Galeri Sha Banknote kali ini ingin memaparkan Duit al Fonso D'albuquerque di negeri Melacca pada tahun 1511. Duit ini adalah duit yang pertama Portugis yang dikenali sebagai BASTARDO. Fakta sejarah AlFonso D'albuquerque telah menakluk Melaka pada 24hb. Ogos 1511 dan penjajah ini telahpun memperkenalkan matawangnya didalam urusan perdagangan di Melaka pada ketika itu. Duit Bastardo ini adalah matawang Pertama Portugis yang digunakan di Tanah Melayu Melaka bersama-sama matawang Kesultanan Melayu pada ketika itu.
Duit Bastardo ini dibuat daripada timah dengan keadaan agak tebal iaitu 7mm tebal dan garispusat bawahnya 38mm dan atasnya 36mm serta beratnya 46.60gram . Dan duit Bastardo ini telah ditempa di Melacca Mint dan tidak di Lisbon seperti kebiasaanya. Duit Bastardo ini amat sukar dan jarang ditemui RRR. Galeri Sha Banknote berterima kasih kepada Mr Silmon Loo kerana sudi bertukar-tukar beberapa koleksi duit lama ayahnya kepada koleksi Galeri Sha banknote .
MUKADEPAN
[ tetera legend bulatan ekliptik sfera armillary ditengahnya dengan dikeliling huruf kiri ke kanan " DMPR DE PV S OR D I E MALA" terjemahannya "Dom Muneol Raja Pertama Portugis dan Lord India dan Melaka" yang tetera dalam pusingan bulatan manik pinggir luar Legend]
MUKABELAKANG
[ tetera salib dengan dikeliling dengan simbol huruf " GRVX XPI NORTRE SPES UNICA " terjemahannya " Cross Chirst satunya harapan penyelamat kami " ]
SISITEPI 7mm tebal.
item : BASTARDO PERTAMA D'ALBUQUERQUE 1511
minted : Melacca Mint
weight : 46.60gram
Diameter : 38mm,36mm
Thickness : 7mm
composition : Timah
status : RRR
Reference : Buku Saran Singh Sim.06 mukasurat 21
kodisi : EF
estimate value: RM 1800.00
owner : Galeri Sha Banknote
Gambaran jelas daripada duit ini dapatlah dilihat bertapa niat penjajah ini bukan sahaja untuk memperluaskan tanah jajahan dengan memonopoli perdagangan dan hasil bumi jajahanya tetapi ianya ingin memperluaskan pengaruh agama keristian ke Tanah Melayu. Galeri Sha Banknote akan cuba menyikap lakaran sejarah penjajah Portugis ini melalui penemuan penemuan baru duit lain seperti Soldos dan Dinheiros dalam usaha secara halus memperlihatkan penjajah ingin menyebarkan agama kristian ke Tanah Melayu.