Khamis, 27 Mac 2014

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENJADI SEBAGAI NUMISMATIK BERJAYA

SAYA NUMISMATIK BERJAYA
SAYA NUMISMATIK BERJAYA
SAYA NUMISMATIK BERJAYA


Ini adalah kalimah keramat yang sentiasa saya ucapkan kepada diri saya sendiri pada setiap masa dan ketika . Kalimah keramat ini lah membuatkan saya sentiasa bertenaga untuk terus bersama kekal dalam momenten Numismatik Berjaya .

Ramai rakan Numismatik bertanya macamana nak jadi NUMISMATIK BERJAYA.  Rahsianya Saya katakan saya selalu sebut SAYA NUMISMATIK BERJAYA pada diri sendiri dan bila berjumpa rakan-rakan numismatik yang lain.  Dan kita nak jadi Numismatik yang berjaya kita hendaklah mengamalkan disebalik ungkapan luarbiasa perkatan MISTIK .

Apa makna MISTIK . MISTIK adalah  tindakan luarbiasa .
Disebalik MISTIK ini ada rahsia untuk kita praktikkan sebagai ahli Numismatik Berjaya .
Rahsianya saya akan turunkan kepada sahabat semua seperti dibawah ini .

[ M ]  Kalau nak jadi NUMISMATIK BERJAYA kita hendaklah kena ada MENTOR yang boleh dijadikan sebagai Idola dan Ikutan kita  . Cari Mentor ysng telah berjaya dalam Numismatik dan cuba dekati Mentor tersebut untuk mendapatkan ilmu Numismatik dan pengalaman mereka dan Mentor ini boleh dijadikan tempat rujukan dan menimba ilmu  yang luas mengikut keparannya dalam Numismatik.
Mentor saya ialah Mr. Dickson Niew , Dr Ibrahim MASDINAR dan En. Zulkifli Depankantar

[  I ]  Kalau kita nak jadi  NUMISMATIK BERJAYA  kita mesti mempunyai  ILMU yang luas tentang hobi  Numismatik ini . Kita mesti sentiasa mencari dan menambah setiap ilmu yang berkaitan dengan Numismatik . Setiasa bersedia mengikuti Seminar , Kursus dan program-program yang dianjurkan oleh Bandan NGO yang berkaitan dengan Numismatik .

[ S ]  Kalau kita nak jadi NUMISMATIK BERJAYA kita mesti melakukannya dengan ada SISTEM  dan setiap yang dilakukan itu konsistan siap sampai habis.

[ T ] Kalau kita nak jadi NUMISMATIK BERJAYA kita kena ada action atau TINDAKAN yang cepat dan bersungguh-sungguh  sebab past action past result . Tindakan yang kita nak buat hendaklah selari dengan kemampuan dan apa yang kita fokuskan .

[  I  ] Kalau kita nak jadi NUMISMATIK BERJAYA  kita mesti mempunyai IMPIAN atau matlamat kita . Impian ini adalah pelan bertindak untuk mencapai matlamat kita dalam satu jangka masa dan tempoh yang kita sendiri boleh tentukan bila kita nak capai.

[ K ] Kalau kita nak jadi NUMISMATIK BERJAYA kita hendaklah mempunyai seorang  MENTOR dan  ILMU yang tinggi dan SISTEM yang betul  dan TINDAKAN yang cepat dan IMPIAN MATLAMATyang jelas sudah pasti kita akan mendapat  KEJAYAAN  sebagai NUMISMATIK  BERJAYA .



Kalimah MISTIK adalah suatu ungkapan ajaib dan luarbiasa yang boleh menjadi acuan kepada seseorang individu untuk menjadi seorang NUMISMATIK BERJAYA .



Untuk menjadi berjaya biasakan menyebut

SAYA NUMISMATIK BERJAYA
SAYA NUMISMATIK BERJAYA
SAYA NUMISMATIK BERJAYA


Sebanyak mungkin dan ketika bertemu dengan rakan Numismatik lain .


Saya akan cuba menyingkap banyak lagi Rahsia untuk menjadi seorang Numismatik yang Berjaya daripada perjalanan hidup saya sebagai seorang Numismatik .  Pengalaman ini adalah sebahagian daripada apa yang akan saya sampaikan dalam DISKUSI NUMISMATIK di Hotel Shahzan Inn Kuantan pada 3 dan 4hb Mei 2014 akan datang anjran Kelab Warisan Numismatik Malaysia  .Semua dijemput hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...