Ahad, 16 November 2014

SYILING PERINGATAN PIALA THOMAS -UBER KUALA LUMPUR 2000

SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS -UBER 2000
1 Ringgit Bukan Proof
Galeri Sha  Banknote 1964
Bandar Jengka Pahang
15.11.2014



PENDAHULUAN
Syiling Peringatan 1 Ringgit bukan proof ini telah dikeluarkan  oleh Bank Negara Malaysia pada 02.05.2000 sempena sukan Badminton Piala Thomas dan Piala Uber yang diadakan di Kuala Lumpur. Syiling Peringatan ini dicetak oleh Mariwangsa Kraftangan Sdn Bhd. Jumlah tempaan Syiling Peringatan ini tidak dapat diketahui jumlah sebenarnya dan syiling ini diantara yang susah dijumpai dipasaran biasa numismatik  . Syiling Pringatan 1Ringgit bukan Proof  ini dikeluarkan pada 02.05.2000 dengan harga issue price RM5.00

REKABENTUK
Syiling Peringatan 1 Ringgit ini mempunyai  Rekabentuk Ring 2 tone commposit dwi logam              ( lingkaran luar logam emas nordic dan didalam logam kupro-nikel ) . Mukahadapan gambar Piala Thomas - Uber Kuala Lumpur 2000 . Dimukbelakang gambar Bangunan Tabung Haji, KLCC, BNM, Menara Kuala Lumpur dan Stysen Keretapi Malaysia . 1 Ringgit Bank Negara Malaysia .

SPESIFIKASI
1RINGGIT RING
Tahun 2000
Berat 8.15gram
Garis Pusat  26.50mm
Tebal 2.33mm
Kandungan dwi logam : Kupro-Nikel ring dalam
                                   Emas Nordic ring luar
Mintage :  Tidak diketahui sebenarnya.
Estimate Value EV RM   80.00   [ tanpa  card ] Rare
                             RM  150.00  [ dalam card ] Rare
                             RM  400.00  [   grading   ] Very rare
                             RM5,500.00 [    Roll       ] Extremely Rare  
GAMBAR
Dibawah ini dipaparkan gambar Syiling Peringatan  Piala Thomas - Uber 2000 1Ringgit Ring Dwi Logam tersebut untuk tatapan semua .  Semua gambar  ini adalah kepunyaan Koleksi Galeri Sha Banknote 1964 .
                           


SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS-UBER 2000
1 RINGGIT RING DWI LOGAM

Mukahadapan Piala Thomas-Uber 
Kuala Lumpur 2000
Gambar Piala Thomas Cup



SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS-UBER
1 RINGGIT RING DWI LOGAM
Mukabelakang 1Ringgit Bank Negara Malaysia
Gambar BNM ,Menara KL, KLCC ,Tabung Haji
Stesyen Keretapi.


SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS-UBER 2000
1RINGGIT RING TWO TONE
Sedozen
Syiling Peringatan Piala Thomas - Uber 2000
Mukahadapan  


SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS-UBER 2000
1RINGGIT RING TWO TONE
SEDOZEN
Syiling Peringatan Piala Thomas -Uber 2000
Mukabelakang



SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS-UBER 2000
1RINGGIT RING DWI LOGAM
EXTREMELY RARE RRR
Satu Roll 50 pcs
Syiling Peringatan Malaysia
Piala Thomas - Uber 2000
1Ringgit Ring Dwi logam




PENUTUP
Syiling Peringatan 1Ringgit Piala Thomas-Uber ini adalah memang sukar untuk mendapatkanya .  Dan Syiling Peringatan ini adalah dikira diantara Syiling Peringatan yang Rare untuk koleksi  Syiling Peringatan  Malaysia . Terutama dalam koleksi 1 Roll original .

3 ulasan:

  1. Kalau seperti dikatakan, rare koleksi ini bukan disebabkan oleh syiling tersebut tetapi bungkusan, lain kali pengumpul sebenarnya adalah membeli bungkusan tersebut.

    BalasPadam
  2. Kalau seperti dikatakan, rare bagi koleksi ini bukan disebabkan oleh syiling tersebut tetapi bungkusannya. Lain kata, pengumpul sebenarnya adalah membeli bungkusan tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang benar koleksi ini Extremely Rare kerana Syiling Peringatan ini dapat disimpan sebagai koleksi dalam bentuk satu roll original daripada pengilang . Sepanjang pengetahuan saya tidak ada lagi syiling Malaysia dapat disimpan sebagai koleksi dalam 1 roll original daripada pengilang di Malaysia .

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...