Rabu, 28 Ogos 2013

SA-RATUS LIMA PULOH RIBU PELAWAT GALERI SHA BANKNOTE 1964

GENAP 3 TAHUN BLOG GALERI SHA BANKNOTE 1964
Jumlah Pelawat 150,000 Pengunjung
Daripada 84 buah Negara Seluruh Dunia


            Pada 31st Ogos 2013 genaplah usia  3 tahun  Galeri SHA Banknote 1964 sebagai Blog Numismatik yang dapat berkongsi artikel berkaitan dengan Warisan Matawang  Lama dan Numismatik Negara . Sebanyak 333 pelbagai koleksi dan  artikel yang membincangkan penemuan dan Koleksi Peribadi Galeri SHA Banknote 1964 dipaparkan untuk dikongsi bersama dengan  pelawat blog ini .  Blog ini mula diwujudkan pada  31st Ogos 2011 dan telah mendapat sambutan yang baik daripada Pelawat dari  hampir 84 buah Negara Seluruh Dunia dan pada hari ini telahpun mencatatkan Pengunjung berjumlah 150,000 Pelawat

           Dengan sokongan daripada semua Pengiat Numismatik Negara yang sentiasa memberikan komen dan pandangan kepada Blog ini ,  Pihak Galeri SHA Banknote 1964 sentiasa mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan ini . Sesungguhnya Galeri SHA Banknote 1964  bukanlah seorang yang arif dan masih baru dalam penulisan berkaitan dengan Numismatik . Namun setakat yang ada dan ingin berkongsi setiap Koleksi Warisan Numismatik Negara yang perlu diketengahkan kepada Masyarat Umum dan pengiat Numismatik . Banyak koleksi-koleksi ini didapati daripada Rakan Numismatik yang membantu melengkapkan koleksi Galeri SHA Banknote 1964 . Terima kasih semua kerana sudi memberikan koleksi tuan-tuan untuk disimpan di Galeri SHA Banknote 1964 . Dalam memberikan Nasihat dan panduan kepada Galeri SHA Banknote tidak terhingga Mengucapkan Ribuan terima kasih kepada Tuan Dickson Niew ,Dr. Ibrahim , Mr. Lunatiq , Abang Depankanta , Tuan Chen NUCOIN,  Encik Ahmad Nasharuddin Masdinar, Abang Izhar Latif , Dua  Congkak , Anjung Numismatik , Mr Raymond, Prof Devid , Shaikh Haizul , Mr Tan Penang, Puteri , Dr Nazery Perlis .   Rakan Kelab Warisan Numismatik Malaysia  Hj. Azmi ,Abang Salleh,  Mr Silmon , En. Rahim dan special kepada semua ahli Kelab Warisan Numismatik Malaysia  dan Rakan Facebook Kapten GSK ,Trune Malaya , Joy JM Collection , Ade Nama , Bro Old Town , Hafiz Malik ,Straist Numis, Fairuz Masdinar, Ibu Fasha  dan Rakan Kelab Fecebook semua .

         Terima kasih dan sekalung penghargaan juga kepada adik-adik  Penuntut UiTM Jengka yang berminat untuk membuat kajian khas berkaitan Perkembangan Matawang dan Ringgit Fiat Malaysia sebelum dan selepas Merdeka   . Hasil Kajian ini akan menjadi rujukan kepada Peminat Numismatik semua dan menjadikan asas kepada kajian lntelektual secara Ilmian bagi mempertabatkan lagi Numismatik Malaysia sebagai  suatu Warisan yang perlu dijenamakan semula kepada Masyarakat .
         Terima kasih juga kepada My Son Fateh Furqan Rabbani selaku editor dan pengendali teknikal kepada blog ini serta semua rakan-rakan Numismatik yang tak sempat saya nukilkan dalam catatan ini ,

Terima Kasih Semua
Selamat Hari Merdeka
Dan Salam Numismatik
Galeri SHA Banknote 1964.
29/8/2013

6 ulasan:

  1. Salam numismatik Dato',
    Sekalung tahniah atas pencapaian terbaik dalam usaha Dato' untuk berkongsi warisan numismatik negara. Semoga waktu mendatang blog ini akan terus menerajui dalam pamiran dan informasi berkaitan numismatik warisan kita..Segala usaha murni Dato' akan terus dihargai generasi demi generasi....Syabas dan Terima kasih Dato'..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikom Depankanta.
      Terima kasih atas sokongan dan bimbingan daripada tuan terutama merujuk kepada Error Coin Malaysia untuk blog ini . Semua ilmu yang diperolehi semoga dapat dimanafaatkan bersama bagi rakan-rakan kita yang ada bersama dalam Numismatik ini .
      Terima kasih

      Padam
  2. Salam AidilFitri dan Salam Merdeka Dato'..
    Ejaan "Sa-Ratus Lima Puloh" sebagai tajuk artikel ini kelihatan sungguh klasik Dato'...kebetulan hari ini saya baru beroleh note Sa-Ratus yg dah lama saya idam-idamkan.
    Semoga Galeri Dato' ini terus maju jaya dan menjadi salah satu platform rujukan utk numismatik Malaysia dan seluruh dunia.

    Syed Ahmad, Putrajaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Syawal Ayahku Syed Ahmad
      Terima kasih banyaklah atas sokongan Ayahku Syed . Saya memang perasaan Ayahku Syedlah diantara sahabat yang setia dan selalu memberikan pandangan dan komen dalam blog ini . Terima kasih

      Padam
  3. Tahniah, semoga ilmu2 NUMISMATIK (NUSANTARA) dapat diperkembangankan dng seluas2 melalui BLOG INI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Syawal Abang Ishar .
      Terima kasih atas sokongan Abang Ishar bukan sahaja telah membantu saya mendapatkan beberapa koleksi untuk Galeri Sha Banknote 1964 tetapi juga membantu mendapatkan bahan-bahan rujukan dan bimbingan berterusan dalam ketogeri Koleksi Matawang Kesultanan Melayu Nusantara .kepada blog ini Terima kasih .
      Kalau ada lagi bahan rujukan bantulah dan maklumlah kepada saya.
      Terima kasih Abang Ishar dan Masdinar

      Padam