Sabtu, 12 Januari 2013

MEDALLION DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR SITI AISHAH .

MEDALLION PROOF
SEMPENA PERLANTIKAN DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR  SITI AISHAH  PADA 24hb. OKTOBER 1998 .
Obverse  Potret DYMM Tengku Pemaisuri Selangor Siti Aishah sempena Perlantikan DYMM Tengku    
Permaisuri Selangor pada 24hb. Oktober 1998 .
Reverse  Lambang Kerajaan Selangor dengan catatan tulisan Jawi Perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah pada   3 Rejab 1419 Hijrah
Weight   15.60  gram
Diameter   35mm
Thicknes 3mm
Edge Plain
Composition Silver
Mintage Limited Khas  untuk Tetamu dan VVIP sahaja

MEDALLION PROOF DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR SITI AISHAH

          Obverse


       Reverse

nota***

Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengeluarkan Medallion Sempena Perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah pada 24hb, Oktober 1998 bersamaan  3 Rejab 1419 Hijrah  yang dihadiahkan Khas kepada Tetamu dan VVIP yang hadir di Majlis tersebut .   Galeri Sha Banknote difahamkan Medallion ini jarang dapat disimpan oleh kolektor kerana ianya adalah keluaran terhad  khusus untuk VVIP sahaja .
Sesuatu yang Ironi bagi Kolektor semua  nama Tengku Permaisuri Selangor Tok Puan Siti Aishah ini pernah dikaitkan dengan duit RM1 tandatangan seperti nama Aishah yang dikeluarkan oleh BNM pada tahun 2000 yang sebenarnya ditandatangani oleh Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman Gabenur BNM yang ke-6 .  Kecelaruan ini ditambah lagi dengan cerita  khurafat dari alam ghaib oleh Kumpulan mistik yang memahamkan duit Aishah ini  adalah duit yang ada keindahan yang boleh dijadikan syarat pertukaran dengan  alam ghaib  yang hendak mengagihkan  wang zakat para  Wali-wali dan Rijalulghaib yang tersimpan di khazanah perbendaharaan alam ghaib . Cerita Karut ini menyebabkan harga duit RM1 tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan ini menjadi tinggi dan tidak munasabah langsung bagi kolektor Numismatik .
Pada awal muharam tahun lalu timbul pula cerita baru kumpulan mistik ini iaitu jemaah mereka  gagal melakukan transaki dengan alam ghaib kerana Bank perbendaharan alam ghaib tidak dapat dikeluarkan kerana wang kertas Aishah ini kebanyakannya telah dipalsukan dan meminta kumpulan mistik ini mencari tukaran  baru berupa syiling perak Aishah  . Tetapi ini semuanya adalah perkara khurafat dan adalah palsu belaka  .  Galeri Sha Banknote pernah berhujah dengan kumpulan mistik ini selaku mempertahankan Numismatik ini agar tidak disalahkan gunakan  .    Secara moralnya kita boleh ambil iktibar dari pekara ini bahawa setiap aktiviti yang hendak kita buat hendaklah tidak lari dari Akidah dan jangan campuradukkan dengan perkara bodoh dan khurafat ini  .
Medallion perak Aishah  ini kini  telah ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote dan kita nak lihat apakah reaksi gila selanjutnya selepas  ini apabila mereka melihat medallion ini memang wujud .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan