MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN
PAMERAN MATAWANG WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE57 PERINGKAT NEGERI KELANTAN
Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama
Kementerian Pelancongan Malaysia
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Persatuan Senipurba dan Kraftangan Negeri Kelantan
Kelab Warisan Numismatik Malaysia
telah mengadakan
PAMERAN MATAWANG WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA
Bermula 18.08.2014 sehingga 19.09.2014 [ sebulan ]
Tempat Muzium Negeri Kelantan
Pameran ini mendapat Pengiktirafan
Malaysia Book of Records
LARGEST NUMISMATIC COLLECTION DISPLAY BY AN INDIVIDUAL
TOTAL COLLECTION 2000 ITEM
SEMUA DIJEMPUT MELAWAT KE PAMERAN INI
Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim
Maka dengan resminya Pameran ini dibuka untuk lawatan orang ramai
oleh YB Dato Mohd Amar Abdullah
Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan
YB Dato Timbalan Menteri Besar menyempurnakan
pemotongan reben simbolik merasmikan Pameran ini
Bahagian laluan masuk Pameran
Koleksi Pohon Pitis Negeri Kelantan
Koleksi Pohon Pitis Kelantan inilah yang menjadi
Logo resmi Bank Simpanan Nasional
Koleksi Gold Coin
Kesultanan Melayu Negeri Kedah
Koleksi Gold Coin Acheh dan Pasai
Kesultanan Melayu Nusantara
Koleksi Syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
bermula dari tahun 1967 sehingga 2014
Pada peringkat permulaan 1967 semua duit syiling Malaysia
ditempa di Royal Mint London dan Humberg Mint Germany
Pada masa itu Negara Malaysia masih belum mempunyai kilang
duit syiling sendiri .
Pada tahun 1971 barulah negara kita membina kilang duit sendiri
Royal Mint di Shah Alam Selangor.
Bermula 1971 syiling kita mula menempa sendiri duit syiling
di Royal Mint Shah Alam sehingga kini .
Yang menjadi legenda dalam siri syiling keluaran BNM ini ialah
duit syiling 10sen 1971 yang ditempa di Royal Mint Shah Alam.
Jumlah tempaannya hanya 32,236 keping sahaja .
Tempaan 10sen 1971 ini difahamkan sedikit sahaja kerana
hanya mengunakan baki lebihan planchet yang dipulangkan
dari Royal mint London.
Koleksi Syiling Emas Negeri Kelantan iaitu
Syiling Kijang Emas dan Kupang Matahari
Syiling Kijang Emas adalah syiling pertama digunakan di
Tanah Melayu yang digunakan di Negeri Kelantan sekitar
tahun 1400 semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang .
Sebagai tanda wang pertama Kesultanan Melayu Tanah Melayu
Maka Bank Negara Malaysia telah menjadikan Kijang Emas ini
sebagai logo Bank Negara Malaysia .
Koleksi Matawang Kesultanan Melayu yang dikenali sebagai
Tampang yang dibuat daripada timah .
Matawang Tampang ini ditempa dalam pelbagai saiz dan
dan bentuk dengan motif bunga dan tulisan Jawi dan tulisan China
Matawang Tampang ini digunakan di Negeri Perak , Selangor
dan Pahang yang banyak mempunyai lombong bijih timah .
Kebanyakan Matawang Tampang ini adalah besar dan berat
dan memang agak sukar bagi urusan pembayaran jualbeli .
Namun Negeri Pahang telah mula mengunakan Tampang Topi
yang reka bentuknya tidak padu dan kosong di bawahnya
seperti topi dan betuknya kecil dan ringgan bagi memudahkan
urusan pembayaran jualbeli.
Ini adalah koleksi Sa-Ribu dan seribu lengkap siri 1 hingga siri 6
lengkap dengan Replacement dari tahun 1968 - 1996
Koleksi ini adalah koleksi paling rare Uncut RM1 60pcs in 1 .
Koleksi ini difahamkan ada 2 naskah sahaja dikeluarkan setakat
ini. Koleksi ini mempunyai prefix ZC 888X888 tandatangan
Tan Sri Zeti Aktar Aziz pada tahun 2003 dicetak oleh
Giesecke Devrient di Kilang Shah Alam
Koleksi Uncut ini diperolehi dari Dr. Micheal Vort Bekas CEO
pertama Giesecke Devreint Shah Alam [ rakyat New Zealand]
Semasa tamat tempoh perkhimatannya dengan Giesecke beliau
telah dihadiahkan Uncut ini oleh Giesecke kepadanya. Kolekasi
ini telah dapat diselamatkan dan ianya dibawa balik ke
Malaysia dan dipamerkan di Pameran ini.
Koleksi ini adalah wang Contoh atau Specimen RM1 no Prefix
MX 0000000 dan AA 00000000 Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
dan Wang kertas RM1 Tandatangan Tan Sri Aziz Tahar
Prefix No 10000000
Terdapat juga koleksi uncut RM1 30pcs in 1 dan rm10 30pcs in 1
serta kolesi RM50 gold line dan RM50 Sukom .
Ten Dollars Kerbau Bajak dikeluarkan pada 01.03.1961
Tandatangan Tun Tan siew Sin Menteri Kewangan
Persekutuan Tanah Melayu
Koleksi Wang Kertas Sa-Puloh Ringgit lengkap bermula
daripada siri pertama hingga sekarang 1967 -2014
Ada sesuatu yang mencuit hati YB Dato Timbalan Menteri Besar
dan Dato Presiden Kelab Warisan Numismatik Malaysia
disaksikan oleh Tuan Haji Azmi Malik Timbalan Presiden KWNM
Detik-detik yang tidak dapat dilupakan
penuh kemesraan bersama dengan seorang Pemimpin
Tidak dapat hendak dilapazkan bertapa keakraban dan gurau
senda seorang Pemimpin memperlihatkan keiklasan dan
keterbukaannya sebagi seorang ulamak dan Pemimpin .
Inilah yang dicari oleh Tok Bomoh dikatakan Duit dari Bank alam
ghaib yang dikenali sebagai duit Aisyah yang boleh menarik duit.
Dikatakan duit Aisyah kerana tandatangannya menyamai Aisyah.
sebenarnya
Wang kertas ini adalah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
pada penghujung tahun 2000 dengan nilai RM1 prefix CR
Tandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman .
Wang ini amat rare dan harga mencecah ribuan ringgit kerana
wang ini ada masalah kesilapan teknikal tandatangan yang
sepatutnya tandatang Tan Sri Zeti Aziz .
Koleksi Dinar Emas set 3 in 1 Gold Coin sempena
Pertabalan DYMM Sri paduka Baginda Yang diPertuan Agong
Koleksi Dirham set 3 in 1 Silver Coin sempena
Pertabalan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Inilah wajah Gabenur Bank Negara ke-5
Tan Sri Ali Abul hassan Sulaiman
Majlis Lawatan bersama YB Timbalan Menteri Besar dan
VVIP berakhir disini dan di ikuti dengan sidang Akhbar .
Alhamdullilah maka berakhirlah Sessi Lawatan ke Pameran Bersama
YB Dato Timbalan Menteri Besar dan Para Tetamu.
untuk siri akan datang akan dipaparkan gambar-gambar
sessi sidang akhbar .
Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Majlis ini
Galeri Sha Banknote 1964
Jangan lupa ikuti laporan bergambar untuk sessi sidang media pada
siri akan datang pada laporan [ 4 ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan