Sabtu, 18 Oktober 2014

MONOLOG PENGALAMAN MELAWATI KILANG WANG ROYAL MINT MALAYSIA

 BERADA DI ROYAL MINT MALAYSIA
PENGALAMAN MONOLOG
GALERI SHA BANKNOTE 1964



Peluang untuk  aku  melawat ke Kilang Wang Syiling Royal Mint Malaysia di Batu Tiga Shah Alam Selangor amat mengembirakan dan dinanti-nantikan . Meluncur laju dengan Pajero berlambangkan Kerajaan Malaysia bertulis UNIT NUMISMATIK  terus meluncur laju daripada Muzium Sasana Kijang BNM ke Royal Mint Shah Alam  . Cuaca pagi ini agak hujan rentik-rentik jalan sesak dan membosankan sebelum tiba mengambil masa 50 minit perjalanan .

Setiba diperkarangan Kilang Royal Mint batu tiga Shah Alam ianya agak kaku hanya Post Pengawal bersenjata dan seakan -akan penjara rupanya . Ia dikelilingi tembok batu bata, ia paling tidak 10 kaki tingginya dengan pagari kerawat berduri 2 lapis diatasnya . Semasa aku masuk sahaja kedalam secara outomatik pintu tertutup dan aku merasakan aku berada ditengah-tengah dua pagar besi semementara menunggu  Pegawai Keselamatan memeriksa surat-surat kebenaran aku . Dan menyerahkan Pas Pelawat yang tetera nama dan gambar .

Dipintu masuk  kawalan keselamatan amatlah ketat sekali, Pekerja berbaju biru muda dan berseluar biru tua. Mereka dilihat menaggalkan kasut dan memakai selipar masuk ke pekarangan kawasan bekerja. Disitu mereka akan memakai kasut khas  yang disediakan . Apabila mereka hendak keluar , mereka terlebih dahulu diperiksa  dengan alat pengesan .Rutin yang sentiasa dipantau demi keselamatan Negara

Kini aku sedah berada ditempat tempaan syiling dan melihat bagaimana syiling kosong [  blank coin ] kupral nikel  dimasukan kedalam mesin tempaan melalaui proses hentaman acuan Die bawah dan acuan Die Atas dan diapit dengan kolar Die disisinya .Dan duit syiling tersebut keluar melimpah kedalam bekas merah yang diletakan di bawahnya . Dan syiling diangkut ketempat pengasing bagi tujuan edaran.

Syiling kosong [ blank coin ] adalah di import daripada beberapa negara dari Korea , Jepun , USA dan German .. Kebanyakan duit syiling mengandungi 75% tembaga dan 25% nikel . Duit 1sen yang dulu dibuat daripada besi keluli bersadur tembaga 95% besi dan 5% tembaga . Dan syiling ini  melekat pada magnet .

Bahagian yang paling peting dikilang Royal Mint ini ialah Bahagian Pengeluaran.  Disinilah Acuan Die utama dan Acuan Die Kerja dibuat . Acuan Die Utama disimpan didalam Peti Besi dan Acuan Die Kerja digunakan dalam proses tempaan selanjutnya .Proses dimulakan dengan mengukir Plaster Paris . Kemudian dituang kan getah tiruan lepas itu dimasukan araldite dan acuan tersebut menjadi amat keras. Daripada sini pelukis logam megukir rekabentuknya dan sekaligus mengecilkan saiznya menjadi kecil 5 kali kecil mengikut saiz sebenarnya.  Jika proses  ini diluluskan maka proses tempaan akan dimulakan .

Dalam satu tahun Kilang Royal Mint mengunakan 800 tan metrik Syiling Kosong [ blank coin ] . Kini aku lebih dekat melihat bagaimana syiling 10sen  ditempa.. Tiap-tiap Syiling Kosong ini akan masuk berada diatas  Acuan Die bawah dan Acuan Die atas akan datang menghentak Syiling kosong tersebut yang berada diatas Die bawah .   Maka terbentuklah tempaan Syiling dibawah gambar Parlimen [ muka hadapan] dan diatas gambar 10sen . Acuan Die muka hadapan dengan gambar Parlimen tidak begerak dan Acuan Die gambar 10sen muka belakang begerak menhentak syiling kosong . Dan apitan Die tepi membentuk edge syiling tersebut .

Semua duit syiling sudah ditempa akan diperiksa dan seterusnya dibilang dengan mengunakan mesin pembilang . kemudian duit dimasukkan kedalam bag untuk diedarkan . Bagi syiling yang rosak (  error ) dan ditolak pada kadar 1/1000 . Pada kadar purata tiap-tiap bulan Kilang Wang Royal Mint akan mengeluarkan duit syiling  purata antara 8 hingga 10 juta sebulan .

Percayakah anda bergitu banyak duit syiling yang telah  kita dikeluarkan tetapi duit syiling ini hilang tak kembali ke Bank Negara Malaysia . Entah kemana duit syiling kita ini perginya kalau dikatakan diambil untuk dileburkan semula syiling yang kita ada adalah lebih rendah nilaimukanya jika dileburkan.. Tetapi yang pasti syiling kita hilang kerana ianya disimpan oleh rakyat kita sendiri., Sememangnya  luar biasa kerana rakyat kita suka menyimpan duit syiling dirumah .  Bayangkan kalau satu rumah ada menyimpan 10 keping setiap bulan maka  kalau ada 1,000,000 isirumah , sudah pasti 10 juta keping akan hilang daripada pasaran disimpan dirumah atau dalam kereta .

Akan bersambung .



Catatan ini tanpa gambar dan lakaran demi keselamatan
Adaptasi 25 Tahun Bank Negara
Supriya S



4 ulasan:

  1. Terima kasih dato kerana penkongsian yang hebat ini

    BalasPadam
  2. Sungguh hebat perjalanan wang syiling negara sehingga kini 2019

    BalasPadam
  3. Saya kagum dengan perkongsian informasi ini... terima kaseh daun keladi, nanti tambah lagi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...