Ahad, 8 April 2012

PROJEK : KERJA MENAIKTARAF 2 BUAH PADANG BOLASEPAK MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK1 & MPK2) SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN UNTUK SUKAN SUKMA DI KUANTAN




Padang Awam Kuantan MPK1 2012

Padang Awam Kuantan 1913



Projek        : Kerja Menaiktaraf 2 Buah Padang MPK1 & MPK2 dan Kerja-Kerja Berkaitan di Kuantan Pahang Untuk Sukan Sukma Malaysia
Tarikh mula : 13/2/2012
Tarikh siap : 4/6/2012
Kos projek : Rm 1,715,546.00


Sukan SUKMA Malaysia kali ini akan diadakan di Negeri Pahang pada awal Julai 2012 ini. Sebagai persiapan  tempat untuk acara bolasepak, Projek ini telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada Parent Company Galeri Sha Banknote untuk menjalankan kerja menaik taraf padang awam . Tapak padang tersebut terletak berhadapan dengan Mahkamah dan bersebelahan dengan Masjid Besar Sultan Ahmad Shah Kuantan.

Pada 30/3/2012 Galeri Sha Banknote telah menerima panggilan daripada Site agent di tapak bina mengatakan telah menjumpai duit syiling lama semasa kerja pengorekan untuk SubSoil drainage. Buruh Indonesia tersebut telah menjumpai 4 keping duit siling lama. Galeri Sha Banknote telah bergegas ke tapak bina dan mendapati 4 keping duit siling lama telah dijumpai tertanam di dalam tanah. 1 keping duit tembaga half cent Sarawak dan 2 keping Silver tulisan jawi (tidak dapat dikenali), 1 keping duit silver Belanda 1785 ( tidak dapat dikenali).

Galeri Sha Banknote juga ada menyimpan gambar-gambar lama bandar Kuantan dan telah menemui gambar asal pembinaan padang tersebut pada tahun 1913.

Di bawah ini dipaparkan gambar pembinaan awal padang awam tersebut 1913 dan gambar terkini padang awam 2012.

Gambar Pembinaan Awal Padang Awam Kuantan pada tahun 1913


                       
Gambar Terkini Padang Awam Kuantan MPK1 2012





Gambar sebahagian duit siling lama yang ditemui tertanam dalam tanah di padang MPK1,





Dibawah ini dipaparkan Gambar duit siling lama yang ditemui dipadang awam MPK1 Kuantan.


Gambar Muka Depan 4 keping Duit Lama


                   Gambar Muka Belakang 4 keping Duit Lama



                                       GAMBAR DUIT NO 1
                                      Gambar hadapan

                                    Gambar belakang

                                    Gambar mild edge

Item : Tidak diketahui
Tahun : Tidak diketahui
Berat : 7.75gm
Tebal : 2.5mm
Komposisi : Silver
Diameter : 22mm diameter
Edge : Mild Edge
Status : RRR


                                    GAMBAR DUIT NO 2
                                     Gambar hadapan


                                    Gambar belakang

Item : Tidak diketahui
Tahun : Tidak diketahui
Berat : 6.17gm
Tebal : 3.0mm
Komposisi : Silver
Diameter : 20mm diameter
Edge : Plain
Status : RRR

                                    GAMBAR DUIT LAMA NO3
                             Gambar hadapan James Brooke

                             Gambar belakang Half Cent 1870

Item : Half Cent Sarawak J.Brooke
Tahun : 1870
Berat : 4.61gm
Tebal : 1mm
Komposisi : Copper
Diameter : 22,5mm diameter
Edge : Plain
Status : R



            Gambar hadapan crowned Sheild of West Friesland

                      Gambar belakang " WEST FRI SIAE 1785"

Item : Duit Belanda
Tahun : 1785
Berat : 1.05gm
Tebal : 0.5mm
Komposisi : Silver
Diameter : 18mm diameter
Edge : Plain
Status : RR



7 ulasan:

  1. salam dato'.kalau dah main duit ni.ade je jumpe yerk...tahniah kerana dpt projek tu..minat sy tgk gambo lama padang mpk tu.

    BalasPadam
  2. lupa nak tanye.medal tu ape cite?boleh ke pindoh kat saye pulok?

    BalasPadam
  3. Terima kasih Faizal. Kita jumpa kat Taman Kerang Kuantan nanti.

    BalasPadam
  4. Salam Dato' Duit No.1 & 2 adalah duit India, No. 4 duit Stiver Indonesia-Belanda.

    BalasPadam
  5. Terima kasih Tuan master Ishar kerana membantu saya.

    BalasPadam
  6. Dato,
    Duit no 1 & no 2 adalah duit di zaman era Sultan Mughal India, Aurangzeb Alamgir. Beliau adalah Sultan Mughal yang ke 6 adalah anak kepada the famous Shah Jehan dan Mumtaz Mahal. Inscription kat duit tu kurang jelas tetapi apa yang saya boleh lihat tahun pada syiling pertama jelas 1117 Hijrah ( 1705AD) adalah tahun di era Aurangzeb Alamgir ( 1658-1707AD). Di bawah ini apa yang tertulis di atas duit ini. Mana yang tak jelas saya letak ??? jea. Duit ini adalah common kerana pemerintahan Alamgair yang lama 49 tahun. Beliau adalah Sultan Mughal pertama yang menghapuskan kalimah Allah & Syahadah daripada duit Mughal. Harap penjelasan ini berguna dan mana yang silap tu sila betulkan.

    Duit no 1 :
    Depan : Shah Aurangzeb Alamgir Sikkah Zad Dar Jihan Cho Badr Munir ( Shah Aurangzeb Alamgir duit tempa di dunia bagai bulan yang bersinar, 1117 )

    Belakang : Sanat 49??? Julus Maimanat Manus Zarb ???? ( Di tempa di tahun 49??? pemerintahan ditempa di ?????)

    Duit no 2 :

    Depan : Shah Aurangzeb Alamgir Sikkah Zad Dar Jihan Cho Badr Munir ( Shah Aurangzeb Alamgir duit tempa di dunia bagai bulan yang bersinar)

    Belakang : Sanat ??? Julus Maimanat Manus Zarb ???? ( Di tempa di tahun ??? pemerintahan ditempa di ?????)

    BalasPadam
  7. Salam Tuan Abu Dervish
    Terima kasih diatas maklumat yang dikongsikan bersama diblog ini. maklumat yang Tuan berikan amat membantu saya . Terima kasih sahabatku.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...