Gambar Replacement Lima Ringgit RM5 Tan Sri Ahmad Don
NZ 07 Thomas De La Rue.
REPLACEMENT RM5 TAN SRI AHMAD DON NZ 07
Gambar Replacement Lima Ringgit RM5 Tan Sri Ahmad Don
Prefix NZ 0769799
Tahun 1995
Cetakan Thomas De La Rue
Saiz 126mm x 68mm
Rarity extremely Rare RRR
Grade 52 UNC
EV RM 1800
Owner Galeri Sha Banknote.
*** Nota***
Keindahan Wang Kertas ini adalah merupakan Wang Kertas yang Terpaling susah untuk ditemui dalam ketogeri Replacement RM5. Prefix Replacement ini hanya dikeluarkan 2 siri sahaja iaitu dalam Siri NZ 07***** dan NZ 08***** Sahaja. Wang Replacement NZ07 ini adalah berada dalam ketogeri 10 teratas bagi Wang Replacement yang Paling Susah ditemui untuk Wang yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Tahniah Dato'
BalasPadamMemang susah nak lihat $5(tdlr) NZ 07 & 08 ni..
apatah lagi utk memilikinya..
@Sme68PG.
(KWN'46)
Terima kasih @Sme68PG
PadamMemang NZ07-08 TDLR adalah merupakan Replacement yang amat sukar dicari dan bagi kolektor yang dapat memilikinya sudah tentu ianya menjadi koleksi yang amat bertuah.
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini.
Tahniah & Syabas Dato'...Atas Usaha & Komitmen Kelab Warisan Sebagai Platform Untuk Grading...Langkah Yang Berani Menongkah Arus...Demi Untuk Kemudahan & Menggalakkan Numis Membuat Grading (Yang Di Perakui) Dengan Kos Yang Kompetitif...Teruskan!!!
BalasPadamSalam TMC
BalasPadamTerima kasih atas lawatan ke blog saya dan sokongan daripada golongan muda seperti TMC diharap dapat meneruskan perjuangan kita dalam dunia Numismatik Melayu.
Terima kasih TMC
Salam Dato'....Terima Kasih Kembali...Mohon Nasihat/Ilmu/Komen Yang Membina Dari Dato' Pada Blog TMC Ini...Thanks
BalasPadamhttp://truenamalaya.blogspot.com/
Terima kasih TMC
PadamSama-samalah kita untuk kebaikan Numismatik .
Salam, Dato', mengikut penerangan dato, replacement RM5 oleh tan sri ahmad don hanya dikeluarkan dlm 2 siri sahaja iaitu NZ 07*** dan NZ 08***. Utk pengetahuan dato saya mempunyai simpanan duit replacement RM5 oleh tan sri ahmad don No. siri NZ 0026533. Boleh tolong beri penjelasan.
BalasPadamSalam Azmi
Padam$5 Tan Sri Ahmad Don Prefix NZ 002xxxx adalah dikeluarkan pada tahun 1998 cetakan Canadian Banknote . mempunyai variety potret Agong dicetak warna hijau lebih gelap . harga dalam anggaran RM250
manakala NZ07xxxx dan NZ08xxx adalah dicetak oleh Thomas De La Rue pada tahun 1995 harga dalam anggaran RM1800
Perbezaan 2 cetakan yang berbeza .
Dato, pada pengetahuan saya replacement Note RM5 NZ 00*** ada cetakan no. warna merah (nombor siri dr atas ke bwh) dan ada cetakan no. warna hitam (nombor siri kiri ke kanan), Apa perbezaan nya?
PadamSalam Encik Azmi
PadamUntuk $5 siri ke6 hingga siri ke9 semua wang kertas ini dicetak dengan 2 nombor siri di obverse . pertama menegak dari atas ke bawah disebelah kiri warna merah dan melintang dari kiri kekanan sebelah bawah kanan . semua wang $5 ini dicetak bergitu tidak ada perbezaan . Cetakkan no siri ini adalah kaedah keselamatan agar ianya sukar untuk ditiru atau dipalsukan.
saya cadangkan tuan memiliki wang $5 siri ke5 Aziz taha dan siri6-siri8 Jaafar . Tuan cuba buat kajian kepada muka belakang kesemua wang ini. lihat setiap mukabelakang wang ini apa perbezaan diantara setiap satu sama lain nya siri ke5 hingga ke ke8. ada sesuatu yang anda patut tahu pada wang ini.....
Terima kasih.
Salam Dato', kenapa $5 NZ 002xxx dicetak lambat (1998) berbanding NZ 07xx & NZ 08xx (1995). Kalau mengikut pengiraan matematik NZ 002xxx terlebih dulu dari NZ 07xx & NZ 08xx.?
BalasPadamSalam Encik Azmin
PadamPertama nya saya nak maklumkan bahawa perkara ini berlaku adalah kerana Wang kertas $5Ahmad Don Siri ke9 ini ada 2 kilang yang mencetak wang kertas ini . iaitu cetakan Thomas De La Rue dan Canadia Banknote .
Perkara kedua tuan cuba tengok dimuka belakang bagi NZ 07&08 ada tecatat Thomas De La Rue dan lihat wang NZ 002 dibelakang ada tercatat pencetak Canadia Banknote . Jadi wang ini dia tak sama kilang cetak .
Untuk wang $5 siri ke5 hingga ke8 cetakan Thomas De La Rue bermula dengan $5 Aziz Taha 1984 NZ001-007, kemudian siri6 Jaafar 1986 NZ008-NZ018, kemudian Siri7 jaafar 1989 NZ019-NZ034, kemudian siri8 Jaafar 1991 NZ035-NZ07 dan akhir siri9 Ahmad Don 1995 NZ 07- NZ08
Cetakan Thomas De La Rue telah tamat.
Lepas itu 1998 wang ini dicetak oleh Canadian Banknote pula dengan permulaan semula prefix baru NZ00-NZ02 cetakan Canadian Banknote .
sebab itu lah kalau kita lihat mengikut matematik memang nampak songsang . tetapi sebenarnya disitu telah berlaku crossover percetakan TDLR dan Canadian Banknote .
Terima kasih.
Assalammualaikum Dato',pertama syabas dan tahniah diucapkan kepada Dato' atas koleksi yg begitu rare sekali.Saya ingin bertanya,Saya ada duit rm5 macam ini jugak tapi bernombor siri QA680**** . Bolehkah saya tanya,berapakah harga anggaran duit tersebut? Terima Kasih
BalasPadam