Jumaat, 10 Ogos 2012

COUPON TEN CENTS BUFFALO / BULLOCK 1945.

Pada kali ini Galeri Sha Banknote ingin memaparkan satu slip Coupon Kerbau/Lembu yang diketogerikan sebagai extremly rare dan jarang dilihat atau dipamerkan oleh mana-mana kolektor. Slip Coupon ini adalah milik Koleksi Galeri Sha Banknote yang terbaru.
              Apa sebabnya berlaku dan kenapa Coupon ini digunakan oleh pihak British.   Keadaan kemelesetan ekonomi dan krisis  makanan yang belaku akibat meletusnya perang dunia kedua dan Tanah Melayu telah  di Perintah oleh Tentera Japan selama 3 tahun 8 bulan. Maka Kerajaan British Malaya telahpun mengambil pendekatan jangka pendek  dengan memperkenalkan  " Sistem Coupon " bagi mengawal setiap aktiviti ekonomi terutama dalam pengeluaran dan pengunaan barangan komoditi dan bahan makanan .  Diantara Coupon yang diperkenalkan adalah :-

         1.  Coupon Export Getah Kering.
         2.  Coupon Membeli Cuka Getah.
         3.  Coupon saham Kebun Getah.
         4.  Coupon Petrol.
         5.  Coupon Membekal Ayam
         6.  Coupon Membekal Biri-biri.
         7.  Coupon Membekal Kerbau/Lembu
         8.  Coupon Membekal Babi.

Inilah Ketogeri barangan  yang diketahui sertakat ini yang diwajibkan untuk mendapat kelulusan Coupon bagi menjalankan aktivit-aktiviti yang dikawalselia oleh Pentadbiran British Malaya pada ketika itu. Jadi bagi kolektor Numismatik  sudah semestinyalah Coupon ini menjadi buruan dan simpanan untuk koleksi kita semua. .  Coupon getah atau coupon Petrol  masih senang dijumpai dan  didapati tetapi difahamkan  Coupon yang dianggap paling extremly rare adalah Coupon Biri-biri dan Coupon Kerbau/Lembu.
           Dibawah ini dipaparkan Coupon Kerbau/Lembu yang menjadi kebanggaan Koleksi Galeri Sha Banknote.

Gambar Coupon Uniface Ten Cents Kerbau/Lembu
issued by Governmet Brith Malaya
Date 10.09 1945
siri no. 8692 [ san. 96A ]
saiz 48mmx68mm
rarity extremly rare RRR
EV rm1200

Gambar belakang Ten Cents Coupon Kerbau/Lembu
catatan tangan tulisan cina lama.


Galeri Sha Banknote juga merasakan perlu dipaparkan  Coupon Resit Ferry yang bernilai 50 cents yang dikeluarkan oleh Kerajaan Britsh Malaya pada tahun 5.4.1939 bagi Perkhimatan Ferry daripada Parit Buntar ke Bandar Bharu Perak untuk Perkhidmatan Tambang bagi Motocar, Lori dan Kereta Lembu sahaja. Tarikh digunakan pada 5.5.1939 diantara pukul 6 am to 9 pm. Perkhidmatan Ferry ini dikendalikan oleh Jabatan Kerja Awam PWD Britsh tahun 1939 sebelum kemasukan Tentera Japan Ke Malaya.


Gambar 50cents Resit Ferry
Tarikh 5.4.1939
No siri  15779 [ PWD 183 ]
saiz 70mmx100mm
Rarity Extremly Rare RRR
EV Rm 800

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...