Rabu, 6 Februari 2013

SILING YASIN BUKAN MATAWANG

Syiling Yasin  bukan Matawang dan bukan datangnya dari Kerajaan Islam  .  Dan ianya adalah ditempa dalam keadaan bentuk syiling berasal dari kerajaan Sri Wijaya  Majapahit   Jawa Indonesia . Kegunaannya asalnya masih tidak diketahui tetapi di gunakan oleh pengamal ilmu mistik bagi tujuan dan kepercayan khurafat yang kesemuanya adalah  ditolak sama sekali  oleh Agama Islam  .  Syiling ini tidak diketahui bila ianya ditempa dan yang pasti ianya bercampur aduk di zaman budaya  hindu dan Islam . Syiling ini cuba memasukkan beberapa unsur  kalimah dan tokoh  Islam dalam sejarah kenabian dan perkembangan Islam di Nusantara tetapi amat meragukan kerana ianya bercampur dengan elemen hindu dan patong-patong wayang kulit zaman jahiliah  sri wijaya  dahulu . Ia dinamakan Syiling Yasin kerana ianya diambil sempena tetera tulisan Jawi huruf Ya dan sin iaitu dikaitkan dengan surahtul  Yasin surah 36 Juz 22  dalam al Quraan dengan  disogokkan dengan gambaran  kononnya gambaran Kaabah Baitullah dan beberapa tokoh Wali Songo dan gambar seorang wali memegang tongkat bercabang yang dikaitkan dengan ayat  al Quran suratul fatiha ayat 5 separuh ayat sahaja ' Iyyaka nakbudu' yang bermaksuk ' Engkaulah sahaja yang kami sembah '  amat mengelirukan dengan maksud takbud ini ,  apa dan kepada siapa yang disembah sebab kenapa ada gambaran Wak dogol bercawat separuh bogel  dan patong wayang kulit sri rama . Umat Islam sebenarnya tidak patut terpengaruh dengan kepercayaan khurafat keatas syiling ini kerana perkara ini dilarang dan tidak berlandaskan Al Quraan dan Hadis .
Syiling ini  sebenarnya amat banyak tiruan dan dibuat baru dengan berbagai bentuk saiz, kandongan dan variety yang dijumpai .  Taburan syiling ini kebanyakannya banyak kedapatan disebelah Pantai Timur di Negeri Kelantan , Terengganu , Pahang dan Johore .  Dari segi pandangan dan pendapat Numismatinya Galeri Sha Banknote menilai syiling ini hanya sebagai koleksi yang melalui zaman silam dialam Melayu Nusantara  .  Dari nilain Numismatik syiling ini adalah  dalam anggara harga hanya  RM30 -RM100  dan adalah tidak munasabah langsung seperti yang diiklankan  di internet mudah.my  ,  facebook dan blog  dengan  harga sehingga puluhan dan ratusan ribu yang tidak masuk akal  .

Gambar keratan Akhbar Kosmo tarikh 3.2.2013 Hari Ahad 

























Beberapa koleksi syiling Yasin

6 ulasan:

  1. Yg dipaparkan dalam gambar di atas benyakkan tak ori.

    BalasPadam
  2. Duit yasin Yaacob Musa belakang ALLAH MUHAMMAD dkt sayap rama-rama tuk dijual dengan harga berpatutan.0133307962,0124240736

    BalasPadam
  3. Syiling nabi nuh berminat pm

    BalasPadam
  4. Syiling nabi nuh yassin 9x boleh pm 86705011

    BalasPadam