Selasa, 15 Mei 2012

KOLEKSI DUIT SILING ERROR [ SIRI PERTAMA ] suatu preliminaries kepada mendekati dan mengenali duit siling error Malaysia.

               Secara jujurnya pada peringkat permulaan sememangnya Galeri Sha Banknote kurang berminat untuk mengumpul duit-duit siling error ini.  Ini berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor yang menyukarkan untuk mendapatkan maklumat dan rujukan serta untuk mandapatkan koleksi duit siling error itu sendiri amat sukar.Kadang-kadang ketulinan duit -duit error ini sukar disahkan kerana kemungkinan ianya palsu sengaja diubahsuai dan dibuat baru.Faktor tidak glamor dan kurang pengatahuan dan referensi dalam duit siling error ini menyebabkan keunikan duti siling error ini tidak dapat menarik keghairahan numismatik untuk mencari dan menjadikan koleksi peribadi mereka.
              Tetapi setelah selama sebulan melawati semua blog-blog yang berkaitan dengan duit siling error ini maka Galeri Sha Banknote amat terpegun dan sesungguhnya pentas duit siling error ini amat begitu luas dan unik sekali.Perbahasan demi perbahasan dan perbincangannya sentiasa hidup berterusan dan berkembang berdasarkan penemuan demi penemuan baru maka hadirlah dan wujudnya pelbagai istilah baru dan unik yang kadang-kadang memeningkan kepala kepada orang yang baru dalam numismatik. Melihat kepada keunikan siling error ini Galeri Sha Banknote amat tertarik dan mula mencari dan mengumpul duit-duit siling error ini secara 'gelojoh' dan sebanyak  mungkin biarpun dalam keadaan dhaif ilmu pengatahuan tentang siling error ini.
                 Bagi meraikan sahabat-sahabat yang lama dan pakar dalam duit siling error ini Galeri Sha Banknote memohon izin untuk memaparkan koleksi- koleksi yang ada dalam simpanan Galeri Sha Banknote untuk tatapan kita bersama.Inilah yang dikatakan keindahan duit siling error yang begitu unik yang dapat dipamerkan.Semoga kepuasan menikmati Siling Error ini dapat  berterusan tanpa penghujungnya.Terima kasih kepada Mr Dickson kerana banyak membantu Galeri Sha Banknote untuk mendapat dan  mengenali ketegori duit error ini.


KETEGORI PLANCHET ERRORS
WRONG STOCK ERRORS
[ 7 keping ]







PLANCHET ERRORS
DOUBLE CLIP ERRORS
[ 28 keping ]







PLANCHET ERRORS
CURVE CLIP ERRORS
[ 14 keping ]















STRIKING ERRORS
PARTIAL INDENT ERRORS








STRIKING ERRORS
BROADSTRIKE ERRORS
[ 19 KEPING ]









POST MINT DAMAGED








RAGGET CLIP ERRORS











Duit error dibawah ini  masih belum sempat dikenalpasti ketegorinya








Ketegori error duit ini masih belum dapat dikenal pasti



Galeri Sha Banknote masih lagi tidak dapat secara detil memberikan infomasi ketegori setiap duit error ini kepada  sahabat sahabat semua kerana Galeri Sha Banknote masih lagi belum arif.  Namun Galeri Sha Banknote sengaja ingin pamerkan sebahagian daripada  duit duit siling error yang ada dalam koleksi untuk tatapan  bersama.     Para pengunjung blog semua jangan lupa untuk melihat SIRI KEDUA yang akan datang  memaparkan duit error Galeri Sha Banknote yang lebih rare lagi.





9 ulasan:

  1. Salam dan syabas Dato',
    Nampaknya semua syiling major error sudah berada ditangan Dato',patut la depankanta sukar jumpa syiling2 begini..haha

    Biasa menjadi amalan numismatis ialah dapatkan maklumat/pengetahuan baru mulakan koleksi,namun bila semua koleksi telah mendapat pandangan dan disahkan oleh pakar tentu disudut ilmiahnya boleh dipelajari secara beransur2...

    Sebenarnya perbahasan tentang syiling error bukan sekadar pada aspek fizikal dan teknikal syiling2 error tetapi juga pada sudut pengurusannya..Tinjauan depankanta mendapati ramai otai2 numismatik sekitar Lembah Kelang bukan tidak berminat pada syiling error tetapi menghadapi kesukaran untuk membezakan antara syiling2 error yg tulin(mint error)dan yg dibuat sendiri samada didalam dan diluar kilang..Semua ini menambahkan lagi cabaran pada kita semua..
    Antara kelebihan mengumpul syiling error mengikut satu kajian antarabangsa ialah:

    1.Error coin collecting is unpredictable

    2.The hunt is thrilling

    3.It’s educational

    4.Each mint error is unique in it’s own way

    5.There are many different themes to choose from

    6.Many error coins have great eye appeal

    7.Some collectors started in this field of numismatics, because they found an error coin in their change

    8.It’s challenging

    Tahniah dan Terima kasih banyak2 Dato'...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih depankanta
      Semoga saya akan terus banyak belajar mengenai duit coin error ini daripada artikal diblog tuan. Teruskan menulis dan saya doakan agar tahun ini akan ada suatu Buku Mengenali Duit Siling Error Malaysia yang akan diterbitkan untuk rujukan peminat Semua.

      Padam
  2. Dato' selamat datang kepada dunia error!
    Ragged Clip itu bukan untuk coin 50 sen Siri ketiga coin baru, yang Siri Ketiga coin baru itu dengan dua "gigi taring" itu dinamakan Finned Error.

    Yang Doubled Curved Clip error ialah untuk syiling yang menpunyai dua clip yang cekung kedalam!
    Sila rujuk kepada post-post di Blog saya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih Tuan Dickson.
      Perjumpaan dalam masa 2 jam dahulu memang tak cukup masih banyak yang perlu dipelajari. Rasanya memang bersesuian sangat kalau hasrat untuk mengadakan Seminar Mengenali Duit Siling Error Malaysia diteruskan.

      Padam
  3. Salam Dato'
    Saya mempunyai duit syiling 5sen error tidak seperti dalam koleksi gamabr Dato di atas. Siling error ini tidak mempunyai gambar gasing tetapi kedua-duanya bermuka bunga raya. Sila call/whatsapp di nombor saya 01139235649 Wan jika berminat.

    BalasPadam
  4. salam dato'
    saya ada syiling 10sen Curved Clip error yang saya punya ada 3 lekok dia dato' bagi pendapat dato' berapa nilai syiling kalau error begitu.. kalau dota' nak tengok gambar item tersebut..
    ni no saya 0193620677

    BalasPadam
  5. Salam. Saya ada rm 50 error trlebih kertas size besar dari biasa ..tulen asli
    Value rm 600 2012
    Skrg 2015 rm ???
    Ada yg minat hubungi Nora 010 2759192
    Tq .

    BalasPadam
  6. Salam. Saya ada rm 50 error trlebih kertas size besar dari biasa ..tulen asli
    Value rm 600 2012
    Skrg 2015 rm ???
    Ada yg minat hubungi Nora 010 2759192
    Tq .

    BalasPadam
  7. Salam says mempunyai syiling 10sen baru 2013 yang error.terdapat bulatan blank(kosong) ditengah-tengah pada permukaan nilai 10sen Dan bunga..bulatan tersebut menyebabkan angka 1 Dan separuh Dari bunga tersebut hilang.macam gerhana..human betul2 berada dtengah mata hari..minta pencerahan apakah jenis error yang terdapat pada syiling tersebut..tq

    BalasPadam