Ahad, 25 Mac 2012

AL FONSO D'ALBUQUERQUES COIN BASTARDO MELACCA PORTUGUESE 1511.

                         BASTARDO AL FONSO D'ALBUQUERQUE
       

          Galeri Sha Banknote kali ini ingin memaparkan Duit al Fonso D'albuquerque di negeri Melacca pada tahun 1511. Duit ini adalah duit yang pertama Portugis yang dikenali sebagai BASTARDO. Fakta sejarah AlFonso D'albuquerque telah menakluk Melaka pada 24hb. Ogos 1511 dan penjajah ini telahpun memperkenalkan matawangnya didalam urusan perdagangan di Melaka pada ketika itu. Duit Bastardo ini adalah matawang Pertama Portugis yang digunakan di Tanah Melayu Melaka bersama-sama matawang Kesultanan  Melayu pada ketika itu. 
         Duit  Bastardo ini dibuat daripada timah dengan keadaan agak tebal iaitu 7mm tebal dan garispusat bawahnya 38mm dan atasnya 36mm serta beratnya 46.60gram . Dan duit Bastardo ini telah ditempa di Melacca Mint dan tidak di Lisbon seperti kebiasaanya. Duit Bastardo ini amat sukar dan jarang ditemui RRR. Galeri Sha Banknote berterima kasih kepada Mr Silmon Loo kerana sudi bertukar-tukar beberapa koleksi duit  lama ayahnya kepada koleksi  Galeri Sha banknote .



                                       MUKADEPAN
[ tetera legend bulatan ekliptik sfera armillary ditengahnya dengan dikeliling huruf kiri ke kanan " DMPR DE PV S OR  D I E MALA" terjemahannya "Dom Muneol Raja Pertama Portugis dan Lord India dan Melaka" yang tetera dalam pusingan bulatan manik pinggir luar Legend]







                                     MUKABELAKANG
[ tetera salib dengan dikeliling dengan simbol huruf  " GRVX XPI NORTRE SPES UNICA " terjemahannya  " Cross Chirst satunya harapan  penyelamat kami "  ]







                                         SISITEPI 7mm tebal.



item               : BASTARDO PERTAMA D'ALBUQUERQUE 1511
minted           :  Melacca Mint
weight           :  46.60gram
Diameter       :  38mm,36mm
Thickness      :   7mm
composition   : Timah
status             : RRR
Reference       : Buku Saran Singh Sim.06 mukasurat 21
kodisi             : EF
estimate value: RM 1800.00
owner            : Galeri Sha Banknote

Gambaran jelas daripada duit ini dapatlah dilihat bertapa niat penjajah ini bukan sahaja untuk memperluaskan tanah jajahan dengan memonopoli perdagangan dan hasil bumi jajahanya tetapi ianya ingin memperluaskan pengaruh agama keristian ke Tanah Melayu. Galeri Sha Banknote akan cuba menyikap lakaran sejarah penjajah Portugis ini melalui penemuan penemuan baru duit  lain seperti Soldos dan Dinheiros dalam usaha   secara halus memperlihatkan penjajah ingin menyebarkan agama kristian  ke Tanah Melayu. 
         

4 ulasan:

  1. Kagum dengan kesungguhan Dato'.Saya ucapkan syabas dan tahniah dimana sebenarnya saya adalah pengumpul duit lama tapi taklah setanding Dato'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tanpa Nama,
      Baguslah orang muda berminat dan boleh menyemarakkan lagi dunia Numismatik.

      Padam
  2. Hi i have the same bastardo coin but mine is in much better condition and i am interested to sell it,can u please help direct me someone who may be interested here is my email thelordismyshepherd04@gmail.com

    BalasPadam
  3. assalamualaikum tuan...ambo mempunyai koleksi duit ini akan tetapi ambo tidak mengatahui akan nilai nye di pasaran...mohon pencerahan...

    BalasPadam