Jumaat, 9 November 2012

TABONGAN WANG, KERAJAAN DAI NIPPON , MALAI.

TABONGAN WANG , KERAJA'AN DAI NIPON, MALAI Tarikh 31/08/1942

1. Kad2 ini boleh-lah di-dapati di-mana2 Pejabat Pos dengan tiada kena bayaran.

2. Apabila satu Kad sudah penoh di-tampal dengan sepuloh sen stem, hendak-lah di-serahkan di-Pejabat Pos ( bersama2 dengan buku Tabongan Wang jika ada) bagai simpanan

3. Sekurang2-nya simpanan itu di-simpan tiada kurang dari saringgit/limapuloh sen.

4. Faedah-nya dalam sa-tahun ia-lah tiga peratus.

5. Tabongan Wang dalam Malai di-jamin oleh Keraja'an Nipon

                          RETURN TO DEPOSITOR

TABONGAN WANG, KERAJA'AN   DAI NIPPON, MALAI

Stem2 Sepuloh sen sahaja yang boleh di-tampal-kan di-atas kad ini . (P,-S,B.19)

Nama dengan penoh    A.AZIZ BIN RAHMAT

Nilaian SARINGGIT 10 keping stem 10sen

Buku Si-Penyimpan. Pejabat yang mengeluar-kan    JOHORE   Nombor Buku 19455.

Chap haribulan Pejabat Pos yang menerima stem2 .   31.8.2604 NIPPON MALAI


                        GAMBAR TABONGAN WANG,
                        KERAJA'AN  DAI NIPPON , MALAI

Gambar  Kad  Tabongan Wang
Keraja'an  Dai Nippon Malai'
Tarikh 31/8/2604
Nilaian Saringgit 10keping stem 10sen
Saiz 158 mm  x  110 mm
Rarity very rare RR
Owner Galeri Sha Banknote.

Nota**

Koleksi ini diperolehi daripada seorang Pakchik di Melaka yang mempunyai 2 keping yang sama. Beliau memaklumkan bahawa satu keping lagi telah dijual  kepada  kolektor dari Singapore yang mengumpul koleksi  khas  barangan  Tentera Jepun.  Kolektor tersebut adalah seorang penulis buku yang bekaitan sejarah pendudukan tentera Jepun di Malaya dan Singapore.  Berkemungkinan yang dimaksudkan oleh Pakchik ini adalah Mr. Wong Hon Sum   penulis Buku The Japanese Occupayion Of Malaya Singapore And Its Currency ataupun mungkin orang lain yang tidak dapat dikenalpasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...