Isnin, 4 Februari 2013

PANTUN SELOKA NUMISMATIK .


Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin merakamkan beberapa Pantun Seloka Numismatik yang sempat dinukilkan dalam beberapa bait terapi minda setelah seminggu ini sedikit tegang dengan beberapa aktiviti yang agak padat .  Kerehatan minda amat penting dan sesekali kita kena lari sedikit bagi menghiburkan hati tetapi masih dalam bicara Numismatik yang indah ini .

Pantun Seloka Siri 1
subuh 04022013

Ali, Tong Seng dan  Ramasamy adalah sahabat ,
Selalu bersama berjoging Di Taman Tasik ,
Kalau Tuan mencari hobi yang hebat ,
Sertailah kami di hobi Numismatik ,

Daun mengkudu pucuk betik ,
Mari dipetik di kebun bunga ,
Ramai bertanya apakah itu Numismatik ,
Numismatik adalah mengumpul duit lama ,

Itek sekawan berjalan pulang ,
Terbenam matahari pulang ke rebannya ,
Sekeping kertas dinamakan Wang ,
Menyimpan sejarah dalan eranya

Pagi-pagi pergi ke kedai ,
Bagi membeli buah pelaga ,
Yang lama itu antik dan bernilai .
Warisan bangsa yang perlu dijaga ,

Pergi ke Jambi menaiki sampan
Membawa barangan untuk dijual ,
Kalau adik lama hobi menyimpan ,
Marilah cuba hobi menjual ,

Kalau bertandang kerumah Jiran ,
Jangan lupa bawa bingkisan ,
Bila keliru dan buntu fikiran ,
Kelab Warisan tempat rujukan ,

Musim tengkujuh cuacanya lembab ,
Guruh berdentum bunyinya panjang ,
marilah sertai ahli Kelab ,
Kelab Warisan Numismatik yang bersedia berjuang ,

Pokok lalang tumbuh di padang ,
Tumbuh subur ditanah lembab ,
Melawat Kilang sudah berseminar mendatang ,
Usaha berterusan membela ahli Kelab .


nota ***
 Tawaran kepada Kolektor untuk  menambah  ilmu dalam error coin sertai Seminar Error Coins Malaysia pada  27.04.2013 di Hotel Shahzan Inn Kuantan  untuk penyertaan sms ke talipon   0199185858 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...