Sabtu, 6 April 2013

ERROR COIN

ERROR COIN
5sen 1973

ERROR COIN
5sen 1973


OBVERSE
Obverse Parlimen
Lihat disebelah Parlimen ada lebihan tempaan


REVERSE
Reverse 5sen 1973
Malaysia

REVERSE ERROR
Reverse Error
Lihat  terdapat Error



EDGE
Edge

********************
ERROR COIN
5sen 1973
Galeri Sha Banknote 1964

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Dato',
    Menarik spesimen syiling error kali ini, tambahan pula tahun nya boleh dilihat (1973) dan keadaannya juga dalam gred yang tinggi.

    Jika tidak salah saya, spesimen ini tergolong dalam jenis error Partial Brockage(Brockage/Halangan Separa).

    Error jenis Brockage ini berlaku apabila syiling yang telah dicetak terlepas masuk semula ke dalam ruang mencetak (striking chamber) lantas menghalang planchet kosong dan acuan dan menghasilkan kesan seakan "lekukan" yang sebenarnya terjadi akibat ruang yang diduduki oleh syiling yang terlepas masuk itu. Apabila hanya sebahagian sahaja kawasan yang dihalang, ianya dinamakan Brockage Separa.

    Jenis error Brockage ini dianggap sebagai jenis error yang jarang berlaku, di mana Full Brockage (Brockage Penuh) lebih jarang daripada Partial Brockage.

    Boleh dilihat corak denticles dan sebahagian daripada bangunan parlimen pada kawasan yang di"tebuk".

    Walaupun nampak seperti syiling ini kekurangan bahan, tapi saya percaya, jika ditimbang, beratnya pasti sama dengan syiling normal.

    Syabas Dato', tak sabar rasanya untuk Seminar Duit Error yang buat kali pertama hujung bulan ini.

    BalasPadam
  2. Salam Fadzly
    Terima kasih diatas penerangan kepada variety koleksi ini . Maklumat ini akan saya rekodkan untuk koleksi saya ini .

    Kelab Warisan Numismatik masih lagi menunggu pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya samada tarikh Seminar kita pada 27.4.2013 terlibat dengan tarikh pengundian PRU13 . Jika terlibat dengan tarikh tersebut Urusetia Seminar akan bermesyuarat semula dan akan menunda kesuatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian . Semua perserta yang telah berdaftar akan dimaklumkan semuala oleh uruisetia nanti.

    Terima kasih

    BalasPadam