Jumaat, 15 November 2013

PLANCHET SPLIT ERROR > HINGED CLAMSHELLS PLANCHET SPLIT ERROR


PLANCHET ERROR

HINGED CLAMSHELLS PLANCHET ERROR
Planchet Hampir Terbelah Dua
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
8 muharram  1435

PENDAHULUAN

Syiling Error adalah merupakan salah satu cabang dalam bidang pengkhususan yang ada dalam  Numismatik Malaysia . Bidang Syiling Error ini sedang berkembang dan mendapat sambutan yang baik dikalangan kolektor yang ada di Malaysia ini . Satu Seminar Error Coin Peringkat Kebangsaan telahpun diadakan pada tahun 2013 di Hotel Shahzan Inn Kuantan Pahang bagi menemukan ahli-ahli kolektor Error Coin Malaysia .
Error Coin ini boleh dipecah kepada

DIE Error
STRIKE Error
PLANCHET Error
Variety Double Die

Pada kali ini Galaeri Sha Banknote 1964 ingin  membawa  Peminat Error Coin untuk melihat satu penemuan
yang amat janggal dan  amat jarang ditemui bagi spesimen Planchet Split  Error iaitu Hinged Clamshells Planchet Error . Kategori Error ini adalah diantara beberapa kategori error yang amat sukar ditemui dan memang menjadi buruan kepada Peminat  dan Pengkaji  Error Coin Malaysia .
Hinged Clamshells Planchet Split Error ini adalah satu keadaan Error dimana Planchet telah terpisah dan terbelah dua namun ianya tidak terpisah sepenuhnya dan masih melekat seolah-olah  melekat seperti engsel . Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kerana  bahan material yang digunakan mungkin rosak atau tidak berkualiti atau kesilapan makanikal semasa pengendalian semasa proses penyediaan Planchet diperingkat awal .
Berlakunya keadaan Planchet Split Error ini adalah  berkemungkinan berlaku dimasa peringkat awal penyediaan Planchet lagi iaitu sebelum proses TempaanSyiling atau ianya juga mungkin boleh berlaku semasa diperingkat tempaan Syiling dan Planchet tersebut terbelah dan rosak .



SPESIFIKASI
Syiling 10sen 1968 Siri Parlimen
Tempaan Kilang Royal Mint London
Berat 2.30gram
Diameter 19.40mm
Milled Edge
Jumlah amat sedikit dijumpai
Condition VF
Rarity Highest State of Rarity RRRR
Estimate value RM1200.00
Owner Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA 10/PSE
Usia Koleksi 45 Tahun

PLANCHET ERROR
PLANCHET ERROR > HINGED CLAMSHELLS PLANCHET ERROR
Planchet Error klasifikasi HINGED CLAMSHEELS ERROR  ini adalah Planchet asal terbelah hampir kepada 2 bahagian namun ia tidak terbelah dua sepenuhnya dalam bentuk engsel pintu atau cengkerang kerang .  HINGED CLAMSHELLS PLANCHET ERROR ini sebenarnya boleh berlaku samada  sebelum strike ataupun semasa strike .


Peminat-peminat Syiling Error tentu amat tertunggu-tunggu untuk melihat spesimen Planchet Error yang amat menakjubkan ini . Syiling Planchet Error ini amat janggal dan jarang ditemui buat masa ini bagi Syiling 10sen 1968 siri Parlimen Malaysia .Kategori ini adalah Error kerana Planchet berlaku kesilapan  makanikal atau bahan material yang tidak berkualiti .



HINGED CLAMSHELLS PLANCHET ERROR
10SEN 1968 SIRI PARLIMEN MALAYSIA
REVERSE
REVERSE
Diperlihatkan keadaan permukaan muka belakang syiling 10sen 1968
dalam keadaan Hinged Clamsheels Planchet Split Error
Syiling ini ditempa dalam keadaan Planchet hampir terbelah dua
mengakibatkan permukaan tidak rata dan mengelembong pecah
dan tempaan tidak sekata dan berkeredut
Permukaan Reverse tergalas atas Anvil Die dalam
keadaan Planchet yang sudah terbelah dua


OBVERSE
Hinged Clamshells Planchet Error
OBVERSE
Ini adalah gambaran mukadepan syiling 10sen siri Parlimen Malaysia
Ditempa dalam keadaan Planchet yang rosak dan  hampir terbelah dua
oleh Kilang Royal Mint London.
Hentakan hammer Die keatas obverse
Planchet yang hampir terbelah dua dan mengelembong pecah
Lihat pada bangunan Parlimen Planchet mengelembung dan pecah
suatu keadaan yang menakjubkan
untuk Peminat dan pengkaji Syiling Error malaysia

1
EDGE
HINGED CLAMSHELLS PLANCHET ERROR
EDGE
Pandangan sisi kiri Edge Planchet hampir terbelah dua 90%
Higed Clamshells Planchet Error
Syiling 10sen 1968 ini hampir terbelah dua dalam bentuk Engsel
Namun masih lagi kekal  melekat dan tidak tepisah


2
EDGE
HINGED CLAMSHELLS PLANCHET ERROR
EDGE
Padangan sisi Tengah
Planchet syiling terbelah hampir terbelah dua 90%
Berkemungkinan Planchet ini terbelah sebelum atau semasa Struck


3
EDGE
HINGED CLAMSHEELS PLANCHET ERROR
EDGE
Pandang sisis kanan
Planchet syiling 10sen 1968 ini terbelah dua 90%
yang hampir terputus



EDGE
HINGED CLAMSHEELS PLANCHET ERROR
EDGE
Pandangan bahagian sisi belakang
Planchet syiling error ini mengelembong dan pecah
serta terbelah  namun tidaklah sampai terbelah dua sepenuhnya


*****************************
PLANCHET SPLIT ERROR
Hinged Clamshells Planchet Error
Galeri Sha Banknote 1964
Koleksi berusia 45 tahun
Kod SHA 10/PSE

5 ulasan:

  1. Sy Ada 50sen 1968 cop bulan bintang Ada dua Kiri kanan ....Duit nie kalau nk Jual rase2 brp agak nye?

    BalasPadam
  2. Tahniah dato.. suatu pendekatan yg bagus

    BalasPadam
  3. Tahniah dato.. suatu pendekatan yg bagus

    BalasPadam
  4. Salam datok. Saya ada 10 sen pahlimen 1968 7 keping.keadaan baik kot.tp tkdak sampai terbelah macam ni.

    BalasPadam