Ahad, 23 September 2012
TAMPANG TOPI BENDAHARA SEWA RAJA WAN AHMAD 1863-1914 [ Tampang 1/100 dollar Sepanyol @ 1 sen @ suku Tampang.]
GAMBAR TAMPANG TOPI BENDAHARA SEWA RAJA WAN AHMAD 1863-1914
Tampang 1/100 dollar Sepanyol atau 1sen atau suku Tampang
GAMBAR TAMPANG TOPI 1/100 DOLLAR no.1
GAMBAR TAMPANG TOPI 1/100 DOLLAR no. 2
TAMPANG DIKAT DENGAN ' TALI GUNI '
Spesifikasi
Jenis Tampang Topi 1/100 dollar Sepanyol @ 1sen @ suku Tampang.
Matawang semasa Pemerintahan Kesultanan Melayu Kerajaan Negeri Pahang.
Dikeluarkan Oleh Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad.
Tahun dikeluarkan 1878 [ 1295 hijrah ] sehingga 1889 dihentikan pengunaannya.
Tapak atas dihiasi dengan khaligrafi corak bunga.
Tapak bawah ditempa tulisan Jawi dan Arab ' Malik al Adil ' tarikh kepada bulan Rejab Sanat 1295
Ketinggian 8mm dari tapak ke puncak.
Ukuran 28mm x 28mm empatsegi tepat.
Berat 13.05 gram.
Kandungan Timah.
Rarity very Rare [ RRR }
Sifat Tampang Topi ini ialah terdapat satu lubang bagi tujuan senang untuk diikat dengan ' Tali Guni 'dan
agar senang dibawa sebagai pertukaran matawang dengan susunan 40 biji satu gugus ikatan bersamaan Sepuluh biji Tampang 1/25 dollar dan @ 100 biji satu gugus ikatan besamaan 1 dollar Sepanyol. Tampang Topi Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad 1863-1914 ini adalah Matawang yang terakhir yang berbentuk Tampang yang telah dikeluarkan oleh Pemerintahan Negeri Pahang .Tampang ini dikeluarkan secara rasmi pada tahun 1878 dan pengunaannya dihentikan pada tahun 1889 . Yang menariknya gelaran ' Malik al Adil ' tertera 1295H pada Tampang keluaran tahun 1878, sedangkan Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad hanya ditabalkan dan bergelar Sultan Wan Ahmad Al Muadzam Shah pada tahun 1881. Ini Jelas menunjukan bahawa kedudukan Beliau sebagai Pemerintah telah diiktiraf 3 tahun lebih awal sebelum ditabalkan .
Galeri Sha Banknote pada masa ini memiliki 2 biji Tampang ini dan ingin membuat tawaran penukaran dengan sahabat yang berminat bagi menambahkan koleksi kita bersama.
Assalamualaikum Dato...ada extra 1 tampang SS15 tak untuk dijual? saya berminat..
BalasPadam