkan Gambar-gambar Duit Timah Ayam Jantan Negeri Kedah yang ada dalam Koleksi Galeri Sha Banknote.



                                Duit Ayam Jantan Negeri Kedah.

Gambar Duit Ayam Jantan Negeri Kedah [ 6 ring ]

Gambar Duit Ayam Jantan Negeri Kedah [ 4 ring ]

Gambar  Duit  Ayam Jantan Negeri Kedah [ seekor ]

Gambar Duit Ayam Jantan Negeri Kedah [ seekor ]

Gambar Ring Duit Ayam Negeri Kedah [ 2 ring ]

Gamabar Ring Duit Ayam Negeri Kedah [ 2 ring  ]

Gambar  Ring Duit Ayam Negeri Kedah [ 1 ring ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...