Selasa, 4 Disember 2012

KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEKILANG MARIWASA KRAFTANGAN SDN. BHD.

KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEKILANG MARIWASA KRAFTANGAN SDN. BHD, KUALA KANGSAR PERAK [ kilang menempa duit syiling Peringatan, Medal Kebesaran,  Duit Dinar dan Dirham  ]

TARIKH    :    18.12 . 2012
MASA       :    2.00 Petang
TEMPAT   :    Kilang MARIWASA SDN. BHD
                          Lot 522, Kawasan Perusahaan Kuala Kangsar,
                          33000 Kuala Kangsar,
                          Perak.

URUSETIA :   KELAB WARISAN NUMISMATIK
                          No.3A, Kedai 20 unit Nadikota
                          26400 Bandar Jengka
                          Pahang
                          Presiden  0199185858
                          Tim. Presiden  0139227750
                          Setiausaha  0139397888

TUJUAN LAWATAN :
       
1.   Merupaka aktiviti Kelab Warisan Numismatik penutup Tahun  2012
2.   Melihat sendiri bagaimana kaedah  wang syiling ditempa dan peralatan yang digunakan bagi mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan ahli Numismatik tentang kaedah pembuatan duit syiling dan bagaimana berkemungkinan berlakunya syiling error.
3.  '   Numismatic Tour '   ini diharap dapat  kenal-mengenal diatara ahli Numismatik dengan lebih rapat lagi.

JEMPUT  LAWATAN  :
[ 30 peserta sahaja  ]
                 
                         1.  Semua Ahli Kelab Warisan Numismatik.
                         2.  Terbuka kepada semua peminat Numismatik
                         3.   Peserta awal  yang berdaftar diambil kira keutamaan untuk 30 peserta sahaja.
                         4.   Sesiapa yang berminat boleh menghubungi urusetia seperti diatas.

YURAN BAYARAN  :

                          1.   Percuma dan tiada bayaran dikenakan
                          2.   Kos perjalanan, penginapan ,  makan dan lain-lain  adalah tanggungan sendiri.
                         
Program ini amat baik  sekali bagi Semua Numismatik Negara untuk  menambahkan  lagi ilmu pengetahuan dibidang pembuatan duit syiling.   Dan peluang keemasan ini  telah berjaya diusahakan oleh  Kelab Warisan Numismatik untuk mendapatkan  kelulusan kebenaran melawat kilang pembuat duit syiling yang ada dinegara kita  untuk ahli Kelab Warisan Numismatik dan Peminat Numismatik semua.  Kita bersyukur dan diharap peluang ini  dapat dimanafaat oleh semua ahli Numismatik Negara.


SURAT KELULUSAN LAWATAN DARI MARIWASA KRAFTANGAN SDN. BHD


Sekalung Penghargaan  dan Ucapan Terima Kasih
Kepada  Yang Berbahagia Megat Ibrahim Megat Abdul Wahab,
Cik Reza   &   Encik Masmudin bin Haji Rabien,
Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.


8 ulasan:

  1. Saya pasti pergi.
    Terima kasih kepada Dato' atas semua usaha yang gigih yang telah menjayakan kunjungan istimewa ini.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Tuan.
    Dengan kesudian tuan untuk bersama hadir membuatkan rombongan kita nanti lebih meriah kerana sifu ada membuat kami lebih bersemangat.
    Terima kasih tuan.

    BalasPadam
  3. Salam dan syabas Dato' dan Mr Dickson,
    Peluang keemasan yg terbaik lagi bersejarah untuk ahli2 numismatik Malaysia ini sewajarnya tidak dilepaskan..Untuk kali ini depankanta hanya dapat iringi doa semoga lawatan itu nanti akan berjaya untuk manafaat kita semua...APAKAN DAYA TUGAS NEGARA TERPAKSA DIUTAMAKAN MENGATASI HOBI...Jangan lupa buku nota kecil dan pensil!..

    Salam dan terima kasih banyak Dato'....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Depankanta.
      Takpa Tuan kerana tidak dapat kesempatan masa. Mungkin dimasa hadapan saya bercadang untuk program tahun 2013 saya sedang membodek Bos Public Gold untuk mendapat peluang melawat ke kilangnya di Seberang Prai Penang. Doakanlah mungkin tahun depan kita dapat berpeluang bersama untuk menambah ilmu pengetahuan dalam usaha berterusan mewarisi Warisan Numismatik.
      Terima kasih Tuan

      Padam
  4. Salam & tahniah Dato'

    Hajat di hati mahu ikut rombongan melawat bersama-sama SIFU-SIFU ke Kilang MARIWASA kraftangan S/B K.Kangsar, tapi seperti juga kata Tuan DEPAN KANTA atas kekangan tugas terpaksalah memerhati dari jauh sahaja, hanya diiringi doa' agar sahabat-sahabat NUMISMATIK dapat berkongsi maklumat bersama-sama kami yg tidak berpeluang hadir, terima kasih..

    @Sme68PG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih @Sme68PG.
      Kalau ada peluang lain kali kita akan tetap bersama lagi. Diharap orang muda kena usaha kuat untuk membantu dalam usaha berterusan mewarisi Warisan Numismatik Negara.
      Terima kasih Bos.

      Padam
  5. salam Dato Sharuddin...
    atas pelawaan Dato tempuh hari sy sudah pun memohon cuti utk sama2 dlm program tersebut, Insyaallah, sekiranya tiada sebarang perubahan sy akan turut serta kerana kebetulan Kuala Kangsar tdk jauh dgn Taiping iaitu kampung halaman sy. Selain kunjungan bersejarah yg diperolehi ini dapat jg berkenal2an dgn otai2 numis negara.

    terima kasih sekali lagi atas undangan Dato

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumussalam duacongkak.
      Teman mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan sudi bersama kami. Tuan adalah diantara penulis blog syiling error yang aktif dan saya berharap bila ramai sifu-sifu yang turun lebih seronok rasanya. IsyaAllah kita akan dapat bertemu dengan sifu-sifu otai disana nanti.
      Terima kasih.

      Padam