Ahad, 22 April 2012

MESYUARAT PERTAMA AHLI JAWATANKUASA KELAB WARISAN NUMISMATIK


No. 3A Kedai 20 Unit Nadikota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 609-4664270
Fax : 609-4664270


MESYUARAT PERTAMA AHLI JAWATANKUASA KELAB WARISAN NUMISMATIK 
TARIKH : 22.4.2012
MASA : 2.30PM-6.00PM
TEMPAT : VISTANA HOTEL, KUANTAN


SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB WARISAN NUMISMATIK


PRESIDEN : DATO’ SHARUDDIN BIN YUSOF DIMP AMP
TIMBALAN PRESIDEN  :  TUAN HAJI AZMI BIN ABD. MALIK
SETIAUSAHA  :    HAMDAN BIN ABD. GHANI
BENDAHARI   :  TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN OTHMAN
SETIAUSAHA KERJA  : FURQAN RABBANI BIN SHARUDDIN
AHLI JAWATANKUASA  :

1) ABDUL RAHIM BIN MOHAMMED SAID
2) MANSOR BIN JUSOH
3) SAIDAN NAZRI BIN YUSOF
4) MD. RADZAIMI BIN AB. RAHMAN
5) EFFENDY BIN HARUN
6) SALLEH BIN MAT TAHAR
7) FAIZAL IZWA BIN NAWI
8) HUSNI BIN YUSOF
9) ABDUL RAHMAN BIN AHMAD
10) SILMON LOO
11)DANNY YONG YEW CHAN
12)HARUN BIN OTHMAN


1) Matlamat Kelab Warisan Numismatik

1.  Memperkenalkan dan mempromosikan nama NUMISMATIK kepada umum seluruh negara.
2.  Mengumpul dan menyatukan ahli Numismatik yang berada di merata tempat Secara persendirian agar sudi berteduh di premis Kelab Warisan Numismatik.
3.   Membimbing ahli bagi aktiviti mengumpul, menjual dan membeli duit-duit lama. 
4.   Memberi Ilmu pengetahuan melalui seminar dan latihan bagi mendalami ilmu numismatik.
5.   Mengadakan pameran dan karnival jualan duit-duit lama.
6.   Membantu membuat pengredan dan menilai sesuatu duit yang ditemui oleh ahli Numismatik.
7.   Menjalin kerjasama dan kunjung hormat kepada jabatan-jabatan,  NGO,  dan individu yang berkaitan dengan Numismatik.


2) Aktiviti Kelab Warisan Numismatik 

  1. Kelab Warisan Numismatik akan mengeluarkan kad keahlian dan sijil keahlian kepada setiap ahli kelab
  2. Kelab Warisan Numismatik akan mengadakan pameran, menjual dan membeli duit-duit lama: 
  •     Setiap hari sabtu 2 minggu sekali bertempat di Teluk Chempedak Kuantan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang.
  •     Setiap hari ahad setiap minggu bertempat di Taman Kerang Kuantan Pahang 

  1. Kelab Warisan Numismatik sedang merancang untuk mengadakan aktivit kunjunghormat ke Jabatan Kerajaan dan lawatan 
  • Pada 26.4.2012 ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Negeri Pahang Kuantan.
  • Cadangan lawatan sambil belajar ke Kilang Duit Kertas pada bulan Jun 2012
Giesecke @ Devrient Malaysia Sdn Bhd ,
Off Jalan Delima 1/1 Batu 3,
40150 Shah Alam Selangor.

  1. Kelab Warisan Numismatik bercadang mengadakan Seminar Mendekati Dan Mengenali Duit Siling Malaysia Dan Duit Error pada November 2012.
  2. Mengadakan program Karnival Numismatik dan Ramah Mesra sempena genap setahun penubuhan Kelab Warisan Numismatik pada 1/4/2013
 3) Keahlian Kelab Warisan Numismatik

  •        Keahlian terbuka pada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti mengumpul duit lama
  •        Yuran keahlian seperti berikut :


Yuran Keahlian           : RM20.00
Sijil Keahlian               : RM10.00
Kad Keahlian              : RM30.00
Jumlah                         RM60.00

Semua ahli Numismatik dijemput untuk menjadi ahli Kelab Warisan Numismatik.Sebarang pertanyaan dan keterangan lebih lanjut untuk menjadi ahli boleh menghubungi No. Tel 019-9985858 (Presiden) dan 013-9397888 (Setiausaha) atau pos ke alamat

KELAB WARISAN NUMISMATIK
No. 3A Kedai 20 Unit Nadikota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 609-4664270
Fax : 609-4664270


GAMBAR SEPANJANG MESYUARAT PERTAMA KELAB WARISAN NUMISMATIK PADA 22/4/2012 DI VISTANA HOTEL KUANTAN, PAHANG.

Presiden, setiausaha, dan bendahari bincang di lobby vistana hotel sebelum memulakan mesyuarat.

Presiden bersama jawatankuasa Kelab Warisan Numismatik di lobby Vistana Hotel

Mr. Danny Yong Yew Chan sedang mengisi borang kehadiran.

Tn Haji Azmi bin Abd Malik selaku Timbalan Presiden mengisi borang kehadiran.

Presiden, Timbalan Presiden, dan Setiausaha memulakan mesyuarat.

Presiden dan Ajk Kelab Warisan Numismatik sedang bermesyuarat.

Presiden memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Mesyuarat sedang berjalan di Vistana Hotel Kuantan

Mesyuarat sedang berjalan di Vistana Hotel Kuantan

Mesyuarat sedang meneliti contoh Sijil keahlian.

Pengundian terpaksa dibuat untuk menentukan sesuatu secara demokrasi

Mesyuarat berjalan selama 2 jam untuk menyelesaikan hala tuju kelab

Mesyuarat sedang berjalan di Vistana Hotel Kuantan

Setiausaha sedang mencatatkan minit kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ajk

Timbalan Presiden memberi cadangan kepada isu yuran keahlian.

Presiden berbaju putih dan Timbalan Presiden satu gandingan yang mantap menerajui Kelab Warisan Numisamatik.


Presiden menekankan kesungguhan setiap Ajk untuk memberi komitmen kepada setiap aktiviti yang dijalan oleh Kelab Warisan Numismatik.

Mesyuarat pertama Kelab Warisan Numismatik berakhir pukul 6pm.

Inilah Barisan Ajk Kelab Warisan Numismatik Pertama 2012 terpahat dalam lipatan sejarah Numismatik negara.Gambar ini menjadi saksi bermulanya dengan rasminya perjalanan Kelab Warisan Numismatik.







8 ulasan:

  1. salam dato'.alhamdullilah.Puji bagi Allah S.W.T.langkah pertama sudah bermula dan tercatat di Vistana Hotel Kuantan.Semoga langkah seterusnya membawa kita ke serata "dunia numismatik".Insya'Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih Faizal
      Bersama-samalah kita berkerja untuk mempastikan Kelab Warisan Numismatik akan mampu membawa hasrat ahli dan badan NGO yang menjadi suara untuk memperjuangkan kepentingan Numismatik kepada Kerajaan Malaysia.

      Padam
  2. Taniah saya ucapkan.Harap dapat bertemu dengan kamu semua. Lawatan sambil belajar ke Kilang Duit Kertas pada bulan Jun 2012,tolong simpan satu tempat untuk saya!
    Apa-apa yang saya boleh tolong dan majukan hobi numismatik ini,sila hubungi saya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih.
      Kelab Warisan Numismatik telah merancang beberapa aktivit dan akan sentiasa melihat peluang peluang kerjasama dengan badan-badan kerajaan yang ada kaitan dengan numismatik agar aktiviti Kelab Warisan Numismatik ini dipelbagaikan. dengan sokongan Tuan Dickson sermuga aktiviti Kelab Warisan Numismatik akan sentiasa aktif dan terarah matlamatnya agar aktiviti NUMISMATIK dipandang tinggi oleh Masyarakat Malaysia

      Padam
  3. Tahniah saya ucapkan kepada dato' dan semua yg terlibat dengan KELAB WARISAN NUMISMATIK

    Satu permulaan yg baik dan aktiviti yang dirancangkan pun sgt menarik. Saya juga berharap dpt bertemu dgn rakan2 semua dan sama2 kita berkongsi minat dalam numismatik

    TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih my koleksi.
      Kelab Warisan Numismatik sentiasa mengharapkan sahabat-sahabat lama numismatik seperti tuan dapat bergabong dengan kami orang baru dan muda ini untuk bersama-sama meneruskan perjuangan mempertabatkan Numismatik agar ada dihati Masyarakat. sms nama dan alamat tuan untuk kami hantar borang keahlian Kelab NUmismatik ke phone saya 019 918 5858

      Padam
  4. Mas...saya punya koleksi: uang 5 rupaih thn 59 uang 10ribu thn 86 dan MATERAI thn 63, 85 dan 98 MAHAL...Barang terbatas, serius hubungin: 0838 7302 9497 sdr.Rahmat Sihite

    BalasPadam
  5. Terima kasih Pak Rahmat Sihite.
    Ya Pak kalau saya mahu apa-apa nanti saya kirimkan smsnya . Buat masa ini saya hanya mencari koleksi uang mas Dinar sumatera Acheh sahaja.
    Terima kasih Pak kerana sudi kunjungi blog saya ini .

    BalasPadam