Khamis, 28 Februari 2013

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA BB1M

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA  BB1M
Sah laku sehingga 31.05.2013
Dikeluarkan oleh Kerajaan Persekuatuan Malaysia
Peruntukan Baucer RM325,000,000.00
Nilaian pemberian Baucer RM250
Kepada Pelajar IPT dan Pra Universiti
Tujuan bantuan kemudahan membeli peralatan buku dan alat tulis pelajar

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA BB1M
Pemberian Kerjaan Persekutuan Malaysia

Obverse  sampul  BB1M

Reverse sampul BB1M

Petikan ucapan Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun haji Abdul Razak

Obverse baucer BB1M RM50  no 66041287

Reverse baucer BB1M
Sahlaku sehingga 31.05.2013
Universiti UiTM Jengka

Obverse baucer BB1M no 66041288


Reverse baucer BB1M
Sahlaku sehingga 31.05.2013
Universiti UiTM Jengka

Obverse baucer BB1M no  6041289


Reverse baucer BB1M
Sahlaku sehingga 31.105.2013
Universiti UiTM Jengka


Obverse baucer BB1M no 6041290


Reverse baucer  BB1M
Sahlaku sehingga 31.05.2013
Universiti UiTM Jengka

Gambar kesemua BB1M


BAUCER TUNAI 1 MALAYSIA BR1M 2.0


Gambar BR1M 2.0  2013
Nilai RM250
Siri 0934276

Gambar Surat Tawaran BR1M oleh Kerajaan Malaysia

nota***
Baucer Buku 1 Malaysia BB1M ini adalah dikeluarkan oleh  Kerajaan Malaysia pada tahun 2013 bagi tujuan membantu pelajar IPT dan Pra Universiti  untuk  membeli buku dan peralatan alat tulis . Dan Baucer Tunai Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini  BR1M 2.0 juga dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia pada 2013 bagi membantu rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3000 .

Dan beberapa baucer lain lagi yang baru dilancar pada sekitar tahun 2013 bagi membantu rakyat yang susah  .  Namun pada hakikat sebenarnya pada tahun 2013 barulah Kerjaan Malaysia  memperkenalkan beberapa bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M , Bantuan Tayar 1 Malaysia kepada pemandu Teksi , Bantuan  Buku 1 Malaysia BB1M , Bantuan Bekas Tentera 1 Malaysia, Bantuan Pelajar sekolah 1 Malaysia  dan beberapa  bantuan  lain lagi yang melibatkan perbelanjaan keseluruhan Kerajaan berjumlah  RM 3,000,000,000.00  yang dibelanjakan untuk agihan kepada rakyat .

Pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah Kerajaan Malaysia memperuntukan Bajet yang bergitu besar  untuk diagihkan kepada rakyat dalam bentuk Baucer .  Peruntukan Perbelanjaan ini adalah bertujuan bagi membantu Rakyat yang berpendapatan rendah dengan hasrat Rakyat Didahulukan , Pencapaian diutamakan .

Namun hakikat yang sebenarnya yang semamangnya  perlu diakui  oleh semua pihak  bahawa pada tahun 2013 adalah tahun terakhir Mandat bagi penggal PRU 12 dan akan bermula tarikh berlakunya proses Demokrasi  berparlimen iatu PRU13 selewat-lewat akhir bulan Mac 2013 ini . Rakyat Malaysia yang layak akan menentukan Kerajaan yang akan memerintah Negara  dengan memberi Mandat baru dalam PRU13 yang amat hampir tarikhnya .  Proses mendamba dan memenagi hati rakyat dengan bantuan dan perihatin atas kesusahan rakyat menjadi agenda utama Pemerintah mahupun Pembangkang untuk mendapat undi  Rakyat yang akan menentukan mereka ini secara Demokrasi untuk memerintah dan mentadbir Negara Malaysia .

Beralih pula  kepada  pandangan yang bersifat  Numismatik ,  Galeri Sha Banknote apabila melihat baucer-baucer BB1M atau BR1M  teringat kita kepada Kupon-Kupon ketika Pemerintahan British dahulu sekitar tahun 1940 sehingga 1948  iaitu zaman selepas perang dunia kedua yang  berlakunya  kemelesetan ekonomi dan krisis makanan dunia . Pihak British telah mengeluarkan beberapa Kupon yang seakan sama dengan baucer yang dikeluarkan  oleh  Kerajaan ketika ini .  Contohnya Kupon Menjual dan mengekspot getah , Kupon cuka getah , Kupon Share Getah , Kupon Minyak , Kupon Penyembelihan Haiwan biri-biri , kerbau lembu & babi dan beberapa Kupon lain lagi yang bertujuan bagi mengawal  krisis ekonomi pada ketika itu  .  Bagi kolektor numismatik semua kupon-kupon yang dikeluarkan oleh kerajaan British ini adalah  amat rare dan bernilai dari segi Sejarahnya . Kolektor yang amat aktif di Malaysia buat masa  ini yang berusaha untuk  menyimpan dan membuat kajian  keatas Kupon-kupon yang dikeluarkan Zaman British dahulu ialah   Dr . Nazery Rosmady bin Rahmat dari Universiti Perlis yang ada lengkap Koleksi Kupon  British ini  . 

Galeri Sha Banknote berpandangan bahawa baucer-baucer yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2013 ini adalah merupakan warisan Numismatik yang amat rare dan bernilai dari segi sejarahnya . Koleksi Baucer-baucer ini adalah penanda bahawa telah  berlaku krisis kepercayaan dan mandat rakyat kepada Pemerintah agak merosot pada ketika PRU12  ,  menyebabkan kerajaan hilang kuasa 2/3 di Parlimen  dan atas keperihatinan inilah  menyebabkan Kerajaan memperkenalkan Baucer 1 Malaysia untuk menghargai dan medahulukan diatas kesusahan rakyat yang perlu kerajaan lakukan .

Kepada Kolektor semua kalau ada kesempatan cuba dapatkan dan simpan kesemua variety baucer yang telah dikeluarkan untuk dijadikan koleksi segar yang amat  berpotensi .  Difahamkan bagi baucer BBIM RM50 EV adalah RM80 dan Baucer BRIM RM250 EV adalah RM300 . 

1 ulasan:

  1. Aslmkum dato saya ajil ibrahim no telpon 01114393338 asal sandakan sabah.kami ada satu siling one dollar 1907 king adword Vll yg origenal dato yg dicari cari oleh dato tlg hbgi kami
    dato

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...