Rabu, 30 Mei 2012

DUIT RM 1000 MALAYSIA 1967 - 1998

Galeri Sha Banknote telahpun berjaya mengumpul kesemua Siri Duit RM1000 Keluaran Bank Negara Malaysia mulai Siri Pertama 1967 sehingga Siri Ke 6 1998.  Dikesempatan ini Galeri Sha Banknote akan memaparkan kesemua Koleksi yang telah dikumpulkan semenjak dari dahulu lagi hingga sekarang untuk tatapan dan pengkongsian bersama.

1.   SIRI PERTAMA SA-RIBU 1968 [ Ismail Mohd Ali ]



GAMBAR MUKADEPAN




GAMBAR MUKABELAKANG

Spesifikasi
Siri               :  Pertama Sa-ribu
Tandaan       :  Ejaan Lama  SA-RIBU, DI-PERLAKUKAN, GABENOR
Saiz              :  172mmx101mm
Tandatangan : Tun Ismail Mohd Ali
Cetakan       :  Bradbury Wilkinson
Tahun          :  1968
Prefix          :   A/1 026733
Tera air       :   Kepala Harimau
Kondisi       :   VF   [ very rare RR ]
Estimate Value : RM 12,000.00
Owner             : Galeri Sha Banknote



2.  SIRI KE 2  SERIBU 1972 [ Ismail Mohd Ali ]



GAMBAR MUKADEPAN



GAMBAR MUKABELAKANG

Spesifikasi.
Siri               :  Kedua Seribu
Tandaan       :  Ejaan Baru SERIBU, DIPERLAKUKAN, GABENUR
Saiz              :  172mmx101mm
Tandatangan : Tun Ismail Mohd Ali
Cetakan       :  Bradbury Wilkinson
Tahun          :  1972
Prefix          :   A/1 147481
Tera air       :   Kepala Harimau
Kondisi       :   VF   [ very rare RR ]
Estimate Value : RM 10,000.00
Owner             : Galeri Sha Banknote




3.  SIRI KE 3 SERIBU 1976 [ Ismail Mohd Ali ]



GAMBAR MUKADEPAN.



GAMBAR MUKABELAKANG,


Spesifikasi.
Siri               :  Ketiga Seribu
Tandaan       :  Ciri ciri keselamatan Emej Pendam
Saiz              :  172mmx101mm
Tandatangan : Tun Ismail Mohd Ali
Cetakan       :  Bradbury Wilkinson
Tahun          :  1976
Prefix          :   A/1
Tera air       :   Kepala Harimau
Kondisi       :   EF   [ very rare RR ]
Estimate Value : RM 10,000.00
Owner             : Galeri Sha Banknote




4.  SIRI KE 4 SERIBU  1984 [  Aziz Taha  ]



GAMBAR MUKADEPAN



GAMBAR MUKABELAKANG.


Spesifikasi.
Siri               :  Keempat Seribu.
Tandaan       :  Tandatangan Gabenur Aziz Taha
Saiz              :  172mmx101mm
Tandatangan : Tan Sri Dato Aziz Taha
Cetakan       :  Thomos de Le Rue
Tahun          :  1916.01.19843
Prefix          :   ZY 04468
Tera air       :   Agung
Kondisi       :   VF   [ very rare RR ]
Estimate Value : RM 4,000.00
Owner             : Galeri Sha Banknote




5.  SIRI KE 5 SERIBU  1985 [ Jaafar Hussein ]

a.  FIRST PREFIX.




GAMBAR MUKAHADAPAN



GAMBAR MUKABELAKANG.


Spesifikasi.
Siri               :  kelima Seribu
Tandaan       :  Tandatangan Gabenur Jaafar Hussein
Saiz              :  172mmx101mm
Tandatangan : Tan Sri Dato Jaafar Hussein
Cetakan       :  Thomos De Le Rue
Tahun          :  1985
Prefix          :   ZY 5749563
Tera air       :   Agung
Kondisi       :   EF   [ rare R ]
Estimate Value : RM 2,500.00
Owner             : Galeri Sha Banknote



b. REPLACEMENT  PREFIX [ extremely rare RRR ]



GAMBAR MUKADEPAN



GAMBAR MUKABELAKANG

Spesifikasi.
Siri               :  kelima Seribu
Tandaan       :  Replacement ZZ
Saiz              :  172mmx101mm
Tandatangan : Tan Sri Dato Jaafar Hussein
Cetakan       :  Thomos De Le Rue
Tahun          :  1985
Prefix          :   ZZ 0023294    Replacement
Tera air       :   Agung
Kondisi       :   EF   [ extremely rare  RRR ]
Estimate Value : RM 6,000.00
Owner             : Galeri Sha Banknote




6.  SIRI KE 6 SERIBU  1996 [  Ahmad Don ]

a.  FIRST PREFIX.




GAMBAR MUKADEPAN.



GAMBAR MUKABELAKANG.


Spesifikasi.
Siri               :  ke enam Seribu
Tandaan       :  Tandatangan Gabenur Ahmad Don
Saiz              :  172mmx101mm
Tandatangan : Tan Sri Ahmad Don
Cetakan       :  Giesecke
Tahun          :  1996
Prefix          :   ZY 9728647
Tera air       :   Agung
Kondisi       :   EF   [  rare R ]
Estimate Value : RM 2,500.00
Owner             : Galeri Sha Banknote



b.  LAST PREFIX




GAMBAR MUKADEPAN



GAMBAR MUKABELAKANG.


Spesifikasi.
Siri               :  Ke enam Seribu
Tandaan       :  Last Prefix ZA
Saiz              :  172mmx101mm
Tandatangan :  Tan Sri Ahmad Don
Cetakan       :  Harrison & Son
Tahun          :  1988
Prefix          :   ZA 1198474
Tera air       :   Agung
Kondisi       :   EF   [  rare R ]
Estimate Value : RM 2,500.00
Owner             : Galeri Sha Banknote





Untuk DUIT SERIBU Malaysia keluaran Bank Negara Malaysia maka lengkaplah Koleksi yang telah dikumpulkan oleh Galeri Sha Banknote.  Koleksi ini akan disimpan dan InsyAllah akan dibukukan setelah semua koleksi setiap ketegori dapat dilengkapkan dengan sempurnanya.





Jumaat, 25 Mei 2012

DOKUMEN PENTING 1831 KERAJAAN BRITISH LONDON UNITED EAST INDIA COMPANY


Galeri Sha Banknote telah berunding dan berjaya mendapatkan koleksi dokumen penting kerajaan British London VEIC United East India Company daripada Badan yang menyimpan dokumen ini.Dokumen ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Negara dan Akauntan General negara bagi pihak Council Governor British di London pada tahun 1831.

Dokumen ini telah mendapat pelepasan dokumen sulit dan bahan arked dan ianya kini telah menjadi dokumen koleksi yang amat unik bagi pengumpul Numismatik.kondisi dokumen ini adalah masin utuh dan amat baik very fine walaupun sudah berusia 181 tahun.

Dokumen ini mempunyai ciri-ciri keselamatan dan watermark United East India Company dan lambang VEIC.Di bawah ini dipaparkan gambar dokumen tersebut 1831.




Gambar muka hadapan dokumen 1831
Gambar watermark dan ciri keselamatan.


Khamis, 24 Mei 2012

DUIT SILING ERROR [ SIRI KE 2 ] Mendekati dan Mengenali Duit Siling Error.



      

  Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin memaparkan  koleksi duit Siling Error siri ke 2  yang dikira agak Rare yang ada dalam simpanan Galeri Sha Banknote untuk tatapan peminat semua. Galeri Sha Banknote  masih belum mengenalpasti ketegori  kesilapan tempaan duit error ini kerana tidak kesempatan masa .



DUIT ERROR 5 SEN 1941


Muka Depan

Muka Belakang




DUIT ERROR  50 SEN 1982


Muka Depan 


Muka Belakang


Galeri Sha Banknote akan memaparkan koleksi duit error di episod akan datang kerana terlalu banyak duit siling error dalam simpanan koleksi Galeri Sha Banknote. Tunggu episod ke 3 nanti.

Isnin, 21 Mei 2012

DUIT TIMAH ONE PICE GAVERNOR FARQUHAR PENANG 1805



Kemuncak kepada koleksi duit siling pejajah VEIC Penang ini adalah bilamana Galeri Sha Banknote berjaya menemui duit timah One Pice GF Gavernor Farquhar 1805 berada dalam koleksi Galeri Sha Banknote.

Daripada fakta sejarah semasa British VEIC menjajah Penang pada tahun 1805 Governor Farquhar telahpun memperkenalkan duit baru selepas Balemark series iaitu duit timah One Pice GF Gavernor Farquhar dibuat daripada timah dan ditempa sendiri di Pulau Pinang pada tahun 1805. Duit timah ini digunakan oleh British sekejap sahaja antara 1805 hingga 1812 dan pada tahun 1812 British telah menarikbalik penggunaan duit timah ini dan diganti dengan duit siling tembaga baru.

Duit timah one pice GF Governor Farquhar ini adalah dikira sebagai koleksi siling Penang yang amat Extremely Rare RRR dan amat sukar diperolehi lagi. Galeri Sha Banknote memperolehi duit timah Governor Farquhar ini daripada penyelam harta karun yang ditemui di dalam lumpur di laut Pulau Pinang. Kondisi duit ini masih lagi kuat berbau lumpur dengan keadaan tulisan GF adalah agak pudar tetapi masih dapat menunjukkan keseluruhan reka bentuknya. Kondisi duit ini masih lagi baik dalam keadaan asal bentuknya.

GAMBOR DUIT TIMAH ONE PICE GF GOVERNOR FARQUHAR1805.




Mukadepan Uniface





Muka belakang.

Kosong

 Didalam buku Warisan Numismatik Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara malayasia mukasurat 214 ada memaparkan duit ini dan dipamerkan di Galeri Muzium  Sasana Kijang Bank Negara.

PROSIDING NUMISMSTIK SPESIFIKASI


Item                  : One Pice GF Governor Farquhar
Tahun                : 1805
Muka Depan     : Simbol huruf roman GF bermaksud Governor Farquhar dalam lingkaran bulatan 
Muka Belakang : Kosong
Sisi Tepi            : Kosong Licin
Berat                 : 32.00gram
Garis Pusat        : 44mm
Kandungan        : Timah
Kondisi              : Extremely Rare RRR
Owner               :  Galeri Sha Banknote
Estimate Value    : Rm 6000.00
Owner                : Galeri Sha Banknote


Selasa, 15 Mei 2012

KOLEKSI DUIT SILING ERROR [ SIRI PERTAMA ] suatu preliminaries kepada mendekati dan mengenali duit siling error Malaysia.

               Secara jujurnya pada peringkat permulaan sememangnya Galeri Sha Banknote kurang berminat untuk mengumpul duit-duit siling error ini.  Ini berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor yang menyukarkan untuk mendapatkan maklumat dan rujukan serta untuk mandapatkan koleksi duit siling error itu sendiri amat sukar.Kadang-kadang ketulinan duit -duit error ini sukar disahkan kerana kemungkinan ianya palsu sengaja diubahsuai dan dibuat baru.Faktor tidak glamor dan kurang pengatahuan dan referensi dalam duit siling error ini menyebabkan keunikan duti siling error ini tidak dapat menarik keghairahan numismatik untuk mencari dan menjadikan koleksi peribadi mereka.
              Tetapi setelah selama sebulan melawati semua blog-blog yang berkaitan dengan duit siling error ini maka Galeri Sha Banknote amat terpegun dan sesungguhnya pentas duit siling error ini amat begitu luas dan unik sekali.Perbahasan demi perbahasan dan perbincangannya sentiasa hidup berterusan dan berkembang berdasarkan penemuan demi penemuan baru maka hadirlah dan wujudnya pelbagai istilah baru dan unik yang kadang-kadang memeningkan kepala kepada orang yang baru dalam numismatik. Melihat kepada keunikan siling error ini Galeri Sha Banknote amat tertarik dan mula mencari dan mengumpul duit-duit siling error ini secara 'gelojoh' dan sebanyak  mungkin biarpun dalam keadaan dhaif ilmu pengatahuan tentang siling error ini.
                 Bagi meraikan sahabat-sahabat yang lama dan pakar dalam duit siling error ini Galeri Sha Banknote memohon izin untuk memaparkan koleksi- koleksi yang ada dalam simpanan Galeri Sha Banknote untuk tatapan kita bersama.Inilah yang dikatakan keindahan duit siling error yang begitu unik yang dapat dipamerkan.Semoga kepuasan menikmati Siling Error ini dapat  berterusan tanpa penghujungnya.Terima kasih kepada Mr Dickson kerana banyak membantu Galeri Sha Banknote untuk mendapat dan  mengenali ketegori duit error ini.


KETEGORI PLANCHET ERRORS
WRONG STOCK ERRORS
[ 7 keping ]







PLANCHET ERRORS
DOUBLE CLIP ERRORS
[ 28 keping ]







PLANCHET ERRORS
CURVE CLIP ERRORS
[ 14 keping ]















STRIKING ERRORS
PARTIAL INDENT ERRORS








STRIKING ERRORS
BROADSTRIKE ERRORS
[ 19 KEPING ]









POST MINT DAMAGED








RAGGET CLIP ERRORS











Duit error dibawah ini  masih belum sempat dikenalpasti ketegorinya








Ketegori error duit ini masih belum dapat dikenal pasti



Galeri Sha Banknote masih lagi tidak dapat secara detil memberikan infomasi ketegori setiap duit error ini kepada  sahabat sahabat semua kerana Galeri Sha Banknote masih lagi belum arif.  Namun Galeri Sha Banknote sengaja ingin pamerkan sebahagian daripada  duit duit siling error yang ada dalam koleksi untuk tatapan  bersama.     Para pengunjung blog semua jangan lupa untuk melihat SIRI KEDUA yang akan datang  memaparkan duit error Galeri Sha Banknote yang lebih rare lagi.