Ahad, 8 Disember 2013

MATAWANG KESULTANAN MELAYU NEGERI PAHANG

SEJARAH MATAWANG KESULTANAN NEGERI PAHANG
Satu analisa dari catatan Hukum Kanun Pahang HKP
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Saraf fi Jengka Pahang
10 safar 1435 Hijrah .


Pendahuluan
Tulisan ini adalah beberapa catatan dan analisa  daripada Galeri Sha Banknote kepada Buku Hukum Kanum Pahang HKP yang di tulis oleh Fakir yang tinggal di Pulau Raya bagi membincangkan SEJARAH MATAWANG KESULTANAN MELAYU NEGERI PAHANG dari sudut tulisan Numismatik .  

[ Pengantar Dato Yaakub bin Isa - m/s xiii HKP iaitu catatan yang menyebut ini dibuat( menulis ) oleh seorang yang menamakan dirinya Fakir yang tinggal di Pulau Raya . Catatan itu malah menetapkan sesiapa yang ingin menyalinnya, menurut adat , dikehendaki membayar SEEMAS . Sekiran diberi pinjam dan berlaku kehilangan dan kerosakan semasa dalam pinjaman , maka kenalah sipeminjam membayar sepenuh harganya. Dibawah Pemerintan Kesultanan Negeri Pahang yang kedua belas yang berketurunan daripada Sultan Melaka iatu Sultan Abdul Ghafur Mohayidin Shah 1592M - 1614M .]

Buku hukum Kanum Pahang ini ditulis oleh Fakir dari Pulau Raya . Semasa Pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Mohayidin Shah ( 1592 - 1614M ) . Sultan Pahang yang ke-12 yang berketuranan dari Sultan Negeri Melaka .
Dalam catatan Hukum Kanun Pahang  HKP ini dari awal lagi satu penemuan tentang hukum menyalin dan meminjam buku HKP ini dengan bayaran SEEMAS . Catantan ini jelas menunjukan Matawang yang digunakan pada ketika itu adalah Matawang EMAS . Dari segi rekod penemuan Matawang Pahang pada ketika itu masih lagi belum ada  mengeluarkan Matawang Coin Emas . Dan Matawang Emas yang digunakan oleh Pemerintahan pada ketika itu adalah  berkemungkinan mengunakan Matawang Negeri Johor iaitu Matawang MAS negeri Johor di bawah Kesultanan :_

1. Sultan Alauddin Riayat Shah (1597-1613)
    MAS gold Coin
    Obverse in Jawi Sultan Ala'uddin 
    Reverse in Jawi Khalifatul Mukmin
    (SS10A)

2. Sultan Abdullah Ha'ayat Shah (1615-1623)
     MAS Gold Coin
    Obverse in Jawi Sultan Abdullah Shah 
    Reverse in Jawi Khalifatul Mukmin
     (SS11)
    Obverse  

Dan rekod HKP ini  adalah  ' perjalanan " bermula dari  Melaka, Bentan, Johor kemudian diperkenalkan di Pahang . Dalam tempuh pengunaan HKP diperkenalkan di Negeri Pahang ini bemungkinan besar Matawang yang digunakan pada ketika itu adalah pengunaan bersama mengunakan Matawang MAS Acheh dibawah pemerintahan :-

[ muka surat 175 Gold Coin Samudra Pasai And Acheh J. Leyten ]
1. Sultan Iskandar Muda (1607-1636)
    MAS ACHEH
    Obverse in Jawi Sri Sultan Raja Iskandar Muda
    Reverse in Jawi Djohan berdaulat bin Mansur Shah
    ( A 15e J. Leytan )


Penutup
Dari catatan kandungan Hukum Kanun Pahang HKP ini maka bolehlah kita katakan bahawa istilah kenaan hukuman dan bayaran dalam  sebutan SEEMAS  dalam Hukum Kanun pahang ini adalah mengunakan Matawang Johor dan Acheh . Kerana kemungkinan negeri-negeri lain seperti negeri Pahang sendiri, Melaka dan Pattani tidak mengeluarkan matawang EMAS cuma yang ada Negeri Pattani subutan Kupang sahaja . Maka dengan ini kita boleh membuat rumusan SEEMAS  yang disebut dalam Hukum Kanun ini adalah satu MAS gold Coin Negeri Johor atau satu MAS Gold Coin Acheh yang digunakan di Negeri Pahang ketika itu untuk matawang Gold Coin .


****************************************
Sejarah Matawang Kesultanan Melayu Negeria Pahang
galeri Sha Banknote 1964
Siri Pertama






1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Dato'
    Kawan sy ada sekeping wang kertas sepuluh ringgit prefix G9/976590 TS Aziz Taha
    dan sekeping wang kertas satu ringgit prefix M69/780628 TS Aziz Taha.
    berapa estimate value bg kedua-dua duit tersebut skg?
    Terima kasih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...