Jumaat, 30 November 2012

DUIT AISYAH SATU RINGGIT KEMBAR

DUIT AISYAH  CR  SATU RINGGIT KEMBAR
Wang Kertas RM1
Signed by Tan Sri Ali Abul Hassan
Tahun 2000
Prefix CR  sahaja
Error in the signature of the Govenor.

                      GAMBAR AISYAH CR KEMBAR
                         
                    Gambar Kembar Aisyah Tepi dan Tengah

              Gambar muka belakang kembar Aisyah Tepi dan Tengah      
Koleksi Kembar Aisyah CR
RM1 Signed by Ali Abul Hassan Tengah [ betul ]
RM1 Signed by Ali Abul Hassan Tepi [ palsu ]
             
Nota***

Wang Kertas Aisyah Tengah dan Aisyah Tepi ini  kedua-duanya adalah  merupakan koleksi lama yang dikumpulkan pada dalam  tahun 2010. Sebenarnya ramai yang datang untuk melihat dan ingin membeli duit Aisyah Tepi ini.  Kebanyakannya ada kolektor mistik  yang memerlukan duit ini bagi perantaran menarik  duit alam Jin . Kebiasaannya duit ini dilakukan ujian oleh  seorang pakar alam ghaib dan ilmu  mistik. Duit ini dikatakan ada khadam dan keistimewaanya. Galeri  Sha Banknote pernah ditawarkan dengan  harga RM25,000 untk tukaran dengan duit ini.
                Untuk makluman duit Aisyah Tepi ini adalah duit palsu dan telah diubah tandatanganya menjadikan tandatangan tepi dan Bank Negara tidak pernah mengeluarkan duit tandatangan tepi untuk duit RM1.  Dan duit Aisyah ini tidak ada jin dan bukan datangnya daripada alam ghaib. Semua kepercayaan dan aktiviti ini adalah kurafat semuanya.

           

13 ulasan:

  1. Syabas Dato',
    Satu info dan pendedahan yg sangat berguna kepada pengumpul..Ramai yang mengambil kesempatan bila premium yg tinggi diberi kepada wang kertas tertentu dan maklumat spt ini juga tentu banyak membantu untuk menyedarkan orang ramai tentang dunia khurafat yg masih diamalkan oleh sesetengah orang kita....

    Terima kasih banyak2 Dato'...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikom Sahabatku Depankanta.
      Terima kasih kerana menambah dan menyokong padangan saya. Saya agak kecewa dengan apa yang berlaku dan terjadi angkara kolektor mistik ini. Kalau kita layan sebenarnya kita bersubahat khurafat sama dengan mereka. Saya amat sayang aktiviti numismatik ini dan berharap hobi ini mendapat redho ALLah kerana aktiviti ini amat indah dan murni kerana dapat menyimpan warisan aktiviti muamalah kita yang ada. Kita berharap selepas ini aktiviti mistik ini tidak lagi menggangu aktiviti-aktiviti numismatik kita.
      Terima kasih Depankanta

      Padam
  2. Salam Dato'

    terima kasih atas pendedahan info yg sebegini,
    betul juga kata Tuan Depan Kanta, harus ada pendedahan yg sebegini..
    terima kasih

    @Sme68PG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam @Sme68PG,
      Terima kasih kerana sudi melawati blog saya.
      Pandangan dan sokongan orang muda seperti tuan amat diperlukan untuk sama-sama memberi kesedaran kepada mereka yang saya istilahkan KMDK [ kumpulan mistik dan khurafat ].
      Terima kasih @Sme68PG

      Padam
  3. Salam Dato,

    Saya baru terjumpa blog Dato. Satu info yang menarik kerana sekarang ni ramai di antara kawan-kawan yang tengah sibuk cari duit RM1 tandatangan Aisyah yang kononnya datang dari bank di alam jin....Lepas ni bolehlah saya minta diorang rujuk blog Dato ni. Mudah-mudahan ada kesedaran di kalangan mereka yang mungkin dah terpesong....

    Kawan Baru
    Sarawak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Eddie Mors.

      Terima kasih kerana sudi melawati dan berkongsi pendapat diblog ini . Baru semalam ada KMDK dari Melaka call saya nak datang nak tengok duit Aisyah kebetulan sambil tengok anak dia di UiTM Jengka . Bila KMDK datang rumah saya dia terkejut berok sebab dia baru dapat lihat duit Aisyah yang dikatakan duit daripada Bank Alam Ghaib turun ke bumi. Sebenarnya saya ada 24 keping duit aisyah RM1 yang saya simpan semenjak dari dahulu lagi. KMDK ini datang nak beli dengan harga RM5000 kerana ada jemaah boleh buat proses untuk tarik duit alam ghaib di Melaka.
      Saya sempat menasihatkan dan menerangkan KMDK bahawa duit ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tahun 2000 . Duit aisyah seringgit sain tengah ini memang susah jumpa sebab duit ini tak banyak kerana Bank Negara telah tarik balik . Duit ini sebenarnya tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Gabenur Bank Negara Sebelum Tan Sri Zeti Aziz. Duit aisyah ini Lillahi bukan duit alam ghaib dan tak ada kaitan dengan Jin .
      KMDK ini mungkin tak puashati tapi saya tetap tak akan menjualnya dengan alasan ini koleksi peribadi saya dan saya masih mencari lagi untuk menambah koleksi saya.

      Padam
  4. Saya ada kwn mempunyai wang tersebut bole cl saya 0176107896

    BalasPadam
  5. Asalamualaikum..saya nak tumpang tnya pa kelebihan duit RM50 sain di tepi ahmad don ..dan bpa nilan nya .

    BalasPadam
  6. Asalamualaikum..saya nak tumpang tnya pa kelebihan duit RM50 sain di tepi ahmad don ..dan bpa nilan nya .

    BalasPadam
  7. Sy ad rm 10 sign tepi.blh pm 0176137282

    BalasPadam
  8. Rm 10 sign tepi nak lagi x dato?kalau nk boleh pm sy 0176137282

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...