Rabu, 21 Mei 2014

KALUNGAN KEMAAFAN


Galeri Sha Banknote 1964 memohon maaf kerana tidak dapat meberi ulasan kepada komen komen yang telah diberikan oleh rakan-rakan  pembaca di blog ini disepanjang tempoh  2 minggu ini, banyak komen dan pertanyaan dari sahabat semua saya tak dapat jawab  . Hampir 2 minggu ini saya tidak menmpukan penulisan dalam blog ini kerana saya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persedian bagi pameran koleksi saya bagi Matawang sebelum dan selepas merdeka . Hampir 100 jam masa ditumpukan bagi merekod dan membuat penandaan kepada hampir 2000 item yang akan di pamerkan di Muzium Negeri Kelantan sempena Bulan Kemerdekaan . Pada hari  semalam dan hari ini semua bahan koleksi saya telahpun saya hantar dan diserahkan kepada Pihak Muzium Negeri Kelantan untuk membuat persiapan bagi Pameran Solo Matawang sebelum dan selepas Merdeka yang sepatutnya dimulakan pada 15.6,2014 tetapi telah ditunda untuk dijadikan event utama bagi menyambut bulan kemerdekaan peringkat negeri Kelantan .

Pameran ini akan diadakan pada tarikh baru iaitu  pada 15 Ogos 2014 sehingga 15 September 2014 di Muzium Negeri Kelantan yang akan dirasmikan oleh YAB Meteri Besar Kelantan . Jika dapat  memenuhi beberapa syarat yang diperlukan InsyaAllah Pameran ini akan diktiraf oleh Malaysia Book of Rekod sebagai Pameran pertama Numismatik secara Solo yang melebih 1000 item yang berkaitan dengan Matawang sebelum dan selepas Merdeka .

Galeri Sha Banknote 1964 akan menyambung penulisan semula dalam blog ini  bermula  minggu hadapan .Terima kasih kepada Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan , Tuan Haji Wan Shuhaimi bin Wan Mustafa, Staf Muzium Negeri Kelantan Encik Wan dan Encik Nik yang membantu saya.Terima kasih kepada sahabat yang bersama-sama Haji Alwi dan Encik Zafrani serta TV 9 yang ada pada majlis tersebut .

Terima kasih semua
Semoga anda Numismatik Berjaya
Nmismatik Warisan Negara

1 ulasan:

  1. Dato', brp harga duit syiling 1 sen tahun 1920? And mcmana nak jualknnya?

    BalasPadam