Selasa, 6 Mac 2012

POHON PITIH TERENGGANU 1835 -1920



                 
  Mengikut rekod dan rujukan dari buku Encyclopaedia by Saran Sinkh , difahamkan bahawa kesemua Duit Pitih Terengganu ini tidak tercatat tarikh tahun ianya dikeluarkan ,  Walaubagaimanapun berdasarkan sejarah pemerintahan kesultanan negeri Terengganu Duit Pitih Terengganu ini  dikesan mula digunakan semasa pemerintahan Sultan Ahmad Shah 1 (1808 - 1830 ) sehinggalah  Sultan Muhammad Shah II ( 1918 -1920 ), Ini bermakna Duit Pitih Terengganu ini telahpun mula digunakan sekitar tahun 1800 -1900 sebagai modiul matawang untuk urusan pertukaran jualbeli dan perniagaan ketika itu,
                      Duit Pitih Terengganu ini dapat dilihat melalui pekembangan pesat perdagangan Arab dan pengaruh Islam yang berkembang ketanah Melayu, Ini dapat dilihat pengaruh Arab dan Islam telah mencorakkan latarbelakang rekabentuk dan tulisan yang ada pada Duit Pitih Terengganu ini,  Duit  Pitih ini telah  tetera kalimah arab tulisan jawi KALI MALIK ALADIL bermaksud pemerintah Raja yang Adil.
                      Duit Pitih Terengganu ini ditempa mengunakan timah berbentuk sepohon pokok yang mempunyai ranting dan daun duit berbentuk bulat bersaiz [  duit 10sen sekarang ] sebanyak 13keping, dan kepingan ini akan dipatahkan daripada pohonnya apabila ianya hendak digunakan. Kebanyakan Duit Pitih ini hanya ditemui dalam bentuk kepingan sahaja dan sukar ditemui dalam sepohon lengkapn 13 keping.
                      Nilaian matawang Duit Pitih Terengganu mengikut kajian ianya disebut nilaian loghat Terengganu dengan sebutan KEPING iaitu nilaian 1/2 KEPING  dan  1KEPING  dalam pelbagai versi keluaran.
                       Gelari Sha Banknote merasa amat bertuah kerana dapat memiliki dan menyimpan DUIT PITIH TERENGGANU dalam keadaan amat cantik sepohon lengkap dengan berdaun 13 keping duit untuk koleksi dimasa ini,  kondisi pohonya amat utuh dengan ranting berdaun 13 keping  dan tetera dengan jelas kalimah tulisan jawi berbahasa Arabic  " KALI MALIK AL ADIL " bermaksud "  Pemerintah Raja Yang Adil "" The Reign 0f The Just Ruler ",
                      Duit Pitih Terengganu ini adalah koleksi yang paling istimewa  setakat ini kerana ianya adalah keluarga koleksi Esklusif yang amat bernilai dalam  koleksi Gelari Sha Banknote. Difahamkan Duit Pitih Terengganu ini amat sukar ditemui Very Rare terutama dalam keadaan baik sepohon bercabang 13 duit, Koleksi duit ini hanya dapat dilihat di Muzium Terengganu dan Muzium Negara yang ada dipamerkan untuk tatapan kepada orang awam kerana simpanan dalam koleksi colector pesendirian amat kurang,






Obverse       : In Arabic " KALI MALIK AL ADIL "
                      [ the Reign of The Just Ruler ]
                      [ Pemerintah Raja yang Adil ]
Reverse        : blank
Weight         : 2.2 gram
Diameter      : 20mm
Composition: Tin
Issued          : 1835 - 1940
status           : RRR
Estimate Value : RM 12,000.00
Owner         : Galeri Sha Banknote

3 ulasan:

  1. salam dato'.wah hebat.selamat maju jaya dalam arena matawang....

    BalasPadam
  2. Oh lupa nak bagitau dato'.saya faizal yang duk kuantan tu....

    BalasPadam
  3. Terima kasih Faizal. Inilah yang semampunya kita bersama dalam keluarga Numismatik. Encik Faizal tolong sms nombor phone tuan ke saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...