Selasa, 4 Mac 2014

TAMPANG SILVER

MATAWANG NEGERI PAHANG
TAMPANG SILVER / TAMPANG DIRAJA
1877 [ 1294 HIJRIAH ]
BENDAHARA SEWA RAJA WAN AHMAD
Oleh
Galeri Sha Bannknote 1964
Saraf fi Jengka
1 Jamadilawal 1435


MUKADDIMAH
TAMPANG SILVER ini  juga lebih dikenali sebagai TAMPANG DIRAJA kerana ianya adalah merupakan salah satu matawang yang pernah digunakan oleh keluarga diraja di Negeri Pahang . TAMPANG DIRAJA  / TAMPANG SILVER  ini juga dijadikan untuk dipersembahkan kepada As Sultan dan Kerabat Diraja bagi memperingati sesuatu peristiwa  . TAMPANG  DIRAJA / TAMPANG SILVER  ini adalah diguna dalam istiadat istana , Majlis Perkahwinan Diraja dan seumpamanya dikalangan keluarga diraja di Negeri Pahang . TAMPANG DIRAJA / TAMPANG SILVER  ini dikeluarkan secara ekslusif untuk keluarga diraja bagi sesuatu upacara dan Majlis adat istiadat Diraja Negeri Pahang . TAMPANG  DIRAJA  / TAMPANG SILVER  ini hanya disimpan oleh keluarga diraja Negara Pahang dan jumlahnya amat sedikit sahaja .


CATATAN MUZIUM BATAVIA, SUMATERA INDONESIA
Mengikut catatan buku katalog Koleksi Numismatik Muzium Batavia 1896, . tulisan oleh  J.A Van De Chijs  ada mencatatkan  Muzium Batavia ada menyimpan TAMPANG Negeri Pahang  yang diperbuat daripada perak yang bernilai 1 Dollar dan 2 Dollar. Sungguhpun bergitu  kerterangan yang dicatatkan amat sedikit dan tidak lengkap dan tidak ada gambar sebenar TAMPANG tersebut. Lebih malang lagi kedua-dua TAMPANG SILVER tersebut dikatakan kini telah hilang dalam simpanan Muzium Batavia .


CATATAN KAJIAN NUMISMATIK MALAYSIA
Daripada catatan penulis dan pengkaji Numismatik Malaysia dalam catatan rekod Matawang Kesultanan Melayu seperti catatan  Buku Encyclopaedia of the Coin of Malaysia tulisan Mr Saran Singh pada mukasurat 145 ada mencatitkan bahawa kewujudan TAMPANG DIRAJA / TAMPANG SILVER namun rekodnya tidak jelas dan tidak ada paparan gambar sebenar TAMPANG tersebut . Para peminat Numismatik dan kolektor Matawang Kesultanan Melayu amat teruja untuk melihat gambar sebenar TAMPANG DIRAJA  atau dikenali juga TAMPANG SILVER .

Tidak ada penemuan TAMPANG DIRAJA sebelum ini dan Para kolektor yang ada sekarang tidak pernah melihat TAMPANG DIRAJA ini . Galeri Sha Banknote 1964 amat bertuah kerana telah dapat memiliki koleksi TAMPANG DIRAJA . TAMPANG ini adalah merupakan koleksi yang UNIQUE dan dan baru diperlihatkan kepada umum .

SPESIFIKASI TAMPANG DIRAJA

Item  :  TAMPANG DIRAJA/TAMBANG SILVER
Di keluarkan : Pemerintahan Sewa Raja Wan Ahmad (  1863 - 1881 )
Bentuk : Tampang berbentuk Peramik
Kandungan : Perak/silver
Pandangan Atas : blank
Pandangan Tapak Bawah : blank
Mint Mark  :cetak tulisan china LANGIT KELAHIRAN
Saiz Tapak : 72mm x 72mm
Saiz permukaan atas kon : 25mm x 25mm
Tinggi  : 20mm
Berat : 29.47gram
Rarity : Unique RRRRR
Koleksi berusia 137 Tahun
Kod  : SHA  S/2
TAMPANG DIRAJA
NEGERI PAHANG
                     

PANDANGAN  ATAS
PANDANGAN ATAS
TAMPANG DIRAJA ini tampak dari atas
Bahagian tapak kosong sahaja tiada tulisan
Dan Permukaan kon atas ada Mint Mark tulisan China
Bemaksud " LANGIT KELAHIRAN "


PANDANGAN TAPAK  BAWAH
PANDANGA TAPAK  BAWAH
Tapak dibahagian bawah kosong sahaja tidak ada tulisan


PANDANGAN SISI
PANDANGAN SISI TAPAK BAWAH



PANDANGAN SISI
PANDANGAN SISI KANAN SECARA TELUNGKUP
Betuk Pyramik
Tapak tebal 2mm
Kon tinggi  20mm


PANDANGAN SISI
PANDANGAN SISI SECARA TELENTANG
Tampang yang diterbalikkan


PANDANGAN ATAS
PANDANGAN ATAS
TAMPANG DIRAJA
Bentuk Pyramik

PANDANGAN TAPAK BAWAH
PANDANG TAPAK BAWAH
Bentuk Topi dan berongga

PANDANGAN ATAS
PERMUKAAN PUNCAK KON
ada Mint Mark tulisan China
Dua cetakan yang sama yang bermaksud
LANGIT KELAHIRAN



*******************************************

TAMPANG DIRAJA
Negeri Pahang
Galeri Sha Banknote 1964
Kod  SHA S/2
Koleksi berusia 137 Tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...