Selasa, 13 Ogos 2013

PCGS POPULATION REPORT 10SEN 1971

PCGS POPULATION REPORT 10SEN 1971

Beberapa kekeliruan telah berlaku apabila ramai ahli Numismatik merujuk kepada laporan Populasi yang dikeluarkan oleh PCGS melalui paparan dilaman sesawang  (http://www.pcgs.com/Pop/Value View.aspx?s=217187) berkaitan dengan Populasi 10sen 1971 . Dimana PCGS telah memaparkan Mintage untuk 10sen 1971 ini sebanyak 42,000 berdasarkan  maklumat yang tidak tepat daripada Krause Publication .
            Atas dasar tanggongjawab Kelab warisan Numismatik Malaysia telah menghantar satu surat dengan rendah hati merujuk kepada Laporan Populasi PCGS yang dipaparkan itu agar diperbetulkan Mintage 42,000 kepada 32,236 berdasarkan maklumat daripada Bank Negara Malaysia serta beberapa data dari katalog Numismatik yang Popular di Malaysia melalui surat  reference  [25] dlm KWNM pada  19hb. Jun 2013 .
            Pada 8hb. Ogos 2013 Pihak PCGS melalui Stephanie Merine PCGS Customer Service  telah menghantar Emeil kepada Galeri Sha Banknote memaklumkan bahawa PCGS telah menerima pembetulan yang dicadangkan oleh Kelab Warisan Numismatik Malaysia seperti emeil yang dipaparkan dibawah ini dan laman sesawang PCGC daripada data 42,000 kepada 32,236 .

Ini adalah beberapa tindakan yang sedang dibuat oleh Kelab warisan Numismatik Malaysia atas dasar satu tanggongjawab kepada maklumat serta perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kepentingan Numismatik Negara.  Beberapa siri surat telahpun dihantar kepada Pengarah Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang Bank Negara Malaysia berkaitan dengan beberapa maklumat dan data yang merujuk kepada Numismatik Malaysia .

Dibawah ini dipaparkan surat-surat serta emeil yang berkaitan bagi proses pembetulan tersebut
     
INI ADALAH SURAT 
dari Kelab Warisan Numismatik Malaysia
kepada PCGS Profesional Coin Grading Service
California , USA



EMEL DARIPADA PCGS

DATA LAMAN SESAWANG PCGS YANG DIPERBETULKAN
DARI MINTAGE 42,000 KEPADA 32,236


PCGS POPULATION REPORT
10SEN 1971 [cetakan biasa ] MALAYSIA
Mintage asal 42,000 telah ditukar kepada 32,236



******************************
Laporan Populasi PCGS
10sen 1971 cetakan biasa Malaysia
Galeri Sha Banknote 1964

8 ulasan:

  1. Taniah dan Syabas! Dengan usaha Dato',PCGS telah betulkan jumlah penempaan 1971 10 sen.
    Selamat Hari Raya.

    BalasPadam
  2. Tahniah Dato!
    Walaupun usaha ini nampak kecil tetapi impaknya besar kepada generasi akan datang. Teruskan usaha untuk menyemarakkan suasana Numismatik di Malaysia. Dato mempunyai semangat juang yang tinggi didalam mengejar matlamat.

    Terima kasih dari saya dan 100% sokongan dari saya apabila Dato memerlukannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam Tuan
      Selamat Hari Raya
      Sokongan dan Info daripada sahabat-sahabat amat perlukan dalam kita bergerak untuk mempertabatkan Numismatik ini sebagai suatu Warisan Negara .
      Saya juga telah banyak kali menulis surat kepada Pengarah Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat beberapa pekara yang kita keliru dan ingin mendapatkan pengesahan dari BNM, Namun setakat ini nampaknya JPOM BNM masih tidak respon kepada surat-surat yang dihantar . Saya akan terus menulis surat selaku NGO yang mewakili ahli Numismatik untuk mendapatkan maklumat dan info resmi daripada BNM. walaupun dalam keadaan tertentu pihak yang berkaitan tidak mahu melayan suara kita tapi saya tetap akan terus untuk mendapatkan ruang kerjasama agar NGO Numismatik ini dapat dilihat oleh JPOM BNM sebagai rakan di bidang Numismatik Negara .
      Kalau ada isu atau info atau fakta yang memerlukan perkara itu diberi perhatian maklumlah kepada kami supaya perkara tersebut dapat disampaikan kepada yang yang berkaitan ketempat yang betul secara resmi dari NGO yang mewakili Numismatik Negara .
      Terima kasih Tuan kerana sudi bersama kami.

      Padam
  3. terharu...itu prasaan sy skrg.
    tahniah
    nmpknya dato benar2 pngumpul yg harus di contohi.pngumpul yg pnuh tnggungjwp. ...
    tq dato...

    BalasPadam
  4. terharu...itu prasaan sy skrg.
    tahniah
    nmpknya dato benar2 pngumpul yg harus di contohi.pngumpul yg pnuh tnggungjwp. ...
    tq dato...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...