Isnin, 31 Mac 2014

JOKOH PAHANG

 JOKOH YIN HENG MEI LI
Private Monetary Token
Sejarah Matawang Negeri Pahang

oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Saraf Fi Pahang
Sanat 29 Jamadulakhir 1435




PENDAHULUAN
Semasa Pemerintahan Bendahara Wan Ahmad iaitu antara tahun 1863-1881 , Token Persendian Timah yang dikeluarkan oleh orang China diperkenalkan di Negeri Pahang , Taukey China yang kaya ketika itu biasanya mengendalikan rumah perjudian. Lesen perjudian tersebut akan mendapat kelulusan daripada Sultan dan sultan membenarkan pengunaan token persendirian yang dikenali sebagai Jokoh . Jokoh yang dikeluarkan sah digunakan di Pahang bersama-sama dengan matawang resmi  Tampang yang dikeluarkan oleh Sultan dibawah seliaan Pembendaharaan Negeri Pahang .

JOKOH PAHANG
JOKOH PAHANG


CIRI DAN BENTUK JOKOH PAHANG
Kebanyakan Jokoh Pahang tertera dengan tulisan china dikedua-dua mukanya . Terdapat juga beberapa jenis Jokoh yang mengunakan tulisan Jawi . Tulisan China yang tetera pada Jokoh berkenaan adalah menunjukan sama ada nama atau singkatan nama syarikat yang menjalankan operasi .  Muka hadapan biasanya merujuk kepada nama pemainan perjudian atau kata-kata azimat yang membawa tuah . Ciri-ciri lain yang biasa didapati pada Jokoh ialah tanda balas bagi mengesahkan  ketulenan ataupun huruf yang yang membawa makna keharmonian atau tuah hidup. Tanda balas ini adalah untuk mengusir token palsu yang turut berada dalam edaran

NILAIAN TUKARAN JOKOH
Jokoh yang dikeluarkan sah digunakan di Pahang dan diedarkan bersama-sama dengan wang resmi Tampang Pahang dan Dollar Sepanyol pada ketika itu . Nilaian tukaran jokoh adalah seperti berikut :-

    1 Jokoh     =  1 Tampang 1/100 Dollars
    4 Jokoh     =  1 Tampang 1/25 Dollars 
100 Jokoh     =   1 Dollar Sepanyol


JOKOH PAHANG
YIN HENG MEI LI
JOKOH PAHANG
YIN HENG MEI LI

REVERSE
KOK  POH
( State Truasury )


OBVERSE
YIN HENG MEI LI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan