Ahad, 26 Januari 2014

SEJARAH MATAWANG NEGERI PAHANG



SEJARAH MATAWANG NEGERI PAHANG
PITIS SULTAN MUHAMMAD SHAH 1
Oleh Galeri Sha Banknote 1964
Saraf Fi Jengka Pahang
23 Rabiul Awal 1435


SEJARAH KESULTANAN NEGERI PAHANG
Sejarah Pemerintahan Kesultanan Negeri Pahang bermula dengan Negeri Melaka telah meluaskan 
Jajahan takluknya dengan menyerang Pahang daripada pemerintahan Siam . Sultan Mansor Shah ketika 
itu Sultan Melaka telah menghantar wakil Raja Dato Seri Bija Diraja untuk menjadi wakil Raja menjaga kepentingan Sultan Mansor Shah di Negeri Pahang disekitar tahun 1450 .

Peristiwa ketika bermain sepakraga lalu datang berkuda anakanda Sultan Mansur Shah iaitu Putera sulongnya bernama Sultan Muhamad dengan berkuda melintasi tempat permainan sepakraga dan ketika itu tersepak bola sepakraga tadi oleh anak Bendahara secara tak sengaja telah terkena dasta Sultan Muhamamd dan jatuh Dasta Sultan Muhamad . Maka Sultan Muhammad telah marah dan terus menikam anak Bendahara tadi dan anak Bendahara telah meninggal dunia . Peristiwa ini amat dimurkai oleh Sultan Mansur Shah keatas anaknya Sultan Muhammad kerana bertindak menikam anak Bendahara dan menitahkan Dato Seri Bija Diraja Di Negeri Pahang membawa Sultan Muhammad bersemayam di Pahang dan menitahkan bumi Melaka tidak menerima Sultan Muhammad dan menitahkan Sultan Muhamad memerintah Negeri jajahan takluknya di Negeri Pahang .

Bermula daripada peristiwa itu Sultan Muhammad telah bersemayam dan memerintah di Negeri Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah1 1470-1475 . Bagi mengukuhkan Pemerintahannya Sultan Muhamad Shah 1 telah mengarahkan Dato Seri Bija Diraja membawa dan menyalin Hukum Kanun Melaka bagi memagari pemerintahnya di Pahang dan Undang-undang Laut Melaka sebagai panduan sistem dagangan di Pahang mengikut amalan Agama Islam mazahab ahli Sunnah Wal Jamahah.

Bagi mengukuhkan ekonomi di Negeri Pahang Sultan Muhamad telah menjalinkan hubungan baik dengan negeri-negeri yang pernah berperang dengan Pahang seperti negeri Acheh dengan mejemput pembesar dan Ulamak serta perdangan  Acheh datang ke Pahang. Dan Sultan Muhammad Shah 1 juga menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan Siam dengan mengambil anak Raja Siam sebagai isterinya . Bergitu juga dasar hubungan antarabangsa Sultan Muhamad telah mengarahkan satu delegasi dagangan khas dihantar ke Negeri China untuk memperluaskan dagangan dan hubungan duahala diantara Negeri Pahang dan China ..

KAJIAN TENTANG NUMISMATIK
Didalam menjurus kepada kajian Numismatik tentang pengunaan Matawang yang digunakan di Negeri Pahang pada masa Sultan Muhamad Shah 1 tidak banyak catatan  yang dapat ditemui . Hanya terdapat catatan hubungan dagang dan urusan ekonomi masih mengunakan sukatan dan timbangan  mengunakan skala tahil, kati, sepaha dan pikul dan sebagainya . Dan Matawang ketika itu adalah mengunakan matawang dari negeri Melaka , Johor , Acheh dan Pattani Siam , Ringgit China dan Dollar Sepanyol . Pada peringkat pemulaan kajian yang telah dibuat oleh ahli Numismatik mereka tidak ada catatan dan penemuan tetang matawang yang dikeluarkan sendiri oleh Kerajaan Negeri pahang semasa Pemerintahan Sultan Muhamad Shah 1 ( 1470-1475 ) .

Namun pada tahun 2013 terdapat penemuan baru oleh kumpulan MD Numismatik Malaysia yang dibuat pencarian MD di Pulau Ganchong dan berhampiran Pulau Che Abbas Pekan Pahang. Dimana tempat ini adalah bekas Pelabuhan Sungai dan perdagangan serta pentadbiran Sultan Muhammad Shah 1 . Sultan Muhamad Shah 1 telah bersemayam di Istana Pekan Lama dan di Pekan ini adalah Pusat Pentadbiran Negeri Pahang pada ketika itu .

PENEMUAN MATAWANG PAHANG PERTAMA
PITIS SULTAN MUHAMMAD SHAH 1 [ 1470 -1475 ]

Bagi kajian matawang Negeri Pahang ini Galeri Sha Banknote telah cuba mendapatkan beberapa keping matawang Timah yang dijumpai dan boleh dibuat kajian perbandingan mengukuhkan pendapat yang mengatakan ini adalah Pitih Timah Sultan Muhamad Shah 1 Negeri Pahang sekitar tahun 1470-1475 .

Banyak perbahasan tentang penemuan Pitih Timah yang ditemui di Pulau Ganchong Pekan Pahang dan Pulau Che Abbas Pekan Pahang ini . Kebanyakan pakar-pakar duit Kesultana Melayu seperti Allahyarham Ishar Latif , Tuan Haji Rani dan rakan-rakan lain bersetuju dengan pandangan bahawa Pitah timah yang baru ditemui ini adalah Pitih Timah Sultan Muhamad Shah 1 Sultan Pertama yang memerintah Negeri Pahang sekitar tahun 1470-1475.
Berdasarkan Penemuan baru ini di Pulau Ganchong dan Pulau Che Abbas Pekan Pahang . Dan bentuk design Pitis Timah ini . Maka rekabentuk pitih timah sezaman dengannya 1470-1475 atau sebagainya adalah tidak ada rekabentuk Pitih timah yang dikeluarkan oleh negeri lain yang serupa dengan rekabentuk Pitih Sultan Muhammad Shah I ini. Obverse  Tulisan Jawi Muhammad dan direkabentuk boder dan dot dot diluar boder tersebut dan belakang tulisan jawi  Sultan Al Adil .

KOD SI
Oleh kerana penemuan Koleksi ini belum direkodkan penemuanya maka Galeri Sha Banknote 1964 dengan ini merekodkan Kod Penemuanya dengan KOD SI  untuk Pitis Timah Sultan Muhammad Shah I [1470-1475 ] yang digunakan  sebagai Matawang Negeri Pahang . Ada 6 variety Saiz dan berat seperti berikut:-

KOD S1 [ variety V1 ]
KOD S1 [ variety V2 ]
KOD S1 [ variety V3 ]
KOD S1 [ variety V4 ]
KOD S1 [ variety V5 ]
KOD S1 [ variety V6 ]

PENUTUP
Setelah meneliti maklumat dan pandangan dari beberapa pakar Numismatik Kesulatanan Melayu maka kita boleh berpuahati bahawa koleksi ini adalah Pitih Timah Sultah Muhammad Shah I Negeri Pahang.

SPESIFIKASI
PITIS SULTAN MUHAMMAD SHAH I [ 1470 - 1475 ]
KOD S1
[ Dijumpai di Pulau Ganchong Pekan Pahang dan
Pulau Che Abbas Pekan Pahang  ]
Obverse   : In Jawi min ha min dal MUHAMMAD
                 dengan boder dikelilingnya serta dot diluar boder    
Reverse   : In jawi sin lam tho num SULTAN
                           alif lam ain alif dal lam ALADIL
Bentuk    : Bulat
Kandungan logam Timah
Berat 1.48 gram diameter 16.50mm [ variety V1 ]ditemui di Pulau Ganchong
Berat 1.46 gram diameter 16.50mm [ variety V2 ]ditemui di Pulau Ganchong
Berat 1.64 gram diameter 18.00mm [ variety V3 ]ditemui  di Pulau Ganchng
Berat 1.32 gram diameter 15.00mm [ variety V4 ]ditemui di Pulau Che Abbas
Berat 2.21 gram diameter 19.00mm [ variety V5 ]ditemui di Pulau Che Abbas
Berat 1.48 gram diameter 16.00mm [ variety V6 ]ditemui di Pulau Che Abbas

Rarity Extremely Rare RRR
Owner Galeri SHA banknote 1964

PITIH SULTAN MUHAMMAD SHAH I
KOD S1
OBVERSE
In Jawi min ha min dal bermaksud MUHAMMAD
dengan border dikeliling
serta dot diluar keliling boder


  REVERSE 
REVERSE
In Jawi sin lam tho nun maksud SULTAN
Alif lan ain alif dal lam maksud AL ADIL
SULTAN AL ADIL

                                 
Dibawah ini dipaparkan gambar Matawang Negeri Pahang Pitih Sultan Muhammad Shah I [1470-1475] yang dijumpai di Pulau Ganchong dan Pulau Che Abbas Pekan Pahang. Terdapat 6 keping Pitih Timah tersebut yang mempunyai variety berat yang tidak sama yang dapat disimpan sebagi koleksi untuk makluman semua. Semua koleksi ini adalah pemilik asalnya adalah kepunyaan Allahyarham  Ishar Abdul Latif yang  menyerahkannya kepada Galeri Sha Banknote setelah beliau tahu bahawa Galeri Sha Banknote sedang kajian dan  menulis buku Sejarah Matawang Kesultanan Negeri Pahang .


************************************
KOD S1 [ VARIETY 1 ]
************************************


PITIS SULTAN MUHAMMAD SHAH I
KOD S1
Variety 1
Pitis Sultan Muhammad Shah 1
Variety 1 berat 1.48gram
Dijumpai di Pulau Ganchong Pekan Pahang
V1

KOD  S1
Variety V1
OBVERSE
OBVERSE
Obverse In Jawi min ha min dal MUHAMMAD
With Boder and Dot
Kod S1 Variety V1 
V1

KOD S1
Variety V1
REVERSE
Reverse
In Jawi sin lam tho nun SULTAN
Alif lam ain alif dal lam AL ADIL
KOD S1 vareity 1
V1


***********************************************
KOD S1 [ VARIETY V2 ]

***********************************************


PITI SULTAN MUHAMMAD SHAH 1
KOD S1 variety V2
OBVERSE
Kod S1 [Variety V2] berat 1.46gram
Pitih Timah ini dijumpai di Pulau Ganchong Pekan Pahang
V2

OBVERSE
kod S1 [variety V2]
OBVERSE
Kod S1 [variety V2]
In Jawi min ha min dal MUHAMMAD
With Boder and Dot
V2

REVERSE
kod S1 [ variety V2 ]
V2
REVERSE
Kod S1 [Variety V2 ]
In Jawi sin lam tho nun SULTAN
Allif lam ain alif dal lam AL ADIL


****************************************
KOD S1 [ variety V3 ]

****************************************


PITIS TIMAH SULTAN MUHAMMAD SHAH I 
KOD S1
VARIETY V3
penemuan di Pulau Ganchong Pekan Pahang
KOD SI
VARIETY V3 BERAT 1.64gram
V3

OBVERSE
V3
OBVERSE
Ini Jawi Min Ha Min Dal MUHAMMAD
With Boden and Dot

REVERSE
V3
REVERSE
In Jawi  Sin Lam Tho Nun SULTAN
In Jawi Alif Lam Alif Ain Dal AL ADIL
SULTAN AL ADIL

****************************************
KOD S1 [ VARIETY V4 ]
****************************************

PITIS TIMAH NEGERI PAHANG
SuLTAN MUHAMMAD SHAH 1
KOD S1 [ variety V4 ]
V4
Penemuan di Pulau Che Abbas Pekan
KOD S1 Variety V4
Berat 1.32gram

OBVERSE S1 variety V4
V4
OBVERSE
In Jawi Min Ha Min dal  MUHAMMAD
With Boder and dot


REVERSE S1 variety V4
V4
REVERSE
In Jawi Sin Lam Tho Nun SULTAN
Alif Lam Alim Ain Dal Lam Al ADIL
SULTAN AL ADIL


*************************************
KOD S1 [ variety V5 ]
*************************************

PITIS TIMAH NEGERI PAHANG
SULTAN MUHAMMAD SHAH 1
KOD S1
V5
Ditemui di Pulau Che Abbas Pekan Pahang
KOD S1 variety V5


OBVERSE KOD S1 variety V5
V5
In Jawi Min Ha Min Dal MUHAMMAD
With Boder and dot

REVERSE
V5
REVERSE
In Jawi Sil Lam Tho Nu SULTAN
Alif Lam Ain Alif Dal Lam AL ADIL
SULTAN AD ADIL



*********************************
KOD S1 [ variety V6 ]
*********************************


PITIS TIMAH NEGERI PAHANG
SULTAN MUHAMMAD SHAH 1

KOD S1 VARIETY V6
V6
KOD S1 Variety 6
Ditemui di Pulau Che Abbas Pekan Pahang
Berat 1.48 gram


OBVERSE S1 variety V6
V6
OBVERSE
In Jawi Min Ha Min Dal MUHAMMAD
With Boder and Dot

REVERSE S1 variety V6
V6
In Jawi Sin Lam Tho Nun SULTAN
Alif Lam Ain Alif Dal Lam AL ADIL
SULTAN AL ADIL


Nota

Pitis Timah Negeri Pahang S1 ini adalah Pitis Sultan Muhammad Shah 1 tahun 1470 -1475 yang dijumpai oleh Allahyarham Ishar Abdul Latif bersama kawan-kawannya semasa MD di Pulau Ganchong dan  Pulau Che Abbas di Sungai Pahang di Pekan Pahang . Semasa Seminar MASDINAR di Alor Setar baru-baru ini kami telah bertemu dan beliau telah menyerahkan enam keping pitis S1 Negeri Pahang ini untuk dimasukan kedalam buku Matawang Kesultanan Negeri Pahang yang sedang saya susun semula.
Al Fatihah untuk Allahyarham Ishar Abdul Latif .

***********************************
PITIS SULTAN MUHAMMAD SHAH 1
1470 -1475
Galeri Sha Banknote 1964
Koleksi berusia 554 tahun
KOD S1

1 ulasan: