Rabu, 24 April 2013

GALERI SHA BANKNOTE 1964

GALERI SHA BANKNOTE 1964

Galeri Sha Banknote telah mula ditubuhkan pada tahun 2010 bagi memulakan usaha sebuah mini galeri bagi mengumpulkan dan menyimpan semua bahan artifak Matawang Lama Negara  Malaysia  bermula dari zaman Pra Sejarah , Era Pemerintahan Kesultanan Melayu Nusantara ,  Zaman Penjajah Portugis , Belanda dan Inggeris , Semasa penaklukan Tentera Jepun, kembali Penjajahan British Malaya sebelum Merdeka dan Wang yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia .
Bagi membantu merekodkan semua data dan Artifak yang telah dikumpulkan oleh Galeri Sha Banknote satu laman blog telah dibuka bagi memudahkan peminat-peminat Numismatik  membuat access terus untuk melihat koleksi yang telah dikumpulkan dan memberikan pandangan kepada Galeri Sha Banknote bagi mendapatkan maklumat dan data serta pengesahan ketulinan  koleksi yang telah ditemui .
Blog Galeri Sha Banknote memulakan artikel pertamanya pada 20hb Januari 2012 dan sehingga kini telah mengeluarkan sebanyak 267 artikel untuk disiarkan dalam blog Galeri Sha Banknote . Dan pada hari ini 24hb April 2013 lebihkurang baru setahun  4 bulan blog Galeri Sha Banknote ini telah dilawati dengan angka 100002 pengunjung  dari seluruh dunia .
InsyaAllah jika  diizinkan Allah Galeri Sha Banknote Selepas Aidulfitri tahun ini akan memulakan Pembinaan Baru Bangunan   Warisan Numismatik Galeri Sha Banknote bagi menempatkan semua koleksi dan Artifak Matawang Negara yang ada dalam Galeri Sha Banknote .

Ada juga beberapa rakan dalam Numismatik berpandangan apa perlunya koleksi-koleksi peribadi dipamerkan didalam blog dan ini merupakan suatu yang menunjuk-nunjuk kepada umum . Berkemungkinan juga keselamatan Artifak serta  pemilik koleksi tersebut dalam bahaya  kerana ianya akan mendapat fokus daripada penjenayah .

Sememangnya perkara ini ada benarnya juga tetapi Galeri Sha Banknote lebih mengambil pendekatan lebih besar dan jauh agar Numismatik ini bukan hanya sebagai hobi peribadi sahaja  tetapi ianya adalah suatu Warisan Negara yang harus dijaga dan harus dikongsi bersama tanpa batasan bangsa atau lingkung kenegaraan . 

Dengan pelawat yang telah melebihi 100000 pengujung blog dan  ini adalah merupakan  satu pengiktirafan dari peminat Numismatik kepada Galeri Sha Banknote . Terima kasih kepada pengunjung semua dan sokongan dari peminat Numismatik saya amat hargai dan ucapan terima kasih . Ucapan terima kasih juga  kepada beberapa individu yang terlibat bagi membantu saya serta  Kelab Warisan Numismati dan khusus pembantu khas Feteh  kerana membatu saya dari segi teknikal dalam menjayakan blog Galeri Sha Banknote . Terima kasih semua .

7 ulasan:

  1. Salam dan Tahniah Dato'...pada saya apa yg dipaparkan di Galeri Sha Banknote ini tidaklah bersifat menunjuk-nunjuk. Pada saya juga galeri ini juga sebagai alternatif utk membuat rujukan berkenaan matawang dulu sehingga sekarang, kerana pendekatan paparan serta maklumatnya berbeza dengan lain-lain galeri atau pun laman koleksi.
    Harap Dato' akan meneruskan usaha murni ini sebagai warisan ke anak cucu kita nanti.
    Tahniah sekali lagi kpd Galeri Sha Banknote.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan
      Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat semua . Komen dan sokongan sahabat-sahabat semua diruangan blog ini adalah merupakan diskusi ilmiah untuk dunia Numismatik Negara .
      Terima kasih .

      Padam
  2. Dato',
    Semoga cita-cita Dato dapat realise secepat mungkin.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Tuan Dickson
    Sokongan dan pandangan dari orang lama amat berguna sekali . Terima kasih. Teringat lama dah tak makan nasi Brani kambing...
    Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Salam.bagaimana nak hubungi dato sbb saya ADA syiling lama ingin dijual Dr zaman Alaudin shah.

    BalasPadam
  5. salam
    dato..sy ade duit japanese government MT 100 dollars,syiling lame
    1910,1918,1926,1950 dan duit lame dri negara2 luar..sy nk jual
    ksemuanya,jika dato brminat bleh bgi tau sy..time kasih.

    BalasPadam