Jumaat, 1 Februari 2013

NUMISMATIK MALAYSIA

 NUMISMATIK MALAYSIA

Semalam Galeri Sha Banknote paling banyak mendapat call dan sms daripada sahabat-sahabat Numismatik Negara kita . Ini berikutan dengan Seminar yang akan diadakan pada 27.04.2013 di hotel Shahzan Inn Kuantan , Pahang  anjuran Kelab Warisan Numismatik . Dan tidak ketinggalan juga disepanjang Seminar tersebut akan diadakan Jualan duit-duit lama . Ramai sahabat yang bertanya untuk menyertai jualan tersebut  .  Dan Galeri Sha Banknote juga akan cuba  membawa  koleksi-koleksi Syiling -syiling Error  Malaysia yang ada dalam koleksi untuk dipamerkan kepada sahabat semua .
Kepada semua ahli Numismatik Malaysia yang berminat untuk menyertai Seminar ini Kelab Warisan Numismatik mengucapkan Selamat Datang ke Seminar ini dan ahli dari Luar Pahang Selamat datang sambil menikmati keindahan Bandar Kuantan .
           Seminar ini lebih memberikan penekanan  kepada kolektor baru dalam kaedah asas bagi mengenali , menilai dan menjaga koleksi  wang yang ada pada kolektor semua  .  Dan satu cabang sain Numismatik yang diiktiraf oleh International Numismatic dunia  iaitu  bidang Error Coins . Semua isu dan tajuk-tajuk ini akan dikupas oleh pakar Numismatik kita Mr. Dickson Niew , beliau adalah merupakan Penasihat kepada Kelab Warisan Numismatik .

           Secara keseluruhan beberapa data angka  telah diambil oleh Kelab Warisan Numismatik untuk rujukan  dan telah mendapati dan  mempunyai angka keseluruhan player dalam hobi Industri Numismatik  Malaysia ini pada tahun 2012  iaitu telah mencecah jumlah  seramai  16,692 orang Numismatik Tegar  dan  lebih daripada  23 outlet premis Numismatik yang  khas bagi menjual duit lama dan angka ini tidak termasuk perniaga dijualan mingguan di AmCorp Mall  , Pasar karat ,  Pasar Seni dan lain-lain lagi diseluruh negara kita .
           Numismatik Malaysia juga mempunyai Persatuan Induk Malaysia Numismatic Society MNS dan beberapa Kelab yang berdaftar  sebanyak 4 kelab termasuk Kelab Warisan Numismatik dan  Kelab tidak berdaftar seperti Kelab Admin Facebook ada sebanyak  8  kelab Facebook .
           Di Malaysia hanya terdapat 1 Auction House yang kini dikendalikan oleh MNS dan IsyaAllah Kelab Warisan Numismatik sedang merangka untuk mengadakan Auction House yang kedua bagi merancakkan lagi aktiviti Numismatik Negara kita .
     
           Daripad Fakta Numismatik Malaysia yang ada sekarang ini kolektor yang ada sekarang ini adalah seramai 16,692 dan purata  perbelanjaan  tahunan setiap kolektor ialah dalam jumlah  RM1000/setahun   dan anggaran unjuran perbelanjaan sektor Numismatik Malaysia 2012 adalah lebih kurang 16juta setahun  . Dan dijangka untuk tahun 2013 pertumbuhan unjuran perbelanjaan sektor Numismatik ini akan meningkat sebanyak 15% kepada angka RM20 juta  . Dari angka ini sebenarnya peluang yang diwujudkan oleh sektor Numismatik ini  ini amat besar  dan  hobi ini adalah salah satu pelaburan yang boleh  memberikan pulangan yang baik berbanding dengan hobi-hobi yang lain . Bagi adik-adik kolektor baru  hobi ini boleh dijadikan kerja samping yang boleh memberikan pendapatan sampingan dengan menyertai jualan di internet atau di  Facebook  .

           Selamat datang kepada semua ahli Numismatik Negara ke Seminar ini dan anda boleh enjoy dengan aktiviti ini .






5 ulasan:

  1. Assalammualaikum.dato' saya mempunyai duit syiling queen victoria tahun 1883 dan 1884.boleh tak dato' tolong saya bagaimana saya nak pastikan samada duit tersebut original atau tak.saya tinggal area perak.dimana numismatik perak yang dapat saya pergi untuk pastikan duit tersebut.tolong hubungi saya Uchie 0165167819.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. saya mempunyai wang kertas asli Wang Amerika keluaran tahun 1934 bernilai USD 100,000 (lebih kurang RM300,000) yg lengkap dgn nombor siri. Wang ini memaang asli, didapat melalui cara penarikan wang di Indonesia yg saya saksikan sendiri. Wang itu adalah transaksi di era Presiden Soekarno .Saya ada beberapa keping note ini yang diberi oleh orang sewaktu saya di jawa dan saya ingin menjualnya kerana ada keperluan kewangan yg mndesak. Saya juga mempunyai wang syiling Amerika Silver Dollar edisi terawal tahun 1799 yg diambil melalui cara penarikan juga tetapi saya masih berfikir utk menjual yg ini. Ini email saya sekiranya ada yg berminat utk mmbeli wang kertas amerika: Shiellamaryam@yahoo.com.. terikasih, Shiella, Kuala Kangsar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan
      Saya dimaklumkan numismatik Indonesia bahawa sekarang ini banyak terdapat duit cetakan palsu duit malaysia dan USA di Indinesia . saya tak pakar duit luar negara tetapi senang sahaaj tuan boleh bawa ke kedai money changger untuk tanya dan kalau ori boleh tukar distu..

      Padam
  3. Saya nak upload foto wang kertas itu, ttetapi tak tahu caranya

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Dato' Shaharuddin...Saya mempunyai Syiling emas keluaran 1901 United State 10 Dolar. Bagaimana saya boleh mengetahui nilai pasaran terbaik syiling ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...