Jumaat, 6 Julai 2012

COUPON FERRY SERVICE FROM PARIT BUNTAR TO BANDAR BHARU 5.4.1993.

Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin memaparkan Coupon  Ferry Service   dari Parit Buntar ke Bandar Bharu  Perak pada  5.4.1939 bernilai 50 cents nombor siri 15779 [ PWD 183 ]. Bagi Pengangkutan Feri Awam bagi menyeberangi Sungai Perak untuk coupon tiket membawa Kenderaan Kereta Lembu, atau Lori dan Kereta pesendirian. Coupon Ferry ini amat jarang disimpan oleh kolektor dan sukar dijumpai pada ketika ini.


GAMBAR COUPON FERRY SERVICE 1939


Coupon Ferry Service ini amat jarang ditemui buat masa ini RRR.
Saiz 70mmx100mm
face value 50 cents
Tarikh 5.4.1939 6am to 9 pm



.

4 ulasan:

  1. Salam dato...sy sgt berminat dgn artikel n kupon ini sbb sy anak jati parit buntar & tggl di Bandar Baharu...:)

    BalasPadam
  2. Salam ahmad nohafizi muhamad radzi
    Terima kasih kerana tuan sudi melawati dan memberikan ulasan diblog saya ini . Coupon tiket feri ini digunakan sekitar tahun 1939 oleh pihak Inggeris bagi penganggkutan Feri awam dari Parit Buntar ke Bandar Bahru yang dikendalikan oleh PWD [ Public Worker Department ] atau kalau sekarang ini dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya JKR . Saya juga sebenarnya tak dapat maklumat sama perkhidmatan ini masih ada ataupun tidak dan perkhimatan ini bila ditamatkan . Kalau tuan ada maklumat tentang perkhimatan feri ini bolehlah dikongsikan bersama diruangan ini .
    Terima kasih Afiz

    BalasPadam
  3. Salam Dato,

    Tiada lagi perkhidmatan feri pada masa sekarang kerana sudah ada jambatan menghubungkan antara Parit Buntar dan Bandar Baharu. Jambatan ini mula di bina selepas tragedi feri karam pada hari Rabu,13th September 1972. Saya tidak pasti adakah tragedi feri ini sama dengan feri di kupon di atas. InsyAllah saya akan kumpul maklumat dari orang2 tua sy yg mgkn lebih arif mengenai feri ini.

    Terima Kasih Dato.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ahmad norhafizi muhamad radzi .
      maklumat daripada tuan ini amat bermakna sekali kepada kupon feri diatas . Dengan fakta lengkap berserta peristiwa tragedi Feri karam pada hari rabu 13th. September 1972 ini membuatkan koleksi ini sebenarnya menyimpan banyak sejarah yang kita boleh ambil untuk makluman kepada genarasi sekarang . Kalau kebetulan saya ke Perak nanti saya akan menziarahi ke Parit Buntar untuk ambil gambar tempat tapak lama perhidmatan Feri dahulu dan gambar Jambatan Baru yang mengantikan Feri dari Parit Buntar ke Bandar Baharu bagi melengkapkan lagi fakta sejarah kupon ini.
      Terima kasih Afiz atas usaha tuan mendapatkan maklumat untuk kupon ini .

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...