Sabtu, 29 Jun 2013

MALAYA JAPANESE OCCUPATION

MALAYA JAPANESE OCCUPATION
propaganda Issues
Dicetak antara tahun 1944-1945
Denominasi 10 Dollars
Prefix MN
Warna Blue Green
Saiz 160mm x 77mm
Condition Very Fine VF
Rarity Extremely Rare RRR
Estimate Value EV RM 7000
Owner Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA/J39

Malaya Japanese Invansion Money Propaganda Issue . A reprint copy of the 10 dollars note but overprinted " WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN " . Reverse Inscribed in red romaniased Malay , Jawi script  and Chiunese . " Sekarang di-negeri Burma  wang kertas Japaun tak laku lagi , yang laku ia-lah wang kertas British yang dahulu . Apabila orang British kembali ke-negeri Melayu wang kertas-nya yang jati akan laku seperti dahulu . Wang kertas Japun akan hilang lenyap bersama-sama si- Jepun. Tetapi wang kertas British yang jati akan laku se-lama-lama-nya . "    SMA / 39 .

Wang kertas Propaganda ini difahamkan dicetak oleh pihak British ditanah Melayu bagi memaklumkan bahawa wang kertas 10 Dollar Jepun ini tidak laku lagi dan digantikan dengan wang kertas British . Wang kertas propaganda ini dicetak dan ditaburkan dengan mengunakan Helikopter dari udara di Bandar-bandar utama di Tanah Melayu .  Wang Propaganda ini tidak disimpan kerana ianya bukan matawang dan tidak bernilai . Hanya sedikit sahaja yang menyimpan untuk kenang-kenangan  dan kini ianya amat bernilai dan harganya amat tinggi . Sebagai Kolektor Matawang Jepun Tanah Melayu wang ini amat rare dan hanya sebahagian sahaja yang mampu menyimpannya sebagai koleksi kerana harganya agak mahal dan susah untuk mendapatkan yang original .

WANG KERTAS PROPAGANDA
Wang Jepun Akan Mati Bersama-sama Jepun
Rarity Extremely Rare RRR

OBVERSE
Obverse
10 Dollar pokok pisang
Siri Huruf MN
" WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN "

Obverse
" WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN "
Siri Huruf  MN

REVERSE
Reverse
Rencana khas Propaganda British 
Dalam 3 Bahasa Melayu rumi , Melayu Jawi dan China


Reverse
" Sekarang di-negeri Burma wang kertas Jepun tak laku lagi ,
 yang laku ia-lah wang kertas British yang dahulu .
Apabila orang British kembali ke-negeri Melayu 
wang kertas-nya yang jati akan laku seperti dulu .
Wang kertas Jepun akan hilang lenyap bersama si-Jepun
Tetapi wang kertas British yang jati akan laku selama-lama-nya "
SMA/39

nota*****
Setelah Tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah kalah di Singapore . Pihak tentera British telah kembali mengambil alih semula pemerintah Tanah Melayu dengan beberapa pembaharuan dibuat kepada  pentadbiran , politik dan ekonomi termasuk menghapuskan pengunaan matawang Jepun dan mengunakan semula matawang Britiush Malaya sebelum ini . Beberapa propanganda telah dikeluarkan termasuklah  matawang yang diedarkan kepada pendudukan Tanah Melayu sebagai persediaan awal pihak British terus memerintah Tanah Melayu . Salah satu matawang propaganda yang telah dikeluarkan  oleh British adalah seperti wang kertas diatas yang dikira sebagai rare dan amat susuah ditemui kini .

*************************************
Wang Propaganda Jepun
Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA/J39

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...