Rabu, 22 Mei 2013

NUMISMATIK


NUMISMATIK - bahasa  Latin Numisma ,Nomisma bermaksud syiling , coin .
NUMISMATIK - bahasa Yunani  bermaksud mengunakan kesesuaian hukum

Apakah itu NUMISMATIK
-------------------------
Istialah pemakaian NUMISMATIK adalah sesuatu kegiatan aktiviti hobi atau study dalam kegiatan mencari , mengumpul , menjual dan membeli sebagai  barangan Koleksi  yang berkaitan dengan Matawang yang pernah dikeluarkan dan digunakan oleh masyarakat pada masa itu dari dahulu sehinggalah sekarang .

Koleksi NUMISMATIK adalah terdiri daripada bahan-bahan lama seperti matawang pra sejarah berupa siput gerus , manik  dan bahan logam dari  tembaga atau timah tampang , silver dan emas , wang kertas , syiling ,  token , coupon dan perkara-perkara yang berkaitan dengan matawang yang pernah beredar dan pernah diguna dalam masyarakat setempat pada ketika itu . Koleksi-koleksi ini perlu dikumpul dan disimpan  serta direkodkan  bagi setiap penemuan agar ianya menjadi warisan
sejarah menandakan kewujudan bagi sesuatu tamaddun berasakan sistem ekonomi yang diamalkan bagi pada ketika itu . Koleksi-koleksi NUMISMATIK ini amat bernilai tinggi  dari aspek sejarah dan amalan ekonomi yang perlu diangkat sebagi Warisan Negara .

NUMISMATIK juga mempunyai beberapa cabang disiplin ilmu yang boleh dikaji sebagai suatu study dipelbagai bidang secara Ilmiah melibatkan antara lainnya ialah sejarah matawang itu sendiri , pengaruh penjajahan dan kekuasaan yang mendominasi iklim perdagangan  dan ekonomi dirantau tersebut serta secara ilmiah memahami kaedah cara  pembuatan  matawang  , ciri-cirinya , variasi yang ditemukan , pemalsuannya  dan kehadiran  matawang yang kesilapan cetak semasa proses pembuatanya yang terus menerus mendapat perhatian dan perbahasan ilmiah diperingkat tempatan dan peringkat global antarabangsa . NUMISMATIK telah mendapat pengiktirafan sebagai suatu aktiviti ekslusif dan telah diiktiraf oleh dunia antarabangsa .




Galeri Sha Banknote 1964
Kod Ilmiah 01
22052013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan