Ahad, 18 Mac 2012

DUIT EMAS @ 1 MAS SULTAN ALA'UDDIN RIAYAT SHAH 1 1527 - 1564.





                                         Mukadepan

Mukabelakang

                      Duit emas Sultan Ala'uddin Riayat Shah 1 ini telahpun dapat dikumpulkan oleh Galeri Sha Banknote sebanyak 3 keping  dan salah satu darinya ianya amat RARE kerana ada kedapatan kesilapan tempaan @ error dibahagian sisi tepinya seolah-olah berlapis dua. Duit ini diperbuat daripada solid gold  dalam bentuk octagonal segi lapan. Difahamkan bentuk octagonal ini dibentuk hasil seni  kerja tangan tukang emas dahulu dengan memotong tepi segi mengunakan gunting sahaja bagi membentuk segi lapan octagonal.  Duit 1 mas ini amat nipis hanya setebal 1.0mm sahaja dengan bergaris pusat 16mm diameter dengan berat 2.52 gram ditempa oleh tukang Emas Diraja. Rujukan Buku Saran Singh mukasurat 114   SS1 duit Emas ini Teramat Jarang Ditemui pada ketika ini  dan dalam  kategori RRRR. Mr. Saran Singh juga telah memperakukan nilaian semasa Duit Emas ini Estamate Value[ev] RM 4,500.00.
                      Duit Satu Mas  ini adalah Duit Emas pertama yang digunakan oleh Kerajaan Kesultanan  Melayu Johor Sultan Ala'uddin Riayat Shah 1 sekitar tahun 1527. Duit Emas ini diperdagangkan dengan nilaian sebutan loghat Johor Riau SATU MAS  iaitu bersamaan 4 Kupang Mas dan bersamaan  20 Penjuru Silver dan bersamaan 800 Ketun Timah.





 TIGA KEPING 1 MAS  SULTAN ALA'UDDIN RIAYAT SHAH 1.





 MUKADEPAN " SULTAN ALA'UDDIN "


 MUKABELAKANG " KHALIFAUL MUKMIN "





                                        SISI TEPI ERROR




             Prosiding Numismatik spesifikasi  telahpun dibuat keatas duit Emas ini bagi menentukan keaslian dalam kelas ketegorinya. Satu perjumpaan Khas telah diaturkan pada 26hb, November 2011 bagi menemui Pakar duit Lama  Kesultanan Kerajaan Melayu iaitu Mr Saran Singh bagi mendapat pandangan dan pemeriksaan keatas Duit Emas ini tentang status keasliannya . Dari pemeriksaan yang telah dibuat serta memperbandingkan dengan maklumat yang sediada maka Mr Saran Singh telahpun mengesahkan bahawa Duit Emas ini Adalah ASLI TULIN dibawah refrensi ketegori SS1. P.B  adalah merupakan 1 MAS SULTAN ALA'UDDIN RIAYAT SHAH 1 seperti Certificate of Authenticity bertarikh 26hb.November 2011 yang dilampirkan.  Dan Bagi pihak Owner Lama dan Galeri Sha Banknote mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr. Saran Singh diatas khidmat kepakaran yang telah diberikan  dan beberapa individu lagi seperti Mr. Dickson yang mengaturkan pertemuan ini di Premis Numismatiknya di Subang. Terima Kasih diatas kerjasama semua .




CERTIFICATE OF AUTHENTICITY BY MR. SARAN SINGH 12.11..2011


Item                  : 1 MAS SULTAN ALA-UDDIN RIAYAT SHAH 1
mukadepan       :  Tulisan Jawi " SULTAN ALA'UDDIN "
                           dengan dikelilingi 35 dot  tepi gegelang.
mukabelakang   :  Kalimah Arabic " KHALIFATUL MUKMIN "
                           " PEMERINTAH NEGARA ISLAM "
                           Dengan dikelilingi 35 dot  tepi gegelang.
sisitepi              :  kosong licin.
berat                :  2.52 gram
bentuk             :  Octoganal segilapan
saiz                  :  16mm diameter
ketebalan         :  1.0 mm
kandungan       :  Solid Emas
estimate value  :  RM 4500.00 sekeping
owner              :  Galeri Sha Banknote.



Dengan pemulaan artikal Duit 1Mas berada dalam Koleksi Esklusif Galeri Shah Banknote maka beberapa  artikal lain lagi akan menyusul selepas ini dibawah kategori  DUIT MAS Sultan Abdul Jalil Riayat Shah II Johor  dan Duit Silver QUATER PENJURU[silver]  Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III Johor dan Duit KATUN[timah] Johor dan Duit TAMPANG[timah] Johor satu penemuan baru. Semoga pengujung semua sentiasa dapat bersama Galeri Sha Banknote dalam menjelajahi Duit lama dibawah KesultanKerajaan Tanah Melayu.




20 ulasan:

  1. syabas dato".koleksi yg mengujakan...

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan ini adalah sebahagian daripada hobi kita bersama.

    BalasPadam
  3. sy ada juga sekeping mas johor ini. diawal pembelian mas ini yg dibeli dr Mr King ada sedikit kekecohan tentang keasliannya dikalangan rakan-rakan MASDINAR-fb..akhirnya dapat diatasi oleh Mr Saran Singh.
    syabas Dato'.
    ~ hairani daem ~

    BalasPadam
  4. assalamualaikum Dato',saya zaid al muhajir dari lumut,013 530 5113 www.antikpingganbiru.blogspot.com ingin mohon bantuan Dato' mengenalpastikan duit/coin lama ini..kemungkinan.tulisan arab/jawi tapi saya sukar membacanya.ada pada teman orang india.dia nak jual.ada 6 atau 7 keping tapi saiz tidak sama.minta no phone dato' untuk saya mms.laman saya tak lengkap lagi.saya naif bab blog nie.

    BalasPadam
  5. Well Done Dato!! These are indeed beautiful and very fine pieces!! Macam mana nak get in touch dengan Mr Saran Singh. I think I need to get all my gold coins certified & authenticated.Wasalam.

    BalasPadam
  6. sy slh seorg peminat hobby mncari duit lama johor mengguna metal detector.setakat ini kami telah jumpa duit mas kupang dan tin dikwsn kota tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan,
      emailkan Gambar koleksi yang ada kepada saya
      Sharuddin58@yahoo.com

      Padam
  7. Salam datuk, dulu saya sama belajar dengan seorang guru berasal dari Mentakap, namanya Zaidi, dah lost contact, dia ada 1 sen parliment 1967 copper nickel, warna putih, saya nak beli dia tak jual, kalau jumpa dia nak jual dgn datuk cukup bertuah.
    Cikgu Mizan

    BalasPadam
  8. Asalamualaikum Dato'... sebagai Kolektor yang bergerak atas nama matawang Kesultanan Melayu...dan rakan saya juga pernah membeli Mas Johor tersebut..dari Kolektor Johor Baharu...saya ingin menjelaskan bahawa Mas Johor yang diatas ini adalah Palsu.. untuk confirm ia palsu..mohon Dato' cucinya di kedai Mas..pasti warna akan luntur 100%... kami tau ianya telah disahkan asli oleh Saran singh... tetapi...berat untuk mengatakan ianya Palsu....Koin ini juga dijual dalam quantity yang banyak juga di Amxxxxx Kl...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tanpa nama
      Wang Mas ini saya beli dari Manfaj Anjung dan Beliau mengatakankan wang ini dari abang Angkatnya Raja Kama . Sayapun keliru juga kalau duit ini palsu dan agaknya memang nasib saya sungguh malang betulah nampaknya . Saya memang berhati-hati sungguh untuk membeli duit kesultanan Melayu dalam kes ini saya ditunjukan surat pengesahan dari Mr. Saran Singh dan yang menjualnya adalah sahabat Anjung Manfaj jadi saya anggap pastilah asli .
      Terima kasih .

      Padam
  9. Assalammualaikum dato,saya mempunyai 5 keping duit syiling lama dan sebentuk cincin lama. Boleh tak saya email pada dato?. Terima kasih.

    BalasPadam
  10. salam dato... sy nak tanya.. duit sultan abdul jalil adakah semuanya dr emas dan perak shaja? sy ada miliki jenis timah.. cam plek jer.. mhon pcerahan...

    BalasPadam
  11. Salam dato'.. secara peribadi sy ktakan mas ini memg palsu... dato boleh cuba uji kandungan, dan lihat kandunganya..

    BalasPadam
  12. assalam dato,,,saya ada syiling emas sultan abdul jalil

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum.. saya ada satu duut ini.. syiling emas.. kecik je saiznya seperti gambar di atas... whatsap sy utk gambar dan jika berminat nk beli.. 01123452813

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum.. saya ada satu duut ini.. syiling emas.. kecik je saiznya seperti gambar di atas... whatsap sy utk gambar dan jika berminat nk beli.. 01123452813

    BalasPadam
  15. Tahniah dan terima kasih perkongsian bermanfaat ini. Saya amat mengkagumi nilai dan pengaruh Islam dalam matawang kesultanan ini.

    BalasPadam
  16. Salam dato, saya ada terbaca artikel yang menyatakan bahawa Mr. Saran Singh telah menarik balik perakuan pengesahan mas ini dan pada pandangan saya mas alaudin ini adalah palsu . Die nya adalah sama dan amat mustahil untuk mendapatkan die variety yg sama. Mohon baca artikel ini


    http://dniewcollectors.blogspot.my/2014/10/master-saran-singh-witdrew-letter-of.html?m=1

    BalasPadam