Jumaat, 12 Julai 2013

10SEN 1971 V1, V2, V3 & P1

10SEN 1971
Versi V1, V2, V3 dan P1
Tahun 1971
Tempaan Kilang Wang , Shah Alam Selangor
Mintage 32,236
kandungan Logam Copper nikel
Berat 2,80gram
Saiz 19.40 diameter
Milled Edge
Rarity Extremely Rare RRR
Owner Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA/S1071

PANDANGAN
Galeri Sha Banknote 1964
10sen 1971
Terhadap Penemuan Versi V1, V2, V3 dan P1

Syiling 10sen 1971 adalah merupakan diantara  berapa syiling Malaysia yang amat popular dan mendapat  permintaan yang tinggi daripada kolektor untuk dijadikan koleksi masing-masing . Permintaan yang tinggi daripada  kolektor menyebabkan Syiling 10sen 1971 ini menjadikan harganya bergitu  tinggi sekali . Kenapa syiling 10sen 1971 ini mendapat perhatian dan fokus yang lebih  daripada kolektor sebagai koleksi berbanding syiling-syiling yang lain .
        Faktor utama yang menyebabkan semua kolektor berminat untuk menyimpan syiling 10sen 1971 ini adalah kerana mintage untuk syiling 10sen 1971 ini hanya berjumlah 32,236  sahaja dimana Rarity kejarangan jumpaanya adalah amat susah  sehingga menduduki taraf  RRR atau extremely rare .  Maka sudah tentu 10sen 1971 ini adalah menjadi  hot item pada masa ini .
       Faktor kedua adalah kerana 10sen 1971 adalah Syiling yang pertama  ditempa di Malaysia oleh Royal Mint BNM yang terletak di Shah Alam Selangor. Syiling ini ditempa diakhir tahun 1971 dan hanya sempat diedarkan sebahagiannya dan baki lebihan syiling 10sen 1971 ini disimpan oleh  BNM .
       Faktor harga 10sen 1971 juga amat cepat peningkatan kenaikan  harganya  berbanding dengan harga syiling-syiling lain . Sebab itu item 10sen 1971 ini kebanyakan kolektor menyimpan syiling ini lebih dari satu kerana dalam masa setahun harganya akan naik sekali ganda dan merupakan pelaburan yang amat baik .
       Faktor lain juga menyebabkan wang 10sen 1971 ini berterusan dikumpulkan sebagai koleksi kerana beberapa penemuan baru oleh ahli-ahli Numismatik  iaitu ianya mempunyai beberapa Versi  yang telah dikenal pasti terdapat beberapa perbezaan antara versi yang dilevelkan  walaupun dalam mintage yang  amat sedikit dikeluarkan oleh BNM . Setakat ini ada 4 versi  yang telah dikenalpasti iaitu dilevelkan sebagai V1 , V2 , V3  dan P1 [ tambahan untuk koleksi 10sen 1971 Palsu modified ] . Keunikan Versi yang ada pada syiling 10sen 1971 ini amat meriah sekali jika dapat dikumpulkan kesemuanya  V1, V2,V3 dan P1 seperti yang dipaparkan  diatas dan memang  tidak sama sekali terdapat pada syiling-syiling lain yang dikeluarkan oleh BNM.
   
PERBANDINGAN 10sen1971
VERSI  V1,V2,V3 & P1


LEVEL                 SPECIFICATION/RARITY

Kategori V1     -   Tiada Dot diantara MAL AYSIA
                             Dan sisi buju Edge berbentuk  kerb melengkong
                             Warna planchet adalah pudar kekuningan
                             Rarity Very Rare RR
                             Estimate Value RM700

Kategori V2     -   Ada Dot diantara MAL'AYSIA
                             Dan sisi buju Edge berbetuk segitepat
                             Warna planchet berkilat putih
                             Rarity Rare R
                             Estimate Value RM400

Kategori V3     -   Tiada dot diantara MAL AYSIA
                             Sisi buju edge berbentuk kerb melengkong
                             Terdapat Pada angka 0 10sen tempaan berganda
                             Warna Planchet pudar kekuningan
                             Rarity Extremely Rare RRR
                             Estimate Value RM850

Kategori P1      -   Palsu modified
                             Tahun telah diubahsui menjadi 1971  
                             Rarity Very Rare RR
                             Numismatic Value Nil
                             Harga RM100

10SEN 1971
VERSI V1 ,V2,V3 & P1

10sen 1971
Versi  V2
Grade MS 65 UNC
10sen 1971
Versi V2
Grade NGC MS 65 UNC


10sen 1971
Versi V1, V2m V3 dan P1
Baris atas Syiling 10sen  1971 Versi  V1 [ 6 keping ]
Baris nombor 2 atas Syiling 10sen 1971 Versi 2 [ 5 keping ]
Baris nombor  3 Syiling 10sen 1971 Versi V3 [ 4 keping ]
Baris bawah syiling 10sen 1071 Versi P1 [1 keping ]



V1, V2, V3 & P1
REVERSE

Reverse
Baris atas V1
Baris 2 V2
Baris 3 V3
Baris  bawah P1


EDGE
Milled Edge
V1,V2,V3 & P1

****************************************
[  1  ]

VERSI V1
 10sen 1971

Reverse
Versi  V1
6 keping

Reverse V1
Tiada dot diatara huruf MAL AYSIA
Planchet warna pudar kekuningan


Milled Edge V1
Sisi penjuru bucu edge bentuk lengkung kerb

*****************************************
[  2  ]

VERSI V2
 10sen 1971
Reverse
Versi  V2
5 keping UNC


Reverse V2
Ada dot diantara huruf MAL'AYSIA
Planchet warna berkilat putih



Milled Edge
Sisi penjuru bucu edge berbentuk  segiempat tepat

****************************************************
[  3  ]

VERSI V3
10sen 1971

Reverse
 Versi V3
4 keping  Very Fine
Rarity Extremely Rare RRR

Reverse V3
Tiada dot diantara huruf  MAL AYSIA
Terdapat tempaan berganda pada dinding angka 0 10sen
Planchet warna pudar kekuningan


Milled Edge V3
Sisi penjuru bucu edge melengkung kerb

***********************************************
[  4  ]

VERSI P1
10sen 1971 Palsu Modified

Obverse  P1
Palsu Modified pada tahun 1971
Rarity very rare RR


Reverse  P1
Palsu tahun 1971 telah dimodified


Milled Edge P1
Edge bentuk bucu empatsegi tepat


*************************
10SEN 1971
V1, V2, V3 dan P1
Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA/S1071

22 ulasan:

  1. Salam Dato'

    Info yg sgt menarik, penjelasan dan gambar yang disertakan buat saya senang faham

    Terima kasih Dato'....bila baca info yang diberikan baru saya tahu yg byk lg maklumat berkaitan Numismatik yang saya belum tahu

    Teruskan Dato'.....nampaknya, my-koleksi kena usaha lebih lagi ni utk tmbh maklumat :D

    TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih My Koleksi dan selamat berpuasa.

      Semoga kita dapat berkongsi maklumat dan kalau ada tambahan dan teguran semoga ianya menjadi satu diskusi ilmiah yang dapat memberikan kebaikan kepada Numismatik bersama .
      Terima kasih

      Padam
  2. Syabas Dato nampak hampir lengkap collection. Nak tanya - saya minat nak beli V1 - tahu ke kat mana boleh saya dapatkannya? Lagi satu - agent Spore tu ada contact ke? rasa nak beli dlm sepuluh keping - mana tau boleh dpt diskaun.

    BalasPadam
  3. Terima kasih
    Kebanyakan koleksi 10sen 1971 saya kebanyakannya dapat dari Mr. Lim Khoo Tat . Dan beliau adalah agent yang ada contact dengan owner di Singapore . Saya pernah ditawarkan harga Rm325 /pcs tapi kena ambil sekali order 20pcs
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam, kwn Dato Mr. Lim tuh ade lagi ke syiling 1971 ni ?

      Padam
  4. T/kasih Dato, juga saya amat kagum dgn Dato sebab ada passion sambil pengetahuan yg amat berharga mengenai duit 10 sen ni. Betul ke V2 adalah sebahagian dari 32K mintage. Dengar2 V2 ni adalah tambahan di buat di Spore.Juga baru2 ni saya membeli 10 sen 71 V1 EF conditon ni dgn harga RM850 di mudah. Setahu saya sebaik ada V1 untuk di jual - ia cepat di ambil. Ada yg test harga kat E-Bay sebanyak RM4,500.

    BalasPadam
  5. Dato - terlupa pulak saya nak tanya pasal contact Lim Khoo Tat - boleh bagi ke contact? email saya ialah prem4671@yahoo.com klu tak nak publish kat sini. T/kasih

    BalasPadam
  6. assalamkum.. saya ada 1 duit syiling 10 sen 1971 v3 RRR super fine harga bukak rm 5000 .. sbb keadaan sgat bagus.. minat email saya di megabiz916@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam

      Bulan lepas saya baru sahaja membeli 10sen 1971 versi V3 daripada kawan di Johore yang mempunyai kondisi Extremely Fine EF dengan harga RM980.00 dan saya rasa harga RM5000 tuan letakan ini adalah terlalu tinggi . Kalau baru UNC BU pun harga dalam RM2000 sahaja . Pakar-pakar numismatik lamapun mengatakan untuk V3 ini belum ada jumpa UNC lagi kerana versi V3 ini ianya beredar digunakan oleh orang awam .
      Terima kasih

      Padam
    2. assalamkum dato, maaf .. nanti saya sand gambar duit syiling 10sen saya... boleh dato bg email tak??
      ni n fon saya 012-2456319

      Padam
    3. Salam dato.sy ada syiling 20sen.1973.1971.1987.Dan.10sen.1968.Dan duit yen syiling lama tahun 900.sy nak dato nak beli ke?? No 0162827981

      Padam
  7. Saya nak jual 1971 10 sen V1 BU .... boleh contact saya kat vijaystone@ovi.com

    BalasPadam
  8. ada duit syiling king george v yg menarik/rm1 silver tahun 1971 dan 1980. call 0173285015

    BalasPadam
  9. Salam..
    dato ada lagi ke duit syiling 10sen dri sahabat dato yg bernma mr.lim tu??
    Kalau ambik 20pcs tu dpat harga camtu lagi tak??..

    BalasPadam
  10. Salam dato.. Sory nubis bertanye... Saya Ade 10sen 1971.. Agak2 berapa harga Klu nk jual ek..

    BalasPadam
  11. Salam dato.. Sory nubis bertanye... Saya Ade 10sen 1971.. Agak2 berapa harga Klu nk jual ek..

    BalasPadam
  12. As salam,sy ada duit musang sarawak J.B 1841 berminat whatssap saya 0192074290... tp sy xth la asli atau mintage sml tahun 1970

    BalasPadam
  13. Salam sejahtera, sorry mengganggu, saya baru beli 10sen v1,v2 dan v3.tapi berat v2 di luar lingkungan berat normal, iaitu 2.86g (normal antara 2.80-2.82g).
    Yg dua lagi v1dan v3, beratnya ok.
    Apakah syiling ini palsu? Tk.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...